●●●●●
"Teru, mama nak pergi ke kedai runcit sekejap. Awak tunggu mama di sini ya?" Kata Rita yang sedang menyapu jem strawberi ke permukaan roti untuk diberi kepada Teru.
"Mama buat apa di situ?" Soal Teru kepadanya.
"Em.. mama nak tanya dengan tuan kedai tu, boleh letak jualan kuih di sana atau tidak. Sebab mama nak buat donat untuk dijual," jawab Rita lagi.
"Nak ikut.." balas anaknya yang bersuara perlahan serta berwajah pucat itu.
Rita agak tersentak dengan keinginan Teru. Dia sebenarnya tidak mahu Teru keluar ke mana-mana, tetapi melihat raut wajah Teru yang kasihan, dia terpaksa membawanya saja.
Setelah selesai bersarapan, mereka pun keluar dari rumah dan menaiki lif untuk turun ke bawah. Nasib baik ada kemudahan lif di dalam bangunan tersebut. Kalau menggunakan tangga, Rita pasti terpaksa menggendong Teru untuk turun dan naik semula ke atas.
Krakk... krakk..
Rita menolak kerusi roda Teru menyusuri jalan ke bangunan sebelah. Hari ini, kelibat Pierre langsung tidak kelihatan di tepi bangunan. Hanya Chuck dan David saja sedang berlepak.
Dari jauh Chuck memandang ke arah Rita dan anaknya dengan hairan. Sebab dia tidak pernah berjumpa dengan mereka sebelum ini.
"Eh David, siapa tu?" Soal Chuck kepada David sambil menepuk belakangnya.
David segera memandang ke arah wanita berusia 40-an sedang menolak seorang gadis berambut hitam yang duduk pada kerusi roda.
"Tak kenal. Mungkin baru pindah di sini." Balas David pula.
Semasa Rita dan Teru melalui kawasan lepak mereka, David dengan beraninya menegur anak beranak itu.
"Hai mak cik,"
Rita pun berhenti di hadapan mereka. Chuck memandang ke arah Teru yang sedang menundukkan kepala. Rambut Teru yang hanya sampai paras bahu menutupi separuh dari mukanya.
"Hai.. ya, ada apa? Tanya Rita kepada David.
"Mak cik baru berpindah di sini? Maaflah, sebab baru hari ni saya nampak mak cik." Kata David.
"Ya. Baru je kemarin. Kamu tinggal di kawasan ni juga?" Rita menyoal David semula.
"Kami berdua memang dah lama tinggal kat sini. Mak cik nak ke mana ni?" David menjawab lagi. Matanya melirik ke arah Teru yang tidak mahu memandang mereka.
"Ohh.. maaf, mak cik nak pergi ke kedai runcit dulu. Jumpa lagi ya?" Ujar Rita. Dia perasan Chuck dan David asyik memerhatikan anaknya. Kerana gelisah, dia bergegas meninggalkan mereka.
"Macam hantulah gadis tu, hahah!" Chuck bergurau tentang si gadis berkerusi roda.
David pun terikut dengan gurauannya itu.
"Ye lah! Hahah! Kalau Pierre nampak, awak rasa apa dia akan buat dengan budak tu?" Kata David pula."Macam biasa! Hahaha!" Balas Chuck.
Mereka ketawa menggilai di tepi bangunan setelah Rita dan Teru sudah berada jauh dari mereka. Mereka langsung tidak ada perasaan simpati terhadap gadis kurang upaya itu.
~~~~~
Teru dibiarkan ibunya di luar kedai runcit itu. Sementara Rita berjumpa dengan tuan kedai, mata Teru memandang persekitaran bangunan yang bersih tersebut. Daun-daun yang berguguran jatuh ke permukaan pahanya. Dicapainya daun berwarna oren yang sudah kering itu sambil kepalanya menunduk merenung daun tersebut.
"Gadis tu anak awak ke?" Tuan kedai dengan perutnya yang buncit itu menyoal Rita semasa berada di dalam kedai.
"Ha, ya. Cuma dia pendiam sikit." Jawab Rita dengan nada perlahan.
"Oh.. ada apa awak nak berjumpa dengan saya ni?" Tuan kedai itu bertanya lagi.
"Em.. boleh tak saya letak jualan kuih saya di sini? Sebab saya tak bekerja, nak cari pendapatan sikit. Suami saya bekerja di bandar," ulas Rita. Dia sangat berharap dapat berjualan di situ. Kerana, penduduk di situ agak ramai juga.
"Hm.. baiklah. Bila-bila masa, awak hantar saja jualan awak tu ke sini," jawab tuan kedai tersebut sambil memandang ke arah Teru.
Dilihatnya gadis itu sungguh kasihan sekali."Terima kasih tuan.." ucap Rita dengan wajah gembira.
"Tak apa, kita kena tolong menolong. Saya pun pernah susah juga. Oh ya, jangan panggil saya tuan.. panggil saja saya, Colin." Ujar tuan kedai yang bernama Colin itu lagi.
"Baik, Colin. Nama saya Rita. Eh, saya kena balik sekarang.. anak saya, tak boleh keluar lama-lama. Maaf ye? Lain kali kita berbual lagi," kata Rita lalu menyalam Colin sambil mengukir senyuman manis. Dia hampir terlupa tentang Teru yang menunggunya di luar.
"Oh, okay. Jumpa lagi," balas Colin.
Setelah itu, Rita pun segera membawa Teru pulang.
Sepanjang perjalanan, ramai yang memerhatikan mereka. Terutama sekali Teru. Ada juga yang menyapa mereka, Rita membalas sahaja. Kalau tidak dilayan, pasti akan dikata sombong.
Dia tahu, anaknya tidak seperti orang lain. Tetapi seorang ibu tidak akan pernah meninggalkan anaknya walau macam mana sekalipun. Dia dan Ninki tidak pernah mengeluh dalam membesarkan Teru. Setiap bulan, dia harus berjumpa dengan doktor. Kerana dia menghidap penyakit leukemia tahap 2 dan dia masih dalam jagaan rapi doktor.
Teru sepatutnya tinggal di hospital, tetapi dia enggan. Kakinya yang lumpuh itu adalah kesan daripada leukemia tersebut. Dulu, dia seorang gadis yang sihat. Tetapi, ketika dia berumur 21 tahun, hidupnya berubah sekelip mata apabila di diagnosis menghidap penyakit membawa maut itu.
Dia bagaikan hidup di dalam dunia yang asing.. Dia tidak dapat lagi melukis senyuman pada wajahnya yang semakin hari semakin hilang seri. Kulitnya pucat, rambutnya makin berkurangan. Dia kecewa kerana tidak mampu mengembirakan hati mereka berdua. Setiap kali dia senyum, pasti akan ada tangisan di sebaliknya.
Setiap malam, dia memikirkan tentang pengakhiran hidupnya yang kelam.
'Hidup sekarang dan mati pada hari esok..'
Bisik hati kecilnya saat berbaring di tilam kapas yang empuk. Selimutnya dijahit sendiri oleh Rita dengan penuh kasih sayang, khas buat anak kesayangannya.
'Tuhan.. sebelum saya pergi buat selama-lamanya, gembirakan dan terangilah sisa-sisa hidupku ..'
Dan.. dia pun terlena tidur di samping selimut yang menutupi tubuh badannya di malam hari..
YOU ARE READING
1 4 3 TERU ✔
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING!! DO NOT COPY THIS STORY WITHOUT THE AUTHOR'S PERMISSION!! 👊 Nama tempat di dalam cerita ini hanya rekaan semata-mata. This is a sentimental romantic love story. No humor, just serious. ●Sinopsis●...