Bab 10

1.6K 31 0
                                    


BAB 10

" Awak, saya nak keluar sekejap." Kata Adira.

" Kau nak keluar ke, nak pergi jumpa lelaki simpanan ke kesah apa aku!" Kata Nabil.

" Kenapa awak selalu cakap macam tu dekat saya?" Tanya Adira.

" Hey perempuan. Jangan disebabkan kau bertudung aku akan ingat kau baik. Ada je perempuan yang bertudung tapi buat maksiat." Kata Nabil selamba.

" Awak jaga sikit mulut awak. Saya bukan perempuan macam yang awak maksudkan." Kata Adira.

" Whatever." Kata Nabil. Adira melangkah keluar lalu masuk ke dalam keretanya. Hish, kalau lama-lama bertekak dengan lelaki tu boleh sakit jiwa dibuatnya.

Jam sudah menunjukkan pukul 9.50 pagi. Ada lagi 10 minit sebelum orang yang ditunggunya tiba. Semalam, Irsyad menelefonnya mengatakan bahawa penerbangannya dari London ke Malaysia akan sampai tepat jam 10 pagi.

Adira menawarkan dirinya untuk menjemput Irsyad. Lagipun dia bukannya ada apa-apa yang hendak dilakukan di rumah. Setakat menghadap muka suaminya, buat sakit hati je. Sedang dia leka membelek telefonnya, satu suara memberi salam dari arah belakang.

" Assalamualaikum my sweet Dira." Kata Irsyad.

" Waalaikumussalam. Ya Allah, Irsyad!" Kata Adira.

" Dira sihat? Kenapa Irsyad tengok Dira makin cantik sekarang ni?" Kata Irsyad.

" Dira tengok Dira ni sama je macam dulu. Emm, jomlah Irsyad. Dira hantar balik rumah. Mesti parents Irsyad terkejut." Kata Adira.

Irsyad hanya tersenyum. Sudah 3 tahun dia tidak bertemu dengan buah hatinya. Rindu di lubuk hati tidak dapat dibendung lagi. Dia sangat rindukan senyuman wanita itu.

" Dira, kenapa Irsyad tengok Dira macam ada problem je?" Tanya Irsyad.

" Dira ok je." Jawab Adira.

" Betul ni? Kalau Dira ada problem share lah dekat Irsyad." Kata Irsyad.

" Iye betul. Dira ok je maybe penat kot." Kata Adira. Irsyad memandangnya seperti tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan.

Biarlah. Lagipun aku tak boleh cerita dekat sesiapa tentang status aku sekarang ni. Tapi, Irsyad... Takkanlah aku nak mainkan cinta dia pula? Aku tak dididik untuk memainkan perasaan orang.

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now