BAB 28

1.3K 31 0
                                    


" Hei makcik bawang sekalian. Puas dah mengumpat? Dah banyak sangat ke pahala sampai nak tambah dosa pulak? Kalau korang datang pejabat semata-mata nak bergosip, baik korang tak payah datang kerja! Buat habis duit syarikat je nak bayar gaji pekerja macam korang ni." Sampuk seorang lelaki dari arah belakang.

" Eh, kau ni dah kenapa? Suka hati akulah nak mengumpat siapa pun. Bukannya aku ngumpat kau pun." Kata perempuan yang mulut celupar itu.

" Lagi satu, perempuan yang korang mengata tu memang cantik pun. Bukan macam korang. Muka fake! Setakat letak mekap baik tak payah!" balas lelaki itu laser mengundang beberapa pekerja di dalam lif itu menutup mulut menahan ketawa.

Beberapa saat kemudian, lelaki yang berani melawan perempuan itu melirikkan matanya pada kedua gadis itu memberi isyarat ke arah kiri, pada lelaki berkaca mata hitam yang sedang membelek telefon di sebelahnya.

Kedua-dua gadis itu terkejut apabila melihat lelaki itu. Terkelu lidah keduanya. Masing-masing muka sudah naik pucat.

Jejaka yang lengkap berpakaian kemeja dan blazer coklat mengalih pandang ke depan. Dia melemparkan senyum nipis kepada beberapa pasang mata yang sedang memandang ke arahnya.

Sebaik pintu lif dibuka, kedua-dua gadis tadi cepat-cepat ingin keluar namun sempat dihalang oleh jejaka tadi.

" Terima kasih kerana mengumpat pasal saya tadi. Beberapa minit lagi awak tunggu surat RESIGN atas meja kamu berdua."

" Saya keluar dulu bos." Kata lelaki yang berani memangkas bicara dua orang gadis sebentar tadi.

Nabil mengalihkan matanya ke arah wanita yang berseluar slack hitam dan berbaju kemeja berwarna baby pink. Di tangannya terdapat sebuah kotak besar yang dia tidak pasti apakah isi di dalamnya. Namun dia dapat merasakan yang kotak itu berat.

" Need any help miss?"

Suara garau yang berbunyi tepat di hujung telinganya itu emmbuatkan kepalanya automatik menoleh ke sisinya. Adira terkejut. Begitu juga dengan Nabil.

" You buat apa dekat sini?" tanya Nabil.

" Saya ambil baju-baju yang syarikat ni sumbangkan untuk charity hujung bulan ni." Jawab Adira mendatar. Wajah lelaki itu tidak dipandangnya.

Nabil mengambil kotak yang berada di tangan Adira. Adira cuba mengambil semula kotak itu amun Nabil sengaja mengangkat tinggi kotak itu.

" You park kereta dekat mana?" tanya Nabil.

" Takpe. Saya boleh bawa." Kata Adira,

Nabil ketawa di dalam hatinya melihat wajah cemberut Adira. Ada rindu menjengah benaknya.

Adira mengekori langkah Nabil yang berada di hadapannya. Entah kemana saja kaki itu hendak melangkah pergi.

Nabil berhenti di hadapan kereta Adira. Adira menekan kunci Audi TT nya. Dia terdengar suara-suara sumbang yang bercakap tentangnya namun dipekakkan telinganya.

Nabil memnuka bonet kereta Adira dan diletakkan kotak itu.

" Terima kasih." Kata Adira.

" Small matter." Jawab Nabil.

" Saya balik butik dulu." Pamit Adira lembut. Tak sanggup untuk berlama-lamaan di situ dan membiarkan orang sekeliling terus mengata dirinya.

Adira menurunkan tingkap keretanya. " Awak datangkan event nanti?"

" You harap I datang ke?" sengaja Nbail mahu menguji.

" Awak kan CEO syarikat ni." Jawab Adira tenang. Lelaki itu mengangguk sedikit dengan senyuman yang terpalit. Entah apa yang lucu dia pun tak tahu.

" Insha Allah kalau I tak keluar ke mana-mana. Kirim salam dengan family you." Kata Nabil selamba. Walhal sebenarnya dia malu untuk berhadapan dengan family perempuan itu setelah apa yang telah dia lakukan tiga tahun lepas.

Adira mengangguk. Tingkapnya dinaikkan semula.

Nabil masih terpaku di situ menghantar Adira dengan renungan mata sehingga hilang dari pandangan. Lambat-lambat senyuman terukir di bibirnya. Dia tidak tahu bagaimana hendak ditafsirkan perasaan yang sedang bermain di hatinya tika ini.


TOK...TOK

Nabil masih lena berbungkus dengan comforter tebal. Penyaman udara yang masih terpasang makin menggamit lenanya.

Puan Sri Nadirah di luar mula tak senang hati apabila ketukannya tidak berjawab. Dia memulas tombol pintu bilik anaknya. Dilihat Nabil masih tidak bangun dari alam mimpinya. Dia duduk di birai katil.

" Nabil! Bangun dah pukul berapa ni? Dah solat subuh ke belum?" marah Puan Sri Nadirah.

Nabil menggeliat. Nmaun matanya masih tidak terbuka.

" Nabil, ingat tak hari ni ada apa?" soal Puan Sri Nadirah apabila melihat anaknya itu tidak menunjukkan tanda-tanda mahu bangun.

" Ada apa, ma?" soal Nabil dengan mata yang masih tertutup.

" Bangun dulu baru mama cakap."

Dengan mata yang masih terpejam dan rambut kusut-masai, Nabil bangun malas dan bersila. "Hmm..."

Senyap.

" Ten minutes please." Baru hendak membaringkan semula badannya ke bantal empuk miliknya, tangan mamanya sudah mencubit tangan sasanya.

" Mama..." rengek Nabil.

" Eh, tak payah nak gedik sangat. Awak tu dah tua bangka dah. Bnagun cepat nanti lambat karang." Bebel Puan Sri Nadirah.

" Awalnya mama siap. Sekarang baru pukul..."

" Dah pukul 8 pagi dah. Majlis mula pukul 9. Cepat, mama tunggu dekat bawah." Puan Sri Nadirah mula menapak keluar dari bilik anaknya itu.

" Boleh tak kalau Nabil tak pergi?"

" Nabil taknak jumpa Adira ke?" soal Puan Sri Nadirah nakal.

" Adira?"

" Nabil, mama tahu Nabil suka dekat dia lagikan sebenarnya. And mama tahu yang Nabil banyak kali terjumpa dengan dia." Kata Puan Sri Nadirah.

Nabil menggaru kepalanya.

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now