BAB 19

1.6K 32 0
                                    


   Puan Sri Nadirah mundar-mandir di ruang tamu. Serabut otaknya memikirkan tentang anak lelakinya yang seorang itu.

" Awak ni dah kenapa? Dari tadi lagi muka tu berkerut je." Tegur Tan Sri Luqman.

" Saya risau anak kita tu bang." Kata Puan Sri Nadirah.

" Siapa? Along?" Tanya Tan Sri Luqman.

" Buat apa saya nak risaukan along tu. Pandai-pandailah dia hidup. Nabil tu, bang." Kata Puan Sri Nadirah.

" Oh, Nabil. Abang tengok dia okay je dekat office. Takde masalah pun." Kata Tan Sri Luqman.

" Nampak je macam takde masalah, bang. Abang tak ingat ke yang dia kata masa baru kahwin dulu. Kan dia kata dia nak ceraikan Adira lepas tiga bulan." Kata Puan Sri Nadirah.

" Eh, awak ni jangan nak merepek. Mana tahu dia dah ubah fikiran. Takkanlah sepanjang diorang kahwin ni tak terselit walaupun sikit rasa cinta dekat isteri dia." Ujar Tan Sri Luqman panjang lebar.

" Itulah bang. Sekarang ni tinggal dua minggu je sebelum genap tiga bulan diorang kahwin. Saya takut nanti Nabil tu menyesal kemudian hari pula." Kata Puan Sri Nadirah.

" Awak sebagai mak dia doakanlah yang terbaik untuk anak awak. Buakn dok fikir yang bukan-bukan. Doa seorang ibu tukan mustajab." Kata Tan Sri Luqman.

Puan Sri Nadirah diam. Memanglah betul apa yang dikatakan suaminya itu tapi macamlah dia tidak kenal dengan anaknya itu.

Seperti yang dimaklumkannya haritu, dia akan pulang ke rumah untuk makan tengahari. Entah kenapa tiba-tiba sahaja tekaknya ingin makan di rumah.

" Adira!" Panggil Nabil.

Tiada jawapan. Mana pulak perempuan ni pergi? Takkan keluar kot.

Nabil membuka langkah menuju ke dapur. Dilihatnya satu susuk tubuh yang amat dikenalnya. Tapi kenapa penampilannya lain hari ni?

Adira menoleh. Terkejut dibuatnya melihat Nabil yang berdiri hanya beberapa langkah darinya. Nabil memandang dirinya atas bawah. Adira yang berpakaian t-shirt ketat yang menampakkan dadanya serta seluar ketat berlambut lepas dipandangnya penuh minat.

" Err, awak..." Kata Adira.

" Shh... Please stay like this." Bisik Nabil menggoda sambil tangannya membelek rambut Adira.

Adira dapat merasakan yang tangan Nabil merangkul pinggannya. Nabil perlahan-lahan mencium dahi isterinya, kemudian jatuh ke kening lebat isterinya. Kemudian dia mengucup mata isterinya.

Adira diam kaku tidak bergerak. Dia terkejut dengan apa yang dialaminya sekarang. Kemudian dia terasa sebuah kucupan singgah di lehernya. Dia menjadi tidak keruan. Mukanya sudah membahang.

Nabil mengangkat mukanya memandang bibir Adira. Kalaulah aku dapat dekat situ jugak... Belum sempat bibirnya singgah di bibir merah isterinya, terasa dadanya sakit ditolak.

Adira menolak badan Nabil lalu menuju ke meja makan. Tidak sanggup dia hendak berhadapan dengan lelaki itu lama-lama. Mahu tercabut jantungnya mendengar bisikan menggoda suaminya tadi.

Nabil tersenyum sinis. Permainan baru bermula sayang!

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now