Bab 9

1.6K 39 1
                                    


Pernikahan di pejabat agama yang hanya diketahui oleh ahli keluarga sahaja tanpa sebarang majlis resepsi bukanlah idaman Adira Husna. Ditambah lagi dengan lelaki yang dikahwininya bukan pilihan hatinya.

Namun, atas permintaan keluarganya yang sudah banyak terhutang budi dengan keluarga mentuanya dituruti sahaja.

" Puas hati kau dah kahwin dengan aku?" Tanya Nabil.

" Bukannya saya nak kahwin dengan awak tapi papa dengan mama yang paksa." Jawab Adira.

" Tapi kau boleh je bantah kan. Nak kata kau bodoh, belajar sampai oxford." Kata Nabil sinis.

" Apa masalah awak sebenarnya?" Tanya Adira.

" Eh, kau ingat eh. Aku akan bersama dengan kau dalam tempoh 3 bulan je lepastu aku akan lepaskan kau. Tapi dalam tempoh 3 bulan tu aku akan buat kau tersiksa hidup dengan aku." Kata Nabil.

Adira memandang tepat wajah lelaki itu. Oh, bagus juga tu dia nak lepaskan aku selepas 3 bulan. Sekurang-kurangnya aku kena hadap muka dia sekejap je bukan selama-lamanya. Takpe Dira, sabar. 3 bulan tu sekejap je.

Adira kemudian melangkah ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Seminggu berlalu. Rumah tangga mereka kelihatan hambar tidak seperti orang lain. Nabil membawa Adira berpindah ke kondo miliknya. Dia tidak mahu papa dan mama tahu perangai sebenarnya.

Dan dalam tempoh seminggu itu, tidak pernah sekali pun dia berbaik dengan Adira. Ada sahaja benda yang tidak kena. Dia sudah memberhentikan isterinya bekerja kerana takut pekerja lain mengetahui statusnya sekarang.

" Aku taknak kau bagitau sesiapa pun status kau dan aku. Kalau aku dapat tahu ada orang yang tahu pasal kita, nahas kau aku kerjakan." Ugut Nabil.

" Awak ingat saya nak sangat ke bagitau orang? Saya tahulah saya ni isteri atas kertas je." Kata Adira.

" Kalau kau tau takpe. Jangan sesekali cari pasal dengan aku." Kata Nabil.

Walaupun Adira tidak merasa dirinya dilayan sebagai seorang isteri namun dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Adira menyediakan makan dan minum Nabil mengikut waktu, menyediakan kelengkapan diri Nabil dan banyak lagi. Tetapi Nabil sikit pun tidak menghargainya.

" Kenapa kau gosok baju yang ni?! Aku tak nak pakai warna hijau. Pergi gosokkan warna merah sekarang!" Arah Nabil. Adira akur. Ingin sahaja dia membantah tetapi nanti takut dilabel isteri derhaka pula. Hmm, 3 bulan Adira, 3 bulan.

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now