BAB 23

1.6K 33 2
                                    


Apa yang dah jadi dekat diri kau Nabil!

Mana ada apa-apa yang jadi. Aku okay je.

Tak. Kau tak okay Nabil. Kau tak okay!

Kenapa kau cakap macam tu?

Ni semua sebab Adira kan? Jangan tipu akulah Nabil.

Mana ada sebab Adira. Kenapa aku nak fikir pasal dia pulak?

Kau jangan nak tipu akulah Nabil. Aku diri kau. Aku tahulah apa yang ada dalam kepala kau sekarang.

Nabil meremas rambutnya kasar.

Ada satu suara di sudut hatinya yang bercakap dengannya. Dia buntu. Takkanlah pertemuan aku dengan dia mala mini membuatkan aku jadi macam ni sekali? Lagipun, dia siapa je bagi aku? Bekas pekerja? Bekas isteri? Itu cerita lamalah!

Tapi kenapa aku rasa lain macam? Kenapa aku rasa cemburu bila tengok dia dengan Irsyad? Sekejap....Cemburu? Aku cemburu? Euw, tolonglah. Lagipun diorang kan nak kahwin dalam masa terdekat ni. Tapi kenapa hati aku ni...


Adira menghempas tubuhnya di atas katil. Sakit segala badannya kerana majlis malam ini. Terasa sengal otot-otot sendinya. Dia melelapkan mata. Terbuka semula. Tutup. Buka. Tutup. Buka. Dia bangun dari pembaringan dan duduk di birai katil. Kenapa setiap kali dia pejam mata, seraut wajah itu juga yang terlintas di fikirannya.

Tiba-tiba dia teringat akan lamaran Irsyad terhadapnya petang tadi sebelum majlis bermula.

" Sudi tak Dira jadi permaisuri hidup Syad selama-lamanya? Syad tak janji kehidupan yang sempurna buat kita, tapi apa yang Syad mampu janji, Syad akan cinta dan lindungi Dira sampai akhir hayat Syad."

Tak tahu hendak digambarkan perasaannya ketika itu. Antara gembira, sedih, terharu atau tak rasa apa-apa. Dia pun tak mengerti akan perasaannya. Kalau diikutkan, memang sepatutnya dia gembira kerana impiannya untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu bakal tercapai namun... hatinya rasa berbelah bagi.

Adira turun dari katil. Dia menjenguk ke kamar umi dan ayahnya. Gelap. Berkemungkinan besar mereka sudah tidur. Adira menapak keluar menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Dilihatnya lampu ruang tamu terpasang beserta bunyi daripada skrin televisyen. Siapa pula yang tak tidur lagi ni?

" Umi." Tegur Adira.

" Sayang, kenapa tak tidur lagi ni?" Tanya Puan Harlina.

" Tak tahulah umi. Tak boleh lelap mata ni. Umi pula kenapa tak tidur lagi? Dira tengok lampu bilik dah tutup?" Kata Adira.

" Umi tengok drama ni sekejap. Ayah kamu yang dah tidur." Jawab Puan Harlina. Matanya tidak sedikit pun berkalih daripada skrin televisyen. Khusyuk sangat tu.

" Umi, petang tadi Syad melamar Dira." Kata Adira sedikit gugup. Dia tak mampu buat keputusan sendiri. Andai umi, ayah dan ahli keluarganya yang lain dapat menerima Irsyad, dia akan redha.

" Dira jawab apa?" Tanya Puan Harlina.

" Dira tak bagi jawapan lagi, umi. Dira takut nak buat keputusan. Dira taknak benda yang lama terjadi balik dalam hidup Dira." Kata Adira.

" Dira dah kenal Irsyad lama kan. Kenapa nak takut pulak?" Kata Puan Harlina.

" Umi tak kesah. Keputusan dekat tangan anak umi ni. Umi dengan ayah doakan yang terbaik je. Lagipun, sampai bila Dira nak hidup membujang. Hidup Dira, Dira yang tentukan. Kalau Dira happy, umi pun tumpang happy juga." Kata Puan Harlina.


Hari Sabtu pagi, seawal jam sembilan pagi Adira sudah bersiap-siap untuk keluar. Dia ada temu janji dengan client barunya yang ingin menempah gaun pengantin. Dia menapak turun ke bawah seraya menyangkut beg tangan ke bahu. Tudung di kepala dibetulkan sebelum menapak keluar.

" Nak pergi mana tu?" Tanya Dr. Kamarul.

" Eh, ayah. Tak kerja ke hari ni?" Tanya Adira. Menghulur tangan bersalaman dengan ayahnya.

" Harini ayah cuti. Pagi-pagi ni kamu nak pergi mana?" Tanya Dr. Kamarul lagi.

" Nak pergi jumpa client. Nak bincang tentang material kain dan rekaan yang bakal digunakan untuk majlis resepsi nanti." Kata Adira jujur.

" Tak penat ke? Hari minggu pun kena keluar jumpa client juga. Berehat jelah dekat rumah." Kata Dr. Kamarul.

" Ayah, ni memang kerja Dira. Dira yang pilih untuk jadi macam ni. Lagipun dulu bila Dira kerja bawah orang ayah dengan umi juga yang suruh Dira tukar kerja." Kata Adira panjang lebar.

Dr. Kamarul tersenyum. Betullah kata anaknya itu. Siapa sangka anak di depan matanya ini sekarang sudah bergelar businesswoman yang berjaya. Dulu dia bekerja di bawah orang tapi sekarang...Orang yang bekerja dibawahnya. Dia bangga dengan pencapaian anaknya itu.

" So... Dah buat keputusan?" Tanya Dr. Kamarul.

" Keputusan?" Tanya Adira kembali. Tak faham. Ish ayahnya ini pun satu. Banyaknya tanya soalan macam taknak bagi dia keluar rumah.

" Semalam umi bagitau ayah pasal Irsyad."

" Belum." Jawabnya dengan gelengan kepala. Tak tahu kenapa susah sangat untuk dia berikan kata-kata setuju. Padahal hanya perkataan 'ya' sahaja. Bukannya jawab soalan add math pun nak kena fikir dua tiga jam.

" Tak baik buat orang tunggu lama-lama. Manalah tau nanti dia pergi dekat orang lain." Kata Dr. Kamarul. Dahi Adira dikucup lembut sebelum dia berjalan naik ke bilik.

Adira diam. Menghadam kata-katanya ayahnya sebentar tadi. Dia tahu sangat perasaannya menunggu sesuatu yang tak kunjung tiba. Rasanya sangat menyeksakan. Tapi, apa yang dia boleh buat?

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now