BAB 18

1.6K 34 0
                                    

Tanpa mereka bertiga sedari, ada sepasang mata yang asyik memerhati disebalik rak yang tersusun makanan.

Kenapa lelaki tu pegang tangan Adira? Apa hubungan mereka berdua? Kenapa dalam troli tu penuh dengan barangan dapur? Takkanlah itu abangnya. Setahunya Adira hanya mempunyai seorang abang dan muka mereka mirip sekali.

Bermacam-macam persoalan berlegar di fikiran Irsyad sebelum dia berlalu dari situ. Aku mesti siasat! Kata Irsyad di dalam hati.

Adira mengangkat gagang telefon. Irsyad!

" Assalamualaikum." Mula Irsyad.

" Waalaikumussalam." Jawab Adira.

" Awak free tak malam ni? Saya nak ajak awak keluar." Kata Irsyad.

" Ada apa-apa yang penting ke?" Tanya Adira.

" Takdelah. Kita kan dah lama tak jumpa." Kata Irsyad.

" Err, tapi..."

" Dira, selama ni Dira tak pernah tolak pun permintaan Syad." Kata Irsyad.

" Hmm, oklah. Tapi Dira pergi sendiri eh?" Kata Adira mengalah.

Irsyad tersenyum lalu menamatkan panggilan. Malam ni aku akan tanya dia sampailah aku tahu kebenarannya.

" Awak, saya nak keluar sekejap." Kata Adira.

Nabil mengangkat muka. Aik? Malam-malam macam ni nak keluar?

" Kau nak pergi mana?" Tanya Nabil.

" Jumpa kawan." Jawab Adira ringkas.

" Lelaki ke perempuan." Tanya Nabil lagi.

" Le..laki." Kata Adira gagap. Nabil mengeluh.

" Suka hati kau lah." Kata Nabil lalu naik ke atas.

" Have a seat." Pelawa Irsyad sambil tangannya menarik kerusi untuk Adira.

" Sorry kalau lama tunggu." Kata Adira.

" It's okay. Saya pun baru sampai." Kata Irsyad sambil matanya tidak lepas memandang seraut wajah di hadapannya. Haih, cantik sangat.

Selepas pelayan menghantar makanan yang dipesan, Irsyad memulakan tujuan utamanya.

" Err, Dira. How's your life?" Tanya Irsyad memulakan bicara.

" So far good." Bohong Adira padahal realitinya hidupnya amat menyakitkan.

" Okay. Syad nak tanya something boleh tak?" Tanya Irsyad. ADira sekadar mengganguk sambil matanya tertancap pada sepasang mata Irsyad.

" Sudi tak kalau Dira jadi isteri Syad?" Lamarnya lalu meletakkan sebentuk cincin di hadapan Adira.

Adira terkejut tak terkata. Lama dia berdiam sebelum memberikan apa-apa jawapan.

" Syad, Dira tak boleh terima." Kata Adira.

" Kenapa Dira? Tak cukup lagi ke Syad buktikan cinta Syad dekat Dira selama ni?" Tanya Irsyad lagi.

" Bukan macam tu tapi..."

" Siapa lelaki yang Syad nampak pegang tangan Dira semalam dekat mall?" Tanya Irsyad dengan nada tegas.

Adira terkejut. Adakah lelaki di hadapannya ini nampak kejadian semalam?

" Err tu... Suami Dira." Jawab Adira sambil mukanya menunduk ke bawah.

Irsyad terlopong. Betul ke apa yang aku dengar ni?

" Tapi, kenapa Syad tak tahu pun?" Kata Irsyad.

" Maafkan Dira, Syad. Dira kahwin paksa. Dira kahwin tanpa cinta. Sorry sangat-sangat. Dira minta diri dulu." Kata Adira seraya bangun meninggalkan Irsyad yang masih terkejut.

Irsyad menghantar Adira dengan lirikan matanya sahaja. Tak sangka benda ini boleh terjadi dalam hidupnya.

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now