Bab 7

1.6K 38 0
                                    


Hampir tercabut jantung Tan Sri Luqman dan Puan Sri Nadirah bila mendengar berita tersebut. Sudahlah sekarang waktu malam, anak terunanya pula buat hal. Apalah nak jadi dengan anaknya yang seorang itu.

" Nabil, kamu bertanggungjawab atas kesalahan kamu. Kamu kena menjaga nama baik papa dan mama." Kata Tan Sri Luqman.

" Mama nak kamu kahwin dengan Dayana." Kata Puan Sri Nadirah pula.

" Ma, pa Nabil tahu Nabil salah dan Nabil tak sengaja. Nabil akan jaga nama baik papa dan mama. Nabil akan kahwin dengan Dayana." Kata Nabil.

" NO! I taknak kahwin dengan you." Kata Dayana.

" Yana, you ni dah kenapa? You tak fikir ke family you nanti?" Marah Nabil.

" I takkan kahwin dengan orang yang pernah sentuh I. And I nak you tahu yang selama ni I hanya nakkan harta you dan bukan you. You yang goda I tadi." Kata Dayana selamba.

" Dayana, you jangan cabar I!" Tengking Nabil.

" Yes! I memang tengah cabar you. And for yoou information, I dah suruh kawan I book tiket flight I malam ni jugak ke Amsterdam. I akan mulakan hidup baru dekat sana. You duduklah sini diam-diam. I takkan sesekali kahwin dengan you." Kata Dayana lalu keluar dari pejabat itu.

Nabil mengepal penumbuknya. Dia ingin mengejar Dayana tetapi dibatalkan sahaja niatnya kerana dia nampak papa dan mamanya terduduk menangis dengan sikapnya yang lalai itu. Ahh! Apa yang harus dilakukannya sekarang ini. Mengapa banyak sangat masalah yang menimpa dirinya.

" Adira, masuk bilik saya sekarang." Arah Tan Sri Luqman. Adira hanya mengangguk. Kenapalah bos besar ingin berjumpanya pula.

" Adira, saya nak bincang dengan kamu satu benda. Saya bukan memaksa kamu tapi saya terpaksa buat juga." Kata Tan Sri Luqman.

" Apa dia Tan Sri?" Tanya Adira.

" Saya nak kamu kahwin dengan Nabil." Kata Tan Sri Luqman. Terbeliak mata Adira dibuatnya.

" Tan Sri, kenapa saya pula?" Tanya Adira.

" Dayana larikan diri ke Amsterdam. Untuk menutup malu kami, kami rasa kami kena kahwinkan kamu dengan Nabil. Lagipun kamu ada dekat tempat kejadian haritu." Jawab Tan Sri Luqman.

" Tapi Tan Sri, apa pula kata parents saya nanti?" Tanya Adira lagi.

" Saya dah maklumkan kepada Dr. Kamarul. Dia kata terpulang kepada kamu. Tolonglah Adira. Kami mengharapkan kepada kamu. Lagipun kami sangat yakin yang kamu boleh mengubah Nabil." Kata Tan Sri Luqman.

" Tapi Tan Sri, anak Tan Sri tak mungkin terima saya." Kata Adira.

" Pasal Nabil kamu jangan risau. Saya yang akan uruskan. Tolonglah Adira, saya merayu sangat kepada kamu." Pujuk Tan Sri Luqman.

Adira diam. Dia tidak tahu hendak memberikan kata putus apa. Kenapalah dia juga yang mesti terlibat dalam kes ini. Perempuan tu pun satu. Dah buat salah nak lari pergi overseas pula. Tak pasal-pasal aku pula yang kena kahwin dengan Encik Nabil, bos gila tu.

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now