Part 9 🌹

41K 544 5
                                    

MENJENGUK ke dalam bilik Farra, Doktor Naufal, yang ditemuinya pagi tadi, sedang berbual mesra dengan isterinya yang telah sedar.

Ternyata kehadirannya masih belum disedari oleh kedua-duanya.

Zackie memandang saja perbuatan Doktor muda itu yang memegang pergelangan tangan isterinya. Agak lama dari biasa, renungan doktor itu ke wajah isterinya kelihatan begitu mesra.

Farra membiarkan saja perlakuan Doktor itu membuatkan hati Zackie terbakar tiba-tiba.

Cemburunya hadir!..

''Hello! Menganggu ke??." soal Zackie sebelum mengatur langkah ke arah dua insan didepannya.

Wajah Doktor Naufal kelihatan serba salah dan Farra hanya tersenyum manis memandang Zackie.

Tanpa segan silu dahi Farra diciumnya sekilas. Farra hanya membiarkan perlakuan Zackie. Bergetar juga perasaanya.

Doktor Naufal pula kelihatan gugup. Pengangannya juga dilepaskan. Niatnya untuk berbual mesra dengan Farra, terpaksa dikuburkan..

Melihat raut wajah Zackie, dia bimbang. Untuk menutup kegugupannya, dia segera meminta diri dengan alasan membuat pemeriksaan pada pesakit lain.

Zackie hanya tersenyum, Farra pula sekadar mengucapkan terima kasih.

''Sorry Zackie menyusahkan you aje.'' sapaan lembut Farra membawa pandangan tajam Zackie daripada memerhatikan gelagat Doktor Naufal.

Wajah isterinya di renung mesra.

''Sebenarnya I pun salah dalam hal ni, I nak minta maaf dan jugak nak ucap terima kasih pada you, atas apa yang telah you lakukan untuk I dan arwah mama. I really mean it.''

Dengan kata-kata itu, jari-jemarinya di gengam erat oleh Zackie dan dikucup lembut.

Perasaan Farra terdera dengan perlakuan itu tanpa disedari oleh Zackie.

"So... Ada apa yang Sayang nak mkn? I boleh belikan Sayang.."

Mesra sekali Zackie hari ini. Bahasa romantis yang digunakan begitu mencuit hatinya. Namun dia menggeleng. Seleranya hilang kerana badannya terasa letih dan tidak bermaya. Apa yang dia mahu lakukan saat itu adalah berehat sepuas-puasnya.

''You kena makan sikit Farra nanti badan you makin lemah. Apa kata I belikan sup?." Zackie masih tidak berputus asa memujuk. Membuatkan Farra melemparkan senyuman.

''I tak lapar lagilah Zackie. I cuma penat dan kalau boleh I nak tidur."

Zackie melepaskan keluham. Namun dibiarkan saja Farra memejamkan mata. Wajah cantik isterinya direnung dalam diam.

Ketenangan di wajah pucat isterinya membawa kedamaian dalam jiwanya.

Zackie terjaga dari lena apabila merasakan usapan dipipinya. Dibukanya matanya kelihatan Farra tersenyum memandang ke arahnya.

Zackie tidak sedar bila masa dia terlena disitu. Patutlah dia berasa tak selesa. Rupanya dia tertidur  diatas kerusi.

Badan yang terasa sakit perlahan-lahan ditegakkan menyandar pada kerusi  yang didudukinya.

''Zackie... I dah tak ada apa-apa. Baliklah tidur dan berehat. Esokkan kerja. Jangan risau I'm okey.'' lembut Farra menutur kata.

Farra sebenarnya tiada penyakit cuma dirinya yang sibuk dan steress membuatkan dia demam biasa.

Kata-katanya lansung tidak berkesan pada Zackie yang tenyata masih terpaku disitu. Sedikitpun tidak berganjak.

''Go home and let that young doctor take care of you?? No!!!.."

Mithali Cinta [C]Where stories live. Discover now