BAB 20

1.6K 31 0
                                    


   " The hell! Dia tolak kau, Chad?" Kata Zarul, kawan Irsyad.

" Kau ada nampak ke muka aku tengah main-main sekarang ni?" Kata Irsyad.

" Ok ok lek bro. Kau tanya dia tak kenapa dia tolak lamaran kau?" Tanya Zarul.

" She's someone wife." Jawab Nabil pendek.

" Wife?!" Kata Zarul sambil anak matanya membuntang menunjukkan riak terkejut. Nabil mengangguk sebelum menyambung kata-katanya.

" Aku tak tahu sejak bila dia kahwin, dengan siapa dia kahwin tapi yang aku tau, aku pernah nampak dekat pasaraya dia dengan sorang mamat ni beli barang dapur." Kata Nabil.

Zarul diam. Tidak tahu hendak memberikan reaksi apa terhadap kawannya itu. Silap cakap karang buruk padahnya nanti. Tapi yang peliknya, bukan ke si Adira tu girlfriend mamat kat depan aku ni? Macam mana tiba-tiba boleh kahwin dengan orang lain pulak...

Dr. Kamarul dan Puan Harlina sedang duduk berehat di ruang tamu. Inilah rutin mereka setiap hujung minggu. Menghabiskan masa berdua di hadapan tv. Anak-anak semuanya sudah berkeluarga.

Puan Harlina memandang ke arah Dr. Kamarul yang dari tadi matanya tidak lepas daripada skrin televisyen. Apa yang best sangat cerita tu pun tak tahulah sampai dirinya yang berada di sebelah ini tidak dihiraukan.

" Abang, rumah ni sunyi kan." Mula Puan Harlina sambil membetulkan letak duduk punggungnya di atas sofa menghadap si suami.

" Hmm." Itu sahaja yang kedengaran dari mulut Dr. Kamarul tanpa matanya sedikit pun tidak memandang isterinya yang sedang bercakap.

" Abang... Jawablah apa yang saya cakap tu." Kata Puan Harlina. Dia menarik-narik pergelangan tangan suaminya untuk mencuri perhatian.

" Ish, awak ni. Dah tu nak buat macam mana. Anak-anak kita kan dah takde. Semuanya dengan keluarga masing-masing. Memanglah sunyi." Kata Dr. Kamarul senada. Malas mahu melayan isterinya itu.

" Bestnya kalau dapat main dengan cucu kan, bang. Saya nak cucu boleh tak?" Kata Puan Harlina tiba-tiba.

" Awak suruhlah anak awak tu bagi cucu dekat awak. Janganlah minta dekat saya yang tak boleh mengandung ni." Kata Dr. Kamarul berloyar buruk.

" Adira tu dah dekat 3 bulan dah kahwin takkanlah takde berita gembira kot." Kata Puan Harlina.

" Nanti awak tanyalah dia sendiri. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Tapi dari sudut pandangan sayalah, dengan keadaan dia yang kena kahwin paksa, saya tak rasa mereka berdua kekal." Kata Dr. Kamarul panjang lebar.

" Tak baiklah cakap macam tu. Kita sebagai orang tua sepatutnya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua." Kata Puan Harlina.

" Yelahhh." Balas Dr. Kamarul. Sebenarnya,apa yang terkeluar dari mulutnya tadi bukanlah apa yang ada dalam hatinya. Diapun tak ingin benda itu berlaku tapi ada satu ruang di lubuk hatinya yangmengatakan mereka akan berpisah 

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now