SEHINGGA kembali ke pejabat. Farra masih lagi menimbang rancangan percutian selama seminggu itu.
"Farra tolong buatkan air dua."
Interkom yang berbunyi menyedarkan lamunannya.
"Baik Boss." balasnya selamba.
Tanpa membuang masa, langkahnya di atur ke pantry menyediakan air yang diminta.
Tokk...tokk....tokkk.....
Ditolak perlahan pintu bilik itu setelah jeritan masuk kedengaran.
Dua cawan yang dibawa di letakkan di atas meja sofa disudut bilik pejabat itu. Ada Natasha rupanya, entah bila wanita itu ke bilik Zackie sedikitpun tidak disedarinya.
''Zackie... Kenapa you dapat secretary macam ni? I datang tadi pun dia tak sedar, asyik berkhayal aje." adu Natasha kepada Zackie.
Aduhai celuparnya mulut wanita itu. Permintaan Fazilah tadi memang menganggu fikirannya. Itu yang membuat dia berkhayal.
Tidak senang duduk Zackie saat itu. Zackie mendengar kata-kata Natasha hanya diam.
Dia juga hairan dengan sikap Farra itu. Serta merta kata-kata Farra tadi terngiang di telinganya.
"Ada date.... Date dengan siapa?." getus hatinya.
Natasha mendengus geram bila Zackie tidak pula memberi komen tentang aduannya.
Farra di pandang tajam. Hingga wanita itu berlalu.
Daripada papa Zackie, Natasha mengetahui Farra adalah seorang janda. Kerana cemburu dia tidak segan silu untuk bertanya dengan papa Zackie. Datuk Azlan. Mengenai kakitangan wanita di pejabat Zackie.
Kalau isteri orang pun dia cemburu. Inikan pula janda. Cantik pulak tu. Bimbang juga dia jika Farra menggoda Zackie yang kacak dan kaya itu.
"Amboi!!! Bukan main lagi tenung janda tu." sergah Natasha pada Zackie yang turut memerhati langkah Farra sehingga hilang dibalik pintu.
Tersentak Zackie dengan kata-kata Natasha itu. Namun disembunyikan perasaanya.
"Don't start Natasha! Please..." pinta Zackie sebelum Natasha memanjangkan lagi topik itu.
Sikap cemburu Natasha agak keterlaluan. Sehingga susah untuk dia bergerak. Kadangkala pergaduhan mereka terjadi disebabkan akibat dari sikap Natasha yang membabi buta.
FARRA melangkah ke bilik Zackie dengan perasaan hairan. Setelah Natasha berlalu pergi. Zackie meminta dia masuk ke biliknya. Kelihatan Zackie berdiri memandang ke luar tingkap.
''Ada apa Boss."
Di pejabat dia lebih senang memanggil Zackie dengan panggilan itu. Tidak mahu kakitangan di situ mengetahui hubungan mereka yang sebenar.
"You ada date dengan siapa tadi?." soal Zackie tidak sedikitpun menoleh, masih lagi memandang ke luar cermin.
Hati Zackie panas ketika itu kerana di serang rasa cemburu.
Semasa Farra memberitahu tengahar tadi dia masih tidak kisah. Tetapi bila mendengar cerita Natasha sikap Farra yang ternyata berkhayal selepas 'date' mula mendatangkan rasa cemburu dihatinya.
Farra ketawa kecil bila disoal begitu. Ada nada cemburu kedengaran dalam nada suara Zackie seperti malam tadi.
Pandangan yang di lempar oleh Zackie ketika berhadapan dengannya. Mematikan ketawa sekaligus senyuman Farra. Wajah tampan itu kelihatan serius.
"It's not funny Farra!! You keluar dengan siapa sampai tak ingat kerja lagi." Zackie terasa dirinya dipermainkan menambah rasa panas di hatinya.
''You tak berhak nak tahu and you tak berhak nak cemburu pada I Boss." Farra menjawab sinis.
Geram Farra disoal begitu. Bagaikan membuat kesalahan besar.
Tidakkah suaminya itu sedar apa yang di buat bersama Natasha sebentar tadi. Tak terfikirkah Zackie tentang perasaanya apabila suami sendiri membuat date di depan matanya. Berdua-duaan begitu.
"Apa maksud you I tak berhak?!!!! I berhak tahu Farra!!!!! Don't forget, you isteri I!!!!!.."
Zackie meradang tiba-tiba mula menengking suaranya.
Farra tergamam. Terdiam.
Entah berapa kali dia di tengking begitu oleh Zackie apabila cemburu suaminya bersarang dihati.
Kecil hati dengan sikap kasar suaminya yang tidak diduga.
Farra melangkah ingin keluar, tidak betah lagi berhadapan dengan situasi tegang begitu.
Belum sempat tangannya menyentuh tombol pintu. Tubuhnya di rangkul erat dari belakang.
Kaku dia seketika dengan perlakuan Zackie ketika itu. Tidak sedarkah Zackie mereka kini di pejabat. Terasa kucupan hinggap di kepalanya.
"Farra I'am sorry... I berkasar dengan you.... I mengaku, I cemburu.... Please beritahu I you keluar dengan siapa tadi."
Lembut pula Zackie menutur kata. Kemarahan Farra mengendur tiba-tiba.
"Zackie... You selalu berkasar dengan I... I pun tahu cemburu, tapi tak lah seteruk you." ujar Farra sayu.
Mendengar pengakuan Farra mengenai cemburu terhadap dirinya. Zackie memegang bahu isterinya. Membawa tubuh itu menghadap dirinya. Matanya menikam sepasang mata bening milik isterinya.
"Farra.. You cemburu I dengam Natasha...? Betul? ." sola Zackie meminta kepastian.
Farra hanya mengangguk. Wajah putih itu merona merah dengan pengakuan tentang perasaan cemburunya yang selalu disembunyikan selama ini.
Senyuman yang terukir di bibir Zackie menghairankan Farra. Takkan suaminya hendak mentertawakan dia kot?
"I ingat you tak ada perasaan tu, rupanya ada ya... Pandai betul you sorok dari I kan."
Kedengaran nada riang pada suara Zackie, berkerut dahi Farra tidak faham dengan apa yang berlaku.
"Thanks sayang sebab cemburu dekat I, itu satu tanda yang baik."
Serentak dengan itu bibir Farra di cium mesra. Membulat mata Farra dengan perlakuan suaminya, berkali-kali bibirnya dicium. Membuatkan Farra terpinga-pinga sendiri.
Bersambung........
Done!
Please Vote Vote & Coment!
Thankyou.
YOU ARE READING
Mithali Cinta [C]
Romantik''It's not funny Farra!!. you Keluar dengan siapa sampai tak Ingat kerja!!.'' ''You tak berhak tahu! And you tak berhak Nak cemburu pada I Boss!!.'' ''Apa Maksud you I tak berhak!! I berhak tahu Farra!!!! Don't forget, You Isteri I !!!.'' Sayangmu...