''GOOD MORNING!" ucapan zackie mematikan lamunan. Rupanya dia masih terpaku di meja makan pagi itu.
Sepanjang malam Farra tidak dapat melelapkan mata dengan ciuman panas yang diterima dari suaminya. Selama ini hanya pipi dan dahinya sahaja yang menerima ciuman itu.
Pagi ini wajah itu seperti hari-hari biasa selamba dan tenang sahaja seakan peristiwa semalam tidak pernah berlaku.walaupun hanya pelukan hangat dan ciuman mesra tetapi baginya itu perkara luar biasa.
Zackie Rihaz
Farra Jessica
FARRA berlari-lari anak ke arah jemuran. Hujan turun dengan lebat tiba-tiba. Keluar sahaja dari keretanya, rintik hujan yang halus mula menjadi kasar. Hampir-hampir kakinya tergelincir dengan rumput yang licin semasa mengangkat kain di jemuran.
Cuaca yang tidak menentu sekarang susah betul mahu di agak. Kain yang di basuh semalam kembali basah. Terpaksalah dibasuh sekali lagi.
Hingga hari ini Zackie masih menipu Natasha yang dia tinggal di rumah papanya. Datuk Azlan, kalau tidak susah juga dikejutkan dengan kedatangan wanita seksi.
Farra meraba hadbag mencari kunci rumah. Kunci pendua di buat satu dalam pengangannya dan satu lagi pada Zackie.
Mencari-cari. Tiada? Farra mula gelisah. Puas dia memerah otak memikrkan dimana kuncinya diletakkan.
Baju yang dipakainya sudah basah kuyup dek hujan. Menggigil tubuhnya menahan sejuk apabila sesekali angin menampar tubuhnya.
Farra duduk di buaian bila kunci yang dicari masih tidak berjumpa. Terpaksalah dia menunggu kepulangan Zackie. Hendak menelefon meminta Zackie pulang takut menganggu pula.
Kebetulan sewaktu dia melangkah keluar. Dia bertembung dengan Natasha yang menaiki lif. Sudah pasti ke pejabat Zackie. Sesekali perasaan cemburunya bertandang dihati.
Dalam menunggu. Farra terkenangkan peristiwa semalam. Zackie melayannya penuh romantis. Pandangan mata suaminya begitu redup. Seolah-olah dialah insan yang teristimewa saat itu.
YOU ARE READING
Mithali Cinta [C]
Romance''It's not funny Farra!!. you Keluar dengan siapa sampai tak Ingat kerja!!.'' ''You tak berhak tahu! And you tak berhak Nak cemburu pada I Boss!!.'' ''Apa Maksud you I tak berhak!! I berhak tahu Farra!!!! Don't forget, You Isteri I !!!.'' Sayangmu...