Part 43 🌹

44.1K 486 97
                                    

TERGANGGU fikirannya petang itu. Balik dari berjumpa client Zackie ternampak Farra dan Hakimi berbual mesra di cafe berdekatan pejabat mereka.

Hatinya mula terbakar dengan api cemburu yang hebat.

Zackie asyik memerhati gelagat Hakimi yang seperti cuba ingin memikat Farra.  Kelihatan kedua-duanya begitu mesra berbual.

Bertambah api kemarahan Zackie bila Farra tidak mempamerkan wajah bersalah bila bertembung pandang dengannya disitu.

"Adakah aku akan kehilangannya.." soal Zackie di dalam hati.

Farra tidak menyangka bertemu Zackie disitu apalagi bersama Hakimi. Pandangan Zackie terhadapnya tidak di hiraukan.

Biarlah Zackie merasa bagaimana perasaannya ketika Zackie dan Natasha masih bersama dahulu.

Zackie merenung tajam Farra saat itu. Dengan pantas dia mengatur langkah ke pejabat.

"Farra.. Please.. Berilah I peluang untuk menyayangi diri you.. I ikhlas dan I betul-betul cintakan you Farra.." luah Hakimi saat itu.

Farra terkedu mendengar luahan hati Hakimi. Farra tidak menyangka begitu sekali perasaan Hakimi padanya. Biarpun beberapa kali dia tegaskan, dia hanya menganggap Hakimi sebagai teman sepejabatnya tidak lebih dari itu.

"Sorry Hakimi.. I tak boleh terima cinta you. Lebih baik kita berkawan saja. lagipun buat masa ni I memang tak mahu terikat dengan sesiapa.." balas Farra.

"Kenapa tak fikirkan dulu Farra.. I sanggup menunggu walau berapa lama untuk you bersedia terima I dalam hidup you.." ujar Hakimi merayu.

Farra mengeluh dengan sikap Hakimi yang tidak putus-putus merayu. Farra tidak mahu terjebak lagi dalam dunia percintaan. Cukuplah kesan yang pernah Zackie berikan.

Tak terdaya rasa hati lagi untuk menerima cinta di saat itu. Apatah lagi kini kenangan bersama Zackie mula bermain di matanya.

"Farra.... Please think about this.." Tiba-tiba Hakimi menggenggam jari-jemari halus Farra. Namun cepat-cepat Farra menariknya kembali.

Farra mengajak Hakimi kembali ke pejabat. Sepanjang perjalanan mereka hanya membisu..  Hakimi menghantar Farra sampai ke dalam pejabat. Saat itu barulah Hakimi bersuara.

"Farra... I harap you akan dapat terima I.." ujar Hakimi  perlahan.

Farra memandang wajah Hakimi seketika sebelum Hakimi mengatur langkah keluar.

Tanpa sedar sepasang mata memerhati bagaikan anak helang ke arahnya. Zackie!

"YOU tak berhak nak ambil tahu pasal I.." marah Farra apabila disoal macam orang bersalah oleh Zackie.

Rupanya Zackie memanggil Farra masuk kebiliknya. Hanya kerana hal Farra bertemu dengan Hakimi tadi.

"You jangan lupa Farra, I masih lagi suami you! I ada hak.." meledak kemarahan Zackie mendengar kata-kata Farra yang begitu tinggi.

"Hak?!!! You dah lama hilang hak itu sebagaimana hilangnya hak I untuk memberi penjelasan perkara sebenar!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hak?!!! You dah lama hilang hak itu sebagaimana hilangnya hak I untuk memberi penjelasan perkara sebenar!!." bentak Farra keras.

Farra betul-betul bengang dengan Zackie yang kelihatan mahu mengawal hidupnya.

Zackie tercabar dengan nada keras Farra. dulu memang dia bersalah tidak pernah memberi peluang kepada isterinya itu. Zackie menarik lengan Farra yang hendak melangkah keluar.

"Drop it of Zackie! Jangan rumitkan lagi keadaan yang sedia ada!!" Farra masih lagi bertegas. Farra tiba-tiba naik angin bila lengannya dipegang Zackie.

Matanya merenung tajam anak mata Zackie sebelum menyambung kata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Matanya merenung tajam anak mata Zackie sebelum menyambung kata.

"Tak cukup lagi ke selama ni you gantung I tak bertali!.. You nak buat apa lagi dengan hidup I Zackie!.. Sudahlah I dah penat, biarlah I bawa haluan I sendiri.." ujar Farra tanpa perasaan.

Zackie melepaskan pegangan di lengan Farra. Zackie terkedu dengan kata-kata yang dilemparkan Farra kepadanya. Hati Zackie bagai disiat-siat saat itu.

Lantas Zackie membelakangi Farra. Airmatanya jatuh mengalir perlahan. Ya allah!

Hati Farra berkecamuk, tanpa membuang masa Farra meluru keluar meninggalkan Zackie disitu.

Bersambung.....💕💕💕

Zackie ❤ Farra

Author update tuk malam ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Author update tuk malam ni. Loveyou uols . Sorry kalau hambar💔 night uols💕

Done!
Please Vote Vote & Coment!
Thankyou.

Mithali Cinta [C]Where stories live. Discover now