Bab 4

1.7K 39 0
                                    


Berat sungguh kelopak matanya ingin terbuka pada pagi ini. Ditambah pula dengan angin sejuk daripada penghawa dingin. Nyaman sekali. Tetapi dipaksanya juga untuk membuka mata kerana terdengar suara umi mengejutnya.

" Dira, bangun cepat. Pergi mandi dan bersiap. Kamu kena kerja hari ni." Kata Puan Harlina.

" Apa umi merepek ni? Kan semalam Dira tak dapat interview tu." Kata Adira.

" Semalam Tan Sri Luqman call ayah. Dia kata anaknya terima kamu bekerja. Dia suruh kamu datang ke pejabatnya tepat pukul Sembilan pagi." Kata Puan Harlina.

Terbeliak mata Adira apabila uminya berkata begitu. Dah dapat hidayah ke lelaki tu tiba-tiba pula mahu ambilnya bekerja. Ke dia tercekik tulang ikan semalam yang membuatkan dia jadi begitu.

" Kamu termenung apa lagi. Pergilah siap cepat nanti lambat." Kata Puan Harlina. Adira berjalan lambat-lambat ke bilik air. Dia memikirkan nasib yang akan menimpa dirinya hari ini.

" Cuba kau tengok jam kau tu dah pukul berapa sekarang?!" Tempelak Nabil. Adira mengerling kea rah jam tangannya. 9.02 pagi.

" Lambat 2 minit je." Kata Adira.

" Banyak pulak 2 minit kau. Kalau nak bekerja buat cara nak bekerja dekat sini. Punctual sikit." Kata Nabil.

" Awak ingat saya nak sangat ke kerja dekat sini?" Kata Adira geram.

" Kau ni pun nasib je. Kalau tak disebabkan papa aku, memang takdelah aku nak ambil kau kerja dekat sini. Aku pun tak tahulah kenapa papa suka sangat dekat kau ni. Perempuan murahan!" Kata Nabil. Adira menggenggam penumbuknya. Sabar Dira, sabar. Suka hati lelaki ini je katanya perempuan murahan.

" Kau tercegat dekat sini apa lagi. Pergilah duduk tempat kau. Zainira, tunjukkan tempat dia. Hish, rimas aku dibuatnya." Kata Nabil.

Zainira membawa Adira ke tempatnya. Dia berasa simpati terhadap Adira diperlakukan oleh bosnya sebegitu. Bukannya dia tidak kenal akan sikap bosnya yang elergik dengan perempuan bertudung. Bersabarlah, Adira. Bisik hati Zainira.

Adira mengemas barang-barangnya di atas meja. Hatinya tertanya-tanya sejauh manalah dia mampu bertahan bekerja di sini. Ditambah pula dengan bos yang gila seperti Encik Nabil tu. Silap hari bulan dihumban bosnya ke dalam hospital sakit jiwa.

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now