●●●●●
Pierre bersandar di tepi tingkap sambil menyedut rokok. Di dalam fikirannya hanya memikirkan tentang si gadis berkerusi roda. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan ketukan dari luar pintu bilik.
Tok! Tok! Tok!
Dia segera mencucuh rokok itu di tepi tingkap dan bergerak ke arah pintu biliknya.
"Ya?" Ucapnya ketika membuka pintu.
Suzzane berada di hadapan pintu dengan raut wajah yang risau.
"Awak okey ke ni Pierre? David kata awak balik awal tadi." Soal ibunya. Dia berasa risau dengan keadaan Pierre yang nampak tidak bersemangat.
"Ah, saya okeylah. Saya balik awal sebab boring," jawab Pierre dengan selamba lalu duduk di tepi tilam.
"Hm.. jangan buat mama risau. Kalau ada apa-apa, bagitahu. Jangan berdiam diri saja," ujar Suzzane lagi.
"Mama ni sibuk je hal saya, tiada apa-apalah." Pierre seraya berkata.
Suzzane berdengus kecil lalu keluar dari bilik itu. Pierre berasa senang bila Suzzane mengambil berat tentang dirinya. Dia pun tersenyum..
•••••
Keesokan harinya, Pierre menunggu Teru datang lagi di tepi bangunan. Hatinya riang bila gadis yang ditunggunya itu muncul pada hari ini. Terukir senyuman di bibirnya saat itu. Dari jauh, dia melihat si gadis bergerak menyusuri jalan. Kali ini, dia akan cuba bertanya siapakah namanya.
Krakk.. krakk..
Teru hanya menundukkan kepalanya seperti selalu. Tiba-tiba Pierre menerpanya dari arah depan.
"Hei,"
Suara sapaan itu tidak kasar seperti dulu. Ia bernada lembut. Tetapi, Teru tidak menyahut sapaan itu. Pierre memberanikan dirinya lagi untuk berbicara sambil menggaru dahi yang tidak gatal.
"Em.. awak ke mana kemarin?" Tanya Pierre.
Gadis itu terdiam sejenak, lalu berkata..
"Ke.. kenapa awak nak ambil tahu?"
Kening Pierre terangkat sedikit. Lalu dia duduk mencangkung di hadapan kerusi roda itu. Teru agak terkejut bila Pierre memandangnya dari bawah.
"Sebab.. saya.. em, tak adalah." Jawab Pierre yang tergugup-gugup. Matanya melirik ke bibir Teru. Ia kelihatan pucat dan kering.
"Siapa.. nama awak?" Akhirnya Pierre bertanya tentang namanya.
Teru tersentak lalu dipandangnya muka Pierre.
"Em.."
"Pierre! Awak ganggu dia lagi ke!?" Colin menjerit dari jauh apabila melihat Pierre menghalang perjalanan Teru ke sana.
Pierre bingkas bangun kerana terkejut dengan teguran keras dari arah belakang. Dilihatnya Colin sedang berdiri di depan kedainya dengan pandangan tajam.
"Maaf.. saya pergi dulu," Kata gadis itu lalu menggerakkan tayar kerusi rodanya ke arah kedai Colin.
Pierre terpaksa membiarkan dia pergi. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu, lalu berlari ke arah bangunan sebelah dan masuk ke dalamnya.
Sesudah Teru selesai berurusan dengan Colin, dia pun balik. Tetapi Pierre tidak ada di tempat lepaknya. Mata si gadis memandang sekeliling mencari kelibat pemuda itu, tetapi tiada. Tanpa berfikir panjang, dia pun menyusuri jalan itu tanpa ada gangguan.
Ketika dia sudah masuk ke ruang bangunan, dia terkejut melihat Pierre bersandar di dinding dalam bangunan itu!
"Err.. awak buat apa di sini?" Soal Teru dengan suara perlahan.
YOU ARE READING
1 4 3 TERU ✔
RomantizmI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING!! DO NOT COPY THIS STORY WITHOUT THE AUTHOR'S PERMISSION!! 👊 Nama tempat di dalam cerita ini hanya rekaan semata-mata. This is a sentimental romantic love story. No humor, just serious. ●Sinopsis●...