BAB 25

1.6K 28 0
                                    

Adira mengetuk kepalanya dengan pen. Bengap! Kenapa kau menangis depan dia Dira! Kenapa?! Dia mengetuk lagi kepalanya dengan pen. Marah dengan kebodohannya sendiri. Entah mengapa dia boleh mengalirkan air mata di hadapan lelaki itu, walhal sudah acap kali dia sudah berjanji untuk melupakan hal itu.

" Bos, are you okay?" Tanya Zairul apabila melihat bosnya termenung tidak berbuat apa-apa.

Adira berpaling. Sedikit terkejut apabila ada orang menerjah masuk ke biliknya.

" OMG, your eyes. Kenapa bos nangis? Wanna like to share?"

" Tak ada apa-apa. You nak apa ni?" Tanya Adira berdalih.

" Ada orang nak jumpa bos dekat luar." Kata Zairul.

" You kenal tak?" Tanya Adira.

Zairul mengangkat bahu dan menggeleng kepala. Adira mengeluh.

" Bos, sebelum tu kesat sikit air mata tu. Nanti nampak sangat bos nangis." Kata Zairul lalu keluar dari bilik itu.

Setelah memastikan mukanya betul-betul okay, barulah dia keluar menemui orang yang hendak berjumpanya itu.

" Irsyad." Panggil Adira. Dari jauh lagi dia dapat mengenali susuk tubuh lelaki itu.

Irsyad berpaling sebelum mengukirkan sebuah senyuman buat buah hatinya itu. " Dira, jom lunch."

" Okay. Dira nak ambil beg sekejap." Kata Adira.


" Nabil, teman aku lunch. Aku belanja." Ajak Raqeem.

" Kau pergilah. Aku takde selera nak makan." Kata Nabil sementara matanya masih tertancap di skrin monitor komputernya.

" Alah kau ni. Aku nak belanja pun kau tak nak. Jomlah." Ajak Raqeem lagi.

" Hmm yelah. Nak makan mana?" Tanya Nabil sambil menutup komputernya. Dia berjalan mendekati pintu.

" Bubba Gump jom." Cadang Raqeem

Nabil mengangguk setuju. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kereta. Tiba-tiba, ada satu suara memanggilnya di belakang.

" Bos..." Panggil Zairina, PA barunya.

" Yes, anything?"

" Tadi Cik Dayana ada call saya. Dia kata nak ajak bos lunch. Tapi saya kata bos ada hal dekat luar. Lepastu dia ajak bos lunch esok." Terang Zairina.

Nabil mengangguk. Sejak dia dan Dayana bersatu kembali, kerap sekali wanita itu mengajaknya keluar bersama. Kadang-kadang datang ke pejabatnya semata-mata untuk bertemu dengannya.

Dia bukannya tidak suka tapi nanti apa pula kata pekerja-pekerjanya nanti. Bukannya mereka tidak kenal teman wanitanya itu model yang terkenal. Dia tidak mahu dirinya dimasukkan dalam bahan gossip sekali.

" Kau ni tak rimas ke dengan Dayana tu? Aku tengok pun aku rimas tau tak." Kata Raqeem.

" Nak buat macam mana. Dah diri dia macam tu. Bukan aku yang nak pun. Dia yang datang dekat aku dulu." Kata Nabil.

Raqeem ketawa besar mendengar kata-kata Nabil.

" Haih lah kau ni. Dia datang dekat kau, yang kau terima tu kenapa? Yang kau layan tu kenapa? Dulu masa dia tinggalkan kau bukan main lagi kau menyumpah dia itu ini. Tapi tengok sekarang..." Kata Raqeem dengan muka tak bersalah.

" Sekarang ni kau nak kata aku bodohlah? Kau nak kata yang aku ni termakan dengan kata-kata aku sendiri?" Kata Nabil tak puas hati.

" Bukanlah macam tu maksud aku. Aku dah kenal kau lama Nabil. Aku tau kau macam mana. Dan aku dapat rasakan yang kau sebenarnya tak suka pun dekat Dayana tukan?" Tembak Raqeem.

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now