Bab 14

1.6K 39 0
                                    


Adira pulang ke rumah ayah dan uminya. Dia tidak mahu menghadap muka suaminya di rumah.

" Umi, boleh tak Dira nak duduk sini seminggu?" Tanya Adira.

" Boleh, tak salah pun. Tapi suami kamu macam mana?" Tanya Puan Harlina kembali.

" Pandai-pandailah dia, umi." Kata Adira.

" Dira, tak baik buat suami macam tu." Kata uminya lembut.

" Umi, dia dah banyak sakitkan hati Dira. Umi ingat Dira mampu tahan ke semua ni? Dia buat Dira macam tak wujud!" Kata Adira kecewa lalu meniti tangga masuk ke biliknya.

" Kenapa tu, umi?" Tanya Imran, abangnya. Puan Harlina hanya menggelengkan kepala lalu menapak ke dapur. Imran tidak puas hati. Dia mengetuk pula pintu bilik adiknya itu. Tiada jawapan. Dia terus menguak pintu dan meluru masuk.

" Adira." Panggil Imran. Adira mengesat sisa air mata dengan tapak tangannya.

" Kalau ada masalah ceritalah dekat abang." Pujuk Imran lalu melabuhkan punggungnya di sisi adiknya. Adira geleng.

" Dira, I'm your brother. Abang ada hak untuk tahu." Kata Imran lagi.

Adira pun menceritakan segala yang berlaku di dalam rumah tangganya sepanjang ini. Selesai Adira meluahkan segalanya, secara tiba-tiba Imran keluar dari biliknya.

Imran mengetuk pintu. Kali kedua dikuatkan ketukannya barulah tuan rumah membuka pintu. Nabil mempelawa abang iparnya masuk. Apa hal ni tiba-tiba datang rumah aku? Tanya Nabil dalam hati.

" Adik aku mana?" Tanya Imran sengaja.

" Er, tadi ada. Dia keluar kot." Jawab Nabil.

" Kot? Takkan kau tak tahu isteri kau pergi mana?" Tanya Imran lagi.

" Adira tak bagitau pun dia nak pergi mana." Kata Nabil.

" Dia tak bagitau sebab kau tak pernah ambil tahu pasal dia. Suami jenis apa kau ni!" Marah Imran. Terkejut Nabil dibuatnya.

" Apa yang abang cakap ni?" Tanya Nabil.

" Adik aku balik rumah umi menangis dekat aku pasal kau! Seumur hidup aku, aku tak pernah tengok dia menangis teruk macam tu." Kata Imran berang.

" Kau dengar sini baik-baik. Aku tak sanggup tengok kau buat adik aku macam tu lagi. So, jalan terbaiknya adalah kau lepaskan dia. Kau ada masa lagi sebulan sebelum cukup tempoh tu. Aku nak kau lepaskan dia, faham?!" Tengking Imran lalu berlalu keluar meninggalkan Nabil yang masih terpinga-pinga.

Kau nak sangat aku lepaskan adik kau kan? Takpe, aku akan tunaikan permintaan kau wahai abang ipar kesayangan ku. Kau ingat aku nak hadap adik kau sangat? She's not my taste lah. Perempuan murahan!

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now