DIAM tak diam sudah masuk 2bulan peristiwa itu berlaku.
Farra mengeluh perlahan, hidup mesti di teruskan.
Hari minggu itu Sedang leka dia menonton tv di ruang tamu, di menghidu bau sesuatu membuat dirinya seakan-akan.
Dia rasa mual tiba-tiba!
Di berlari ke sinki dapur memuntahkan segala isi di dalam perut.
Fazilah yang sibuk memasak nasi goreng, tercengang melihat Farra yang terbongkok-bongkok di sinki.
Fazilah melangkah mendekati Farra, di usap-usap belakang temannya itu.
"Babe you kenapa ni? Okey tak ni?" Fazilah mula cemas.
"Tak tahu lah babe, tetiba aje ni, mungkin masuk angin kot.." balas Farra.
"You masak apa ni babe, bau sangat!!." ujar Farra. Berkerut mukanya menahan perit.
"Laaa... I masak nasi goreng aje lah, ape la you ni." jeling Fazilah. Fazilah terfikir sesuatu, Muntah! Bau!
"Babe!!! Jangan-jangan you...." Fazilah bersuara separuh menjerit. Tersenyum-senyum lagi.
"Jangan-jangan I apa? Isshhh! You ni macam hilang akal aje I tengok, buat muka pelik, lepas tu menjerit, dah tu senyum lagi, dah kenapa?" balas Farra selamba.
Tersengih-sengih Fazilah melihat Farra.
"You tunggu kat rumah ya, I nak keluar nak beli barang kejab." Fazilah mengambil kunci kereta, beg tangan dan terus melangkah ke kereta miliknya.
Farra terkebil-kebil melihat tingkah Fazilah. Tidak lama kemudian dia terasa mual lagi. Farra muntah-muntah lagi.
"Dah kenapa dengan aku ni.." ujar Farra sendirian.
KELUAR dari farmasi, Fazilah tersenyum sampai ke telinga, tak sabar nak tahu!
Fazilah cepat-cepat mengatur langkah ke kereta. Tiba-tiba! dia terlanggar sesesorang.
"Ieeeee buta ke?????." tengking wanita itu.
"Sorry-sorry tak sengaja.." Fazilah gugup meminta maaf.
Terkesima dia memandang Natasha dan Zackie."Ada mata letak kat lutut, bodoh!." Natasha menjeling angkuh.
"Oii perempuan! Cakap elok-elok lah! Kau kenapa!! Aku dah minta maaf kan!!..kau pun jalan dah macam apa tergedik-gedik!." Marah Fazilah.
"Sayang!! Tengok perempuan ni tengking-tengking baby!!." tergedik Natasha bersuara. Zackie rasa meluat pula.
"Dah lah you ni pun, dia dah minta maaf kan boleh tak jangan panjangkan lagi hal ni." Zackie bersuara dingin. Natasha tersenyum paksa. Sambil memeluk pinggang Zackie erat.
"Hai Fazilah" ujar Zackie mesra.
"Hai Encik Zackie." balas Fazilah acuh tak acuh. Menyampah!
"You buat apa dekat sini??." soal Zackie.
"Ouhh tak ada buat, ada beli barang sikit aje." Fazilah menjeling Natasha.
Mahu sahaja di tampar-tamparnya muka perempuan perampas itu.
"Saling kenal ke sayang??." tergedik Natasha bertanya. Kepala di lentokkan di lengan Zackie.
"Iyaa perkerja I." balas Zackie. Rimas pula dia di peluk begitu.
"By the way.. I Natasha bakal isteri Zackie, kalau you free minggu depan datang la ke majlis kahwin I dengan Zackie." pelawa Natasha.
"Sorry I tak ada masa. Oh ya encik Zackie taniah atas perkahwinan ni, semoga bahagia!." sinis Fazilah membalas.
YOU ARE READING
Mithali Cinta [C]
Romance''It's not funny Farra!!. you Keluar dengan siapa sampai tak Ingat kerja!!.'' ''You tak berhak tahu! And you tak berhak Nak cemburu pada I Boss!!.'' ''Apa Maksud you I tak berhak!! I berhak tahu Farra!!!! Don't forget, You Isteri I !!!.'' Sayangmu...