Bab 6

1.6K 42 0
                                    


Banyaknya kerja yang harus disiapkannya hari ini. Terngiang-ngiang kata-kata Encik Nabil terhadapnya sebentar tadi.

" Adira, aku nak kau siapkan report ni harini juga." Kata Nabil.

" Maafkan saya Encik Nabil tapi sekarang dah pukul 6.10 minit petang. Saya siapkan esok je ye." Jawab Adira.

" Kenapa susah sangat kau nak faham bahasa? Harini kau balik pukul 10. No excuse!" Tegas Nabil lalu beredar dari situ.

Adira mengerling jam tangannya. Lagi 10 minit jarum jam akan menunjukkan angka 10 malam. Jari-jemari Adira pantas menaip papan kekeunci. Tiba-tiba ada seseorang menepuk mejanya membuatkan dirinya terkejut.

" Nabil ada tak?" Tanya Dayana.

" Ada. Dalam bilik." Jawab Adira. Dayana berlalu melangkah masuk ke bilik Nabil. Adira hanya memandang. Apalah yang perempuan ni buat dekat sini malam-malam macam ni. Janganlah ada apa-apa yang berlaku. Nanti tak pasal-pasal nama aku naik untuk jadi saksi mereka berdua pula.

Adira bangun dari kerusinya. Yes! Siap juga. Dia Cuma perlu menghanyatnra ke dalam bilik Encik Nabil dan kemudian balik rumah. Tidak ada benda lain yang terbayang di kepalanya ketika ini kecuali katil empuknya sahaja.

Langkah Adira terhenti sebaik sahaja ada seseorang memanggilnya dari arah belakang. Alamak! Siapa pula yang panggil namanya malam-malam macam ni. Setahunya di dalam bangunan ni hanya ada dia dan Encik Nabil sahaja. Oops terlupa pula. Girlfriend Encik Nabil pun ada sekali tapi bukan ke mereka dalam bilik?

" Boleh saya tahu siapa Cik?" Tanya seorang lelaki yang berada di hadapannya. Huh, kus semangat ingatkan siapalah tadi.

" Saya pekerja di sini. Encik semua ni siapa?" Tanya Adira kembali.

" Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami mendapat laporan dari pengawal keselamatan bahawa ada seorang lelaki dan perempuan berdua-duaan di dalam bilik. Boleh cik tunjukkan di mana biliknya?" Tanya pegawai tersebut. Adira kaku. Tanpa berfikir panjang dia pun mengiringi pegawai-pegawai agama tersebut ke bilik bosnya. Apalah yang akan jadi malam ni? Fikirnya.

Seorang dari lelaki itu memulas tombol pintu lalu kelihatan seorang perempuan yang sedang memaut leher seorang lelaki yang sedang duduk di atas sofa. Sungguh memalukan walaupun tiada apa yang mengaibkan sebenarnya.

Nabil dan Dayana cepat-cepat bangun apabila beberapa orang pegawai masuk ke dalam bilik itu. Adira hanya berdiri di luar. Tidak sanggup rasanya hendak masuk.

" Kami dari Jabatan Agama Islam mendapat laporan bahawan seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berdua-duaan di dalam bilik ini." Kata salah seorang lelaki itu.

" Kami tak buat apa-apa pun." Jawab Dayana dan Nabil serentak.

" Tetapi apa yang kami nampak tadi cukup membuktikan yang cik berdua bersalah. Sekarang ikut kami dan kami akan melaporkan perkara ini kepada keluarga kamu berdua." Kata lelaki itu lagi.

Semasa berjalan keluar dari bilik itu, Nabil ternampak Adira yang berdiri di tepi pintu. Dipandangnya perempuan itu bagai mahu ditelannya. Ni mesti kerja perempuan ni report dekat pejabat agama. Siaplah kau perempuan. Gumam Nabil dalam hati.

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now