FARRA terasa pinggangnya sakit sekali. Sakit sesekali datang itu terasa berdenyut-denyut. Farra menggagahkan diri ke bilik air.
Setelah keluar dari bilik air. Bahagian bawa ari-arinya juga mula terasa berdenyut-denyut dan menyucuk. Farra cuba bertenang dan menarik nafas dalam-dalam.
Farra sudah tidak menahan lagi. Ari-arinya bertambah perit. Peluh mula memercik diwajahnya. Perlahan-lahan dia menghampiri suaminya yang terlena di buai mimpi.
"Hubby.. Hubby... Bangun..." panggil Farra. Bergetar suaranya menahan rasa sakit yang tidak terhingga.
Zackie pantas membuka mata, setelah berkali-kali mendengar suara Farra yang seakan merintih.
"Sayang kenapa ni?.." tanya Zackie. Dia mengusap dahi Farra bila melihat Farra berkerut muka seolah-olah menahan sakit.
"Perut sayang! Sakit sangat....biy!!.." adu Farra sambil memegang perutnya.
Pada saat itu Zackie ternampak baju mengandung yang dipakai Farra basah sedikit.
"Sayang nak bersalin ke?." soal Zackie bimbang.
Farra hanya menganggukkan kepala. Kelam kabut Zackie saat itu . Cemas! Didukung isterinya ke kereta. Segala keperluan babynya di ambil dan di letakkan ditempat duduk di belakang kereta.
"Sayang sabar ya.. Bawa bertenang. Istighfar banyak-banyak. Kita pergi hospital yaa sayang..." ujar Zackie perlahan. Hatinya tak putus berdoa. Airmata isterinya mengalir perlahan. Zackie belas melihat sang isteri saat itu.
Zackie laju memandu keretanya menuju ke hospital. Riaknya sudah cemas dan bimbang. Namun dia cuba bertenang.
Farra sesekali mengerang menahan sakit. Zackie tidak putus-putus memberi semangat kepada isterinya.
Sampai dihospital. Farra terus dibawa ke bilik bersalin. Zackie terus mendaftar kemasukkan isterinya.
Selesai membuat pendaftaran. Zackie mundar-mandir didepan wad bersalin. Doanya hanya satu semoga semua baik-baik sahaja."Anda suami Puan Farra Jessica ke?." sapa seorang doktor wanita.
"Iya.. Saya suaminya.." balas Zackie perlahan.
"Okey.. Kalau macam tu, Encik boleh masuk temankan Isteri Encik, Puan Farra sangat memerlukan Encik sekarang ni.." beritahu doktor wanita itu.
Zackie mengangguk lalu mengikuti langkah doktor wanita itu.
SEBAIK masuk ke bilik bersalin. Zackie nampak isterinya sedang terbaring lemah. Matanya terpejam rapat. Mukanya berkerut-kerut menahan sakit. Belas sekali Zackie melihat keadaan isterinya. Dia pantas menghampiri isterinya yang tercinta.
Farra membuka mata apabila terasa tangannya digenggam erat. Dia kenal dengan genggaman hangat tangan itu.
Terasa ada kekuatan disalurkan kepadanya. Pandangannya jatuh kewajah suaminya yang tampan sebaik membuka mata.
"Sayang... Hubby ada ni..." ujar Zackie lembut. Rambut Farra dielus perlahan.
Airmata Farra mengalir laju sebaik mendengar suara Zackie.
"Hubby......" Farra menyapa lemah.
"Kenapa nangis ni? Sayang sakit ya.. Sabar yaa sayang... Sayang kuatkan semangat ya.. Demi hubby.. Demi baby kita.." ujar Zackie penuh prihatin sambil mengesat airmata Farra.
"Sayang... Hubby sentiasa ada disisi sayang... Sayang istigfar banyak-banyak. Hubby sayangkan sayang sangat-sangat.. Hubby terlalu cintakan sayang, melebihi dari nyawa hubby sendiri. Sayang kuat ya.." Zackie mencium dahi, kedua mata Farra dan bibir Farra sekilas. Tangan Farra digenggam erat.
YOU ARE READING
Mithali Cinta [C]
Romance''It's not funny Farra!!. you Keluar dengan siapa sampai tak Ingat kerja!!.'' ''You tak berhak tahu! And you tak berhak Nak cemburu pada I Boss!!.'' ''Apa Maksud you I tak berhak!! I berhak tahu Farra!!!! Don't forget, You Isteri I !!!.'' Sayangmu...