BAB 27

1.4K 27 0
                                    

Dayana melihat wajahnya di cermin. Dia tersenyum puas apabila melihatkan penampilan seksinya itu.

" Aku ni tak cukup seksi ke nak goda Nabil tu?" Omel Dayana.

Beberapa hari lepas, secara tidak sengaja dia ternampak Nabil berjumpa dengan Adira di butik milik perempuan itu. Dia tidak pasti apa yang mereka bincangkan namun dia tahu, pasti perbincangan itu berkaitan dengan kisah lalu kerana riak muka Adira tidak menampakkan tanda kemesraan.

Dia tahu beberapa tahun lepas dia telah melakukan kesilapan kepada lelaki itu. Dia telah lari ke luar negara semata-mata tidak mahu dirinya malu. Dan kini dia telah pulang semula ke tanah airnya untuk mencari lelaki itu semula.

Difikirnya mungkin lelaki itu akan terus membencinya namun tidak! Lelaki itu telah melupakan kisah lalu dan menerima dirinya sebagai kekasih semula. Siapa saja yang tidak gembira kan.

Namun sejak beberapa hari lepas teman lelakinya itu berperangai pelik. Dia pasti mesti ada sesuatu yang tidak kena antara teman lelakinya dengan pereka fesyen terkenal itu.

" Hello, Yusri. Aku nak jumpa kau sekejap."

" Kenapa?"

" Aku ada kerja untuk kau."

Dayana mematikan telefon dan tersenyum sinis.


" Zairul!"

" Er...yee bos."

" Dari tadi I cari you tak jumpa. You pergi mana?" Tanya Adira tegas.

" Aa..Saya...Saya dekat belakang tadi, bos." Jawab Zairul sedikit gugup.

" Mana yang lain?" Tanya Adira lagi.

" Semua dekat belakang."

Tanpa melengahkan masa, dia terus menapak ke arah belakang butik yang menempatkan studio luas yang dikhaskan untuk mereka menjahit semua tempahan baju. Memandangkan semua baju yang dihasilkan butik ini adalah ekslusif, jadi tidak memerlukan ruang yang terlalu besar untuk disiapkan kerana baju yang dijual adalan ekslusif dan limited.

" Morning bos!"

" Morning. Hari ni I ada nak pergi ke satu syarikat ni. Nak ambil baju-baju yang kita nak bagikan kepada anak-anak yatim tu. So, sape yang boleh ikut I?" Tanya Adira.

" Sepatutnya Rozi yang ikut bos tapi dia tak datang." Jawab Zairul.

" Senang cerita you ikutlah." Kata Adira kepada setiausahanya itu.

" Actually bos kita ada dua tempahan baju yang tak siap sepenuhnya lagi. Dua-dua tu nak pakai hujung minggu ni." Kata Zairul.

" Dahlia?"

" Er..saya kena siapkan tolong Zairul bua baju tu sebab baju tu kami berdua yang handle."

" So, takde siapalah yang boleh ikut ni?" Pertanyaan Adira itu dibalas dengan gelenggan pekerjanya.

" Tak apaelah kalau macam tu. I pergi sorang je. Tapi make sure you all buat baju tu betul-betul. Tiga hari lepas I dapat aduan daripa deal customer. I taknak perkara yang sama berulang. Faham!" Kata Adira tegas.

Mereka yang lain hanya mengangguk.


Tepat jam 10 pagi, dia tiba di sebuah bangunan yang tinggi yang tersergam indah. Dia memandang lama luar bangunan itu. Bangunan itulah yang dia pernah bekerja dulu. Dan bangunan itulah yang menjadikan hidupnya terasa begitu perit sekali tiga tahun lepas.

Dia melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Beberapa pasang mata memerhatikan gelagatnya itu. Almaklumlah satu pejabat ni sudah tahu tentang penceraiannya dengan lelaki itu. Tetapi disebabkan kerja amal yang dilakukannya itu, digigihkan juga kakinya melangkah masuk.


Hampir satu jam kemudian Adira bergerak keluar dari bilik mesyuarat. Tali beg tangannya dibetulkan akibat kotak-kotak baju yang dibawanya setinngi Burj Khalifa.

Adira melangkah masuk ke dalam lif. Baru beberapa saat lif bergerak, telinganya menangkap bicara dua orang gadis yang betul-betul berada di sebelahnya.

" Aina, tadi aku nampak bekas isteri CEO kita dulu tau dekat lobi bawah."

Adira yang tersentak dengan perbualan dua orang itu segera mengalihkan sedikit wajahnya agar dilindungi.

" Bekas isteri? Encik Nabil tu dah kahwin ke?"

" Bekas tau...Bekas!" Suara yang terlontar kedengaran sinis sekali.

" Dulu perempuan tu bekas pekerja syarikat ni jugak. Eee... aku tak fahamlah dengan perempuan macam tu. Macam manalah dia dengan muka tak malunya boleh datang jejak kaki dekat syarikat bekas suami dia ni."

Adira yang terpaksa menahan telinga itu mengetap bibir geram. Mahu saja disumbat kota-kotak yang berada di tangannya ini ke dalam mulut perempuan itu.

" Kalau aku lah, tak nak aku jejak kaki dekat sini lagi. Entah berapa tan bedak dia sapu dekat muka. Muka tak tahu malu! Mentang-mentanglah dah popular. Nak tunjuk lagak pulak!" mulut celupar itu berkata lagi.

Adira sudah tidak tahan. Mahu diserangnya perempuan itu. Namun belum sempat dia bersuara...

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now