BAB 2

2K 53 6
                                    


" Papa! I don't agree with your decision. Kenapa papa nak tetapkan pekerja Nabil pulak?!" Ujar Nabil geram. Tan Sri Luqman hanya tersenyum dengan telatah anaknya itu.

" Nabil, company tu kan under nama papa. So, biarlah papa nak buat apa pun. Kamu tu hanya tolong papa uruskan je." Jawab Tan Sri Luqman.

" Tapi papa, budak tu baru je grade. Takde pengalaman langsung. Macam mana dia nak kerja?" Kata Nabil membantah.

" Kamu tunjuk ajarlah dia. Apa guna kamu sebagai bos kalau tak beri tunjuk ajar kepada pekerja? Lagi satu, papa yakin anak kawan papa tu memang boleh bekerja dengan baik." Kata Tan Sri Luqman.

Nabil yang mati kata menurutkan saja arahan papanya. Ni kalau bertengkar lama-lama pun bukannya boleh menang. Tidak pasal-pasal gajinya pula ditolak nanti. Nabil mengorak langkah menuju ke muka pintu. Dia sudah lambat untuk ke pejabat.

Semua benda yang dibuat oleh pekerjanya tidak kena di matanya. Ada sahaja yang hendak dimarahnya. Sehinggakan kopi yang dibancuh oleh setiausahanya pun terasa pahit padahal selama ini baik sahaja.

" Nabil, kenapa dengan angin kau harini?" Tanya Raqeem.

" Papa aku tulah. Dia nak aku interview anak kawan dia. Budak tu dah lah baru graduate pengalaman pun takde. Kau rasa boleh ke dia kerja nanti?" Kata Nabil resah.

" Alah, kau interview je dia dulu. Lepastu kau nak buat apa pun kau buatlah." Kata Raqeem. Nabil tersenyum sinis. Dia memanggil setiausahanya masuk ke pejabatnya.

" Zairina, tolong aturkan jadual untuk saya interview anak kawan papa saya tu. Lepastu suruh dia bawa beberapa lakaran yang berkonsepkan garden untuk saya." Arah Nabil kepada setiausahanya. Zairina hanya mengangguk lalu keluar dari bilik itu. Raqeem tersenyum kepada kawannya itu. Haih, ada-ada saja.

Adira mundar-mandir di hadapan bilik yang tertera nama NABIL IDRAAKI BIN TAN SRI LUQMAN. Setelah beberapa ketika, dia pun mengetuk pintu dan memberi salam. Kedengaran salamnya dijawab dan terdapat satu suara yang mengarahkannya untuk masuk.

" Duduk." Kata Nabil sambil matanya masih tertancap di hadapan computer. Tangannya pula laju menulis sesuatu di atas sehelai kertas.

" Perkenalkan diri kamu." Kata Nabil lagi tanpa memandang muka perempuan yang berada di hadapannya. Huh sombong sungguh.

" Nama saya Adira Husna binti Kamarul. Saya menuntut di Oxford University of London,UK. Saya ada master dalam bidang architecture. Saya takde pengalaman kerja lagi kerana baru habis grad." Kata Adira tenang.

Nabil memandang Adira. Perempuan yang berada di hadapannya sekarang rupa-rupanya bukan calang-calang orang. Belajar dekat Oxford! Hmm perfect tapi satu je yang tak kena di matanya, perempuan ini bertudung. Dia tidak suka dengan perempuan yang bertudung kecuali mamanya sahaja.

" Berdasarkan profil awak, saya boleh je terima awak kerja dekat syarikat ni tapi dengan syarat. Saya tak suka pekerja saya pakai tudung. Tak kesahlah awak nak pakai baju macam mana asalkan awak buka tudung." Kata Nabil.

" Hey, awak gila ke apa. Awak tak tahu ke pakai tudung ni islam yang suruh?" Balas Adira.

" Ok kalau awak taknak takpe awak boleh keluar dari bilik saya sekarang." Kata Nabil tanpa sedikit pun rasa bersalah.

" Ok saya akan keluar dari sini tapi sebelum tu, awak ambillah kertas-kertas ni. Saya tetap nak bagi awak sebab saya bukan orang yang suka pecah amanah. Saya harap semoga satu hari nanti awak akan tunduk dekat orang yang pakai tudung." Kata Adira lalu membuka dedaun pintu dan melangkah keluar.

Nabil mengangkat bahu. Ahh, biarkan saja perempuan itu. Berlambak lagi perempuan lain. Macam manalah papanya boleh berkenan dengan budak tu. Simpang malaikat empat puluh empat pun dia tak akan pernah suka dekat perempuan bertudung.

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now