Part 19 🌹

43.6K 471 6
                                    

TERSANDAR zackie kekenyangan menikmati makan malam yang disediakan oleh Farra..

Memang isterinya itu pandai memasak. Hari ini dia tidak keluar ekoran peristiwa petang tadi Natasha merajuk.

Zackie tidak ambil pusing soal Natasha merajuk, yang penting dia tahu Farra keluar dengan Fazilah bukan dengan lelaki lain.

Cemburu yang bermain di dada hilang tiba-tiba..

Di pejabat ramai juga pegawai yang menaruh minat pada isterinya yang di sangka janda. Namun pengakuan cemburu dari Farra membuai perasaannya sendiri..

Cemburu menandakan dirinya disayangi. Selama ini Zackie menyangka hubungannya dengan Natasha tidak membawa kesan pada isterinya, kerana isterinya itu tidak mempunyai perasaan padanya. Rupanya dalam diam isterinya juga menyayanginya.

Huluran mug berisi nescafe panas di sambut dengan ucapan terima kasih.

Sekali sekala di manja begitu amat di senanginya.

Farra mengambil kesempatan dalam suasana santai memberitahu hasrat hati bersama Fazilah.

Walau apa pun dia terpaksa meminta izin dahulu dari suaminya.

"Zackie.... Boleh tak I bercuti seminggu ikut dengan Fazilah  ke langkawi."

Farra bersuara lembut memulakan  bicara, Zackie mula mengalih perhatian kepadanya.

"Boleh lah ya... I dah lama tak pergi bercuti, dah lama tak berkumpul dengan teman kampus  I dulu. Rindu pulak rasanya.'' pujuknya lagi.

Masih lagi diam. Perlahan Zackie meletakkan mug nescafe yang di pegang. Wajah isterinya di pandang lama.

"Tadi petang Fazilah dah hantar borang cuti. Hmmm... Lama lah sayang seminggu tu." ujarnya.

Farra ketawa kecil mendengar rungutan Zackie.

"Alaa... Seminggu tu mana ada lama Zackie.. Tak terasa pun... Please...." Farra merayu.

Melihat rayuan dan kesungguhan Farra. Tidak tergamak pula hendak menolak.

Akhirnya Zackie mengangguk. Serentak itu isterinya menjerit riang.

Pelukan yang tidak semena-mena diterima. Seingatnnya inilah pertama kali Farra memeluk tubuhnya. Selama ini hanya dia yang memulakan.

Kedua-dua belah pipinya juga dicium mesra oleh Farra. Riang betul Farra ketika itu. Sebelum sempat isterinya itu melepasakan pelukan. Zackie menarik tubuh isterinya erat terdampar di dada bidangnya.

Dicium rambut isterinya.

"Amboi sayang... Bukan main lagi gembira tinggalkan I..." Zackie bersuara meraih simpati. Farra hanya tersenyum mendengar kata-kata Zackie.

ZACKIE sendiri menghantar Farra ke lapangan terbang. Dia ingin isterinya selesa dengan percutiannya. Fazilah juga berada disitu hanya tersenyum memandang suami isteri itu.

Sempat lagi dipesan kepada Farra menjaga diri baik-baik. Bila tangannya disalami dan dicium lembut. Sejuk hatinya dengan perlakuan Farra membuatkan dirinya terasa di hargai..

Sepanjang jalan pulang ke rumah. Zackie termenung melayan perasaan sendiri.

Janji dengan Natasha juga di batalkan. Dia tiada mood mahu berjumpa gadis seksi itu.

Dia terasa kehilangan dengan ketiadaan Farra.

Zackie asyik termenung hari itu. Setelah pulang berjumpa client dia kembali ke pejabat.

Semasa melintas di hadapan meja Farra. Kekosongan di meja itu amat terasa.

Sudah lah dirumah terasa begitu sunyi menggigit tangkai hati di pejabat pun begitu juga.

Baru dua hari Farra meninggalkannya bagaikan sudah berminggu-minggu lamanya.

Sepanjang mereka berkahwin inilah kali pertama Farra meninggalkannya. selalunya dialah yang keluar meninggalkan isterinya keseorangan.

''Agaknya... Beginilah perasaan Farra setiap kali aku tiada." bisiknya sendiri.

Pertemuan dengan Natasha juga tidak dapat menghilangkan gelodak rindunya.

''Zackie!! You dengar tak ni I cakap apa?!." suara Natasha agak nyaring menampar pendengarannya.

Tak sedar dia melayani perasaan hingga terlupa butir bicara wanita seksi itu. Bingit dia rasakan.

"Hmmm cakap lah apa you nak cakap." balasnya acuh tak acuh. Malas hendak melayan Natasha.

"You ni kenapa?  Amboi sejak janda tu, dah tak da di pejabat. Bukan main termenung sakan I tengok. You rindukan dia ke?." ujar Natasha geram.

Mahu saja dia beritahu, dia memang rindukan Farra. Wanita yang bertahkta di hatinya.

Tapi dia masih fikir perasaan papanya yang mengingatinya supaya menjaga hati Natasha.

Zackie mengeluh kecil. Dia mula rimas dengan perangai Natasha.

"Natasha. Boleh tak you jangan nak fikir yang bukan-bukan, I rimas lah. Kalau you datang pejabat I , setakat nak membebel macam ni. Baik you balik lah. I banyak kerja nak buat ni."

Melihat wajah Natasha yang sudah mencuka, malas dia mahu peduli. dia menyambung semula kerjanya.

Natasha terus mengatur langkah keluar dari bilik pejabat Zackie. Sakit hatinya dengan perangai Zackie.

Zackie hanya melihat segala gelagat Natasha dengan ekor matanya. Setelah Natasha keluar. Dia kembali lagi termenung merindui isterinya.

 Dia kembali lagi termenung merindui isterinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia mencapai telefonnya. Mula menekan membuka galeri melihat gambar-gambar Farra dia tersenyum sendiri. Ahhh! Rindunya hanya. Tuhan lah yang tahu.

 Tuhan lah yang tahu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Senyum Farra. Gelak tawa Farra. Usikan Farra. Segalanyanya berkaitan dengan Farra dia terlalu rindu.

 Segalanyanya berkaitan dengan Farra dia terlalu rindu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bersambung......

Done!
Please Vote Vote & Coment!
Thanyou.

Mithali Cinta [C]Where stories live. Discover now