BAB 24

1.5K 28 0
                                    

Adira melirik ke arah jam tangan jenama guccinya. Sudah setengah jam dia menunggu clientnya itu tetapi dia tidak nampak kelibat orang yang dicarinya. Adira mengambil keputusan untuk menelefon clientnya.

" Hello, Aini dekat mana?" Tanya Adira lembut meskipun hatinya kini sudah membara mahu pulang ke rumah. Buang masa sahaja tunggu lama-lama.

" Hello, Kak Adira sorry Aini lambat sikit. Tadi Aini hantar mummy pergi jumpa kawan-kawan dia sekejap. Aini dah sampai dah ni. Nak parking."

" Hmm oklah. Take your time." Balas Adira lalu menamatkan panggilan.

Dia membelek buku sketchnya yang terdapat beberapa design gaun pengantin.

" Kak Adira, sorry sangat-sangat sebab lambat."

" Eh, takpe. Duduklah. Cepat bincang, cepat habis."

" Okey, akak dah sediakan beberapa rekaan yang Aini nak. Berdasarkan tema yang ini nak haritu dan warna yang Aini nak iaitu black blue, akak dah cuba gabungkan. Dress ni akak akan campurkan sedikit dengan warna putih supaya dia nampak naik dan juga sedikit warna blue pastel. Manik-maniknya pula akak letak dekat bahagian dada dengan tangan je sebab Aini nak simple,kan." Ujar Adira panjang lebar.

Aini meneliti beberapa lukisan rekaan yang berada di hadapannya.

" Akak, dress ni Aini nak sampai buku lali je." Kata Aini.

" Kenapa? Aini takut Aini nampak pendek pakai dress labuh?" Tanya Adira. Aini mengangguk. Adira tersenyum.

" Tak. Aini takkan nampak pendek sebab potongan dress ni high waist cut, lagipun nanti Aini pakai heels so jangan risaulah." Kata Adira yakin.

" Kalau designer dah cakap macamtu, Aini ikut je. Aini yakin Kak Adira boleh berikan yang terbaik untuk Aini."

" Itu, jangan risau. Lagipun sekarang ni akak memang handle majlis Aini je. So, akak bolehlah fokus sepenuhnya untuk Aini punya wedding." Kata Adira.

Dua jam berlalu. Air yang dipesan sudah kosong di dalam cawan.

" Aini, akak nak pergi ladies sekejap. Tengokkan barang akak ya." Kata Adira sebelum berlalu pergi ke tandas. Penat rasanya duduk lama-lama.

Titt!!!!

" Helo, ma. Oo yeke. Aini ambil mama sekarang ya."

Sebelum berlalu, dia teringatkan sesuatu. Barang Kak Adira!

" Aini!" Tegur seseorang dari arah belakang.

" Abang Nabil!"

" Aini buat apa dekat sini?" Tanya Nabil.

" Aini jumpa wedding planner nak tempah baju kahwin. Tak sangka pula boleh jumpa abang." Kata Aini.

" Haha kebetulan. Jom lah abang belanja makan. Dah lama tak jumpa Aini." Pelawa Nabil.

" Hah tau pun dah lama tak jumpa. Abang nampak lainlah sekarang." Kata Aini.

" Lain? Apa yang lainnya? I'm still the old Nabil k." Kata Nabil.

" Well, sekarang ni abang nampak lagi handsome, masculine, matured, charismatic, hmm...apa lagi."

" Oh, so nak kata yang dulu abang ni tak matured lah?"

" Takdelah. Saja je." Kata Aini.

" Ha nak sembang lebih-lebih kena makan dengan abang dulu." Kata Nabil.

" Takpelah abang. Lain kali je. Aini nak cepat ni. Urgent. Bye." Kata Aini lalu pergi dari situ.

Nabil terpandang barang-barang di atas meja yang diduduki perempuan itu sebentar tadi.

" Aini! Barang-barang." Kata Nabil sambil menunjukkan beg tangan dan beberapa barang lain yang berada di atas meja.

" Oh lupa pula. Actually ni bukan Aini punya. Nanti kalau ada seorang perempuan putih, pakai baju warna merah dengan jeans, abang tolong bagi dia ya. Kata dekat dia Aini kena balik dulu. Sorry abang. Thank you."

Nabil menggaruk kepalanya yang tidak gatal. Hish budak ni. Aku dah lah tak kenal siapa perempuan tu. Boleh pula dia suruh aku bagi barang-barang ni kat perempuan tu.

Nabil ternampak keychain yang tertulis nama di tali beg tangan wanita itu. Nabil memegangnya dan membaca nama yang tertera. A.Husna. Adira Husna. Tak mungkin. Tak mungkin dan kenapa tiba-tiba dia teringat tuan nama itu? Dia pun tidak pasti.

" Hei, awak nak mencuri eh?!" Sergah Adira.

" Sejak bila aku nak cu..." Nabil bengang. Suka hati je kata dia nak curi barang perempuan ni. Aku dah tolong jagakan bersyukurlah. Nabil berpaling untuk melihat seraut wajah itu. Jantungnya seakan-akan berhenti berdegup. Adira!

Adira terkejut. Nabil. Akhirnya sepotong nama itu meluncur keluar dari mulutnya setelah sekian lama dia cuba padamkan nama itu dari kamus hidupnya. Tidak tahu bagaimana hendak digambarkan perasaannya atas pertemuan yang tidak dijangka itu.

Tanpa berlengah, Adira mengambil barang-barangnya lalu cepat-cepat beredar dari situ. Mukanya sudah mula rasa membahang.

Nabil tidak tahu hendak buat apa. Hendak tegur, dia tidak punyai kekuatan. Kenangan tiga tahun lepas masih tidak dapat dilupakannya meskipun dia yang mahukan semua itu.

Akhirnya, sebuah keluhan berat terlepas dari celah bibirnya.

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now