BAB 22

1.6K 37 0
                                    


3 Tahun kemudian

" You ni cepatlah sikit. Nanti ramai orang nak masuk." Kata Dayana. Nabil memandangnya sekilas sebelum mempercepatkan langkahnya. Dayana Syazwin. Wanita yang pernah menjadi surihatinya dan melarikan diri ke luar negara selepas satu malam itu mula kembali di dalam hidupnya.

Memang susah untuk dia menerima perempuan itu semula namun, dia tidak dapat menafikan yang hatinya masih ada pada perempuan itu. Akhirnya, dia menyambung hubungannya semula dengan perempuan itu.

" You jangan banyak songeh eh. I ikut you ni pun sebab I bosan dekat rumah tau." Kata Nabil. Dayana memuncung. Ada-ada sahaja teman lelakinya itu hendak menyakitkan hatinya. Tapi tetap sayang juga!

Memanglah ramai. Rata-rata mereka yang berada di Hilton Hotel itu menghadiri KL Fashion Week. Kalau diikutkan hatinya memang taklah nak pergi majlis macam ni. Bersesak-sesak dengan orang ramai semata-mata hendak tengok pertunjukkan fesyen. Lebih baik main game dekat rumah. Tetapi disebabkan Dayana, dia ikutkan sahaja.

Beberapa minit kemudian, majlis pun bermula. Kelihatan beberapa model berjalan di atas pentas memperagakan baju-baju yang direka daripada beberapa pereka fesyen terkenal.

" Bos, dekat luar tadi saya jumpa..." Kata-kata Rayyan tergantung di situ. Tidak tahu hendak disambung atau tidak. Rayyan adalah salah seorang ahli kuat di butik Adira, Dran'a Collection.

Sepanjang dua tahun berada di Paris, Adira menyambung pelajarannya dalam bidang fesyen. Dia pulang semula ke Malaysia dengan niat ingin membuka sebuah butik. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa daripada orang sekeliling akhirnya dia berjaya. Bukan itu sahaja malah dalam beberapa bulan sahaja segala rekaannya telah mendapat sambutan.

" Kamu nampak hantu ke sampai tergantung ayat kamu." Kata Adira bergurau sambil kepalanya terangguk-angguk mengikut rentak lagu yang dimainkan di telefonnya.

" Apa ni bos. Mana ada hantu. Hmm takpelah nanti bos tahu lah tu." Kata Rayyan.

Adira terdiam. Beberapa minit kemudian, satu per satu nama pereka fesyen yang terlibat malam ini diumumkan oleh emcee. Model-modelnya yang memperagakan baju dari rekaannya, sudah siap berdiri di bahagian belakang.

" And let me introduce you, to our youngest fashion designer who has won an award as the best designer in Islamis Fashion Festival in Dubai last year. We welcome you... Adira Husna from Dran'a Collection.

Nabil yang tengah berbual dengan Dayana terencat sebaik sahaja sebaris nama itu diseru. Bunyi tepukan bergema dari segenap arah. Ada juga beberapa tetamu yang bangun tanda penghormatan.

Nabil memandang kepada seraut wajah yang sedang berdiri di atas pentas. Jantungnya seakan berhenti berdegup. Terpegun dengan kecantikan itu. Adira yang dikenalnya dahulu sedang berdiri gah di hadapannya sekarang. Sungguh lain perempuan itu.

Adira mengukir senyuman yang manis sekali. Sungguh mana-mana lelaki yang melihatnya boleh menggetarkan iman. Dia mengambil jambangan bunga yang dihulur sebelum mula berucap.

" Assalamualaikum and a very good evening to all ladies and gentleman. Alhamdulillah thanks to Allah for His blessing, mercy and tendernes given to me. First of all, I would like to express my deepest gratefulness to my parents, families, and friends for their continuous moral support. And thanks to all my fans that always love my collection and support me. Tak lupa juga kepada yang sentiasa berdiri di belakang saya, Rayyan, Ain, Qis, Hanif dan semua staf kerana sanggup bersabar dengan saya walaupun ramai yang kena bambu petang tadi."

Seluruh dewan bergema dengan gelak tawa daripada para tetamu.

" Bermula dari zero knowledge tentang dunia fesyen. Saya tidak pernah terfikir pun untuk berdiri bersama-sama pereka-pereka fesyen terkenal. Dan saya takkan berhenti di sini saja. Ini adalah permulaan yang akan saya jadikan sebagai batu loncatan bagi saya untuk pergi ke peringkat yang lebih jauh. Terima kasih sekali lagi kerana sentiasa menyokong saya." Jambangan bunga diangkat tinggi mengakhiri ucapannya dan dewan bergema dengan tepukan gemuruh.


" You tak nak balik ke?" Tegur Nabil kepada Dayana yang sedang ralit memerhatikan seseorang.

" Sekejaplah you ni. I nak tangkap gambar dengan Adira sekejap." Kata Dayana sambil menuding jari ke empunya nama. Nabil dapat melihat betapa ramai orang mengelilingi pereka fesyen itu.

Nabil menari tangan Dayana.

" Adira." Panggil Nabil meskipun kini hatinya terasa perit sekali. Jantungnya pula seakan mahu meletup.

Adira menoleh. Terpana.

" Nabil." Meluncur perlahan sebaris nama di bibirnya namun mampu didengari.

" Congrats. I tak sangka you boleh pergi sejauh ni. And I'm very proud of you." Kata Nabil sekadar berbasa-basi.

" Thanks. Dah lama tak jumpa you." Kata Adira.

Dayana hanya menjadi pemerhati kepada kedua orang tersebut.

" Oh, lupa I nak kenalkan. Dayana." Kata Nabil.

Adira memandang perempuan yang ala-ala model berdiri di sebelah lelaki itu. Dayana? Bukan ke dulu dia lari ke luar negara sampai aku dipaksa kahwin dengan lelaki ini untuk menjaga aib keluarganya? Macam mana dia boleh berbaik semula dengan Nabil?

" Hai. I admirer sangat semua collection you. And you jugak. Very very amazing at the young age you dah jadi terkenal." Kata Dayana seraya menghulur tangan bersalaman.

Adira hanya tersenyum dan menyambut huluran tangannya. Sungguh dia sangat terkejut sekarang ini. Pertemuan kali kedua dengan lelaki ini membuatkan hatinya kembali teringat kepada kenangan lama.

" Dira." Panggil seseorang.

" Oh, Syad. Nabil, Dayana kenalkan ni Irsyad." Kata Adira.

Nabil dan Irsyad bersalaman. Bukan ke ni lelaki yang aku pernah nampak dia beli barang dapur dekat pasaraya dengan Adira tiga tahun lepas? Macam mana dia boleh muncul balik ni? Bisik Irsyad dalam hati.

" So, bila nak kahwin?" Tanya Nabil walau hakikatnya dia tidak mahu bertanyakan soalan tersebut.

" Insha Allah. As soon as possible." Jawab Irsyad bangga.

Adira hanya menunduk. Kalau boleh dia nak balik rumah sekarang juga. Dia taknak berhadapan dengan situasi ini lagi. Kenapa dia muncul balik dalam hidup aku? Adakah ini sebuah takdir? Kenapa dia muncul saat aku bahagia dengan orang lain?

Wanita Bertudung Tundukkan AkuWhere stories live. Discover now