1 4 3 TERU. part 2

216 15 9
                                    

   ●●●●●

  Suzzane tidak mahu memikirkan tentang pergaduhan antara mereka itu lagi. Lalu, dia pun bersiap sedia untuk pergi ke blok bangunan sebelah untuk membersihkan sebuah rumah kosong yang akan dihuni pada petang ini.

~~~~

Setelah sampai di situ, Suzzane dijemput masuk oleh tuan rumah yang akan tinggal di sana.

"Hai, jemputlah masuk." Ucap wanita berambut hitam ketika membuka pintu rumah tersebut.

Dengan senyuman riang, Suzzane membalasnya semula.

"Hai, terima kasih. Maaflah sebab saya lambat sikit, hehe.." ujar Suzzane sambil kakinya melangkah masuk rumah yang agak kotor itu.

"Tak apa, lagipun saya baru juga sampai di sini," balas wanita itu lagi.

"Oh ya , salam kenal.. nama saya Rita. Kakak siapa nama?" Kata wanita bernama Rita itu sambil bertanya pula nama ibu Pierre.

"Saya Suzzane. Saya tinggal di blok sebelah tu je," jawab Suzzane dengan jari telunjuk menunjuk ke arah tingkap.

Rita memandang ke arah bangunan itu yang jelas kelihatan dari luar tingkap ruang tamu.

"Baguslah, kita akan berjiran." Ujar Rita sambil tersenyum.

"Saya nak tanya boleh tak?" Soal Suzzane.

"Er.. boleh," jawab Rita perlahan.

"Kenapa kamu pindah di tempat ni?" Tanya Suzzane lagi sambil mengeluarkan kain lap dari dalam beg yang dibawanya dari rumah.

"Dulu, kami tinggal di bandar. Tapi suami saya tak dapat nak tampung perbelanjaan kami sekeluarga. Maklumlah, sekarang ni semua pun mahal. Haha.. em.. lagipun, kos perubatan anak saya tinggi.. sebab tu kami pindah di sini. Sewa rumah pun tak semahal di bandar," ulas Rita dengan wajah sayu.

Mendengar saja tentang perubatan anak Rita, Suzzane terus mencelah.

"Anak awak.. sakit? Mana dia sekarang?"

Rita tersenyum. Jari jemarinya bergenggaman. Tampak sekali wajahnya mulai sedih di mata Suzzane.

"Dia dengan bapanya masih di rumah lama, tengah susun barang. Petang nanti mereka akan datang ke sini. Kalau boleh, kakak tolonglah saya bersihkan apa yang patut ye? Sebab anak saya tak berapa sihat.." ujar Rita lagi dengan suara sopan.

"Baiklah Rita, saya faham dengan keadaan awak. Okey, lebih baik saya mulakan kerja. Nanti terlambat pula, haha.." balas Suzzane.

"Okey, jom." Sahut Rita, lalu mereka pun bekerjasama membersihkan rumah kosong yang berhabuk tebal itu.

Sambil mereka bekerja, mereka sempat juga berbual-bual.

"Di sini ada kedai runcit yang terdekat?" Tanya Rita kepada Suzzane yang sedang sibuk mengelap cermin tingkap.

"Ya, ada. Di bawah tempat tinggal saya ada satu. Yang lain ada juga tapi kena jalan jauh sikit." Jawab Suzzane sambil mengesat peluh di dahi.

"Baguslah, sebab saya nak cuba hantar kuih donat di sana. Nak cari duit lebih, hehe.." ujar Rita seperti malu sedikit.

"Okeylah tu, sebab saya pun suka makan donat. Lagipun saya tak pandai buat kuih. Haha.." sampuk Suzzane lagi sambil tergelak kecil.

"Haha.. okey kak," balas Rita.

Mereka pun sambung membersihkan rumah itu. Tidak lama lagi, keluarga Rita akan datang ke sana. Secara tidak langsung, Suzzane pun berkawan dengan Rita yang baik hati itu..

 1 4 3 TERU ✔Where stories live. Discover now