1 4 3 TERU. Part 14

150 12 1
                                    

●●●●●

Setelah seharian berjalan mencari kerja di bandar, Pierre akhirnya berjaya mendapatkan kerja. Dia diambil bekerja sebagai 'office boy' di sebuah syarikat percetakan majalah. Dengan gembiranya dia pulang dan memberitahukan perkara itu kepada ibunya.

Sesudah Pierre menceritakan hal itu kepada ibunya, dia ingin berjumpa pula dengan Teru dan mahu mengongsikan berita gembira itu dengan si gadis berkerusi roda. Petang itu, setelah selesai makan malam bersama Suzzane, Pierre langsung keluar dari rumah dan menuju ke bangunan sebelah untuk berjumpa dengan kekasih hatinya.

Dengan perasaan yang agak gementar, dia memberanikan diri untuk bersemuka dengan kedua ibu bapa Teru. Entah mengapa dia seperti tidak sedap hati semasa mahu ke sana.

Ting.. ting.. ting..

Lonceng pintu dibunyikannya dan dia menunggu sejenak.. Tiba-tiba, dia terkejut bila orang yang membuka pintu itu ialah bapa kepada Teru. Segan rasanya bersua muka dengan orang tua gadis itu. Dengan wajah yang berkumis dan serius, Ninki bertanya dengan pemuda yang berada di depannya.

"Ya, ada apa awak datang ni Pierre?" Soalnya.

"Err.. hai pak cik. Boleh tak saya berjumpa dengan Teru sebentar?" Pierre mengemukakan tujuannya ke sana dengan perasaan gementar.

"Hm.. ada apa nak jumpa dengan anak saya?" Ninki menyoal lagi. Raut wajahnya berubah bila Pierre berkata sedemikian.

"Sa.. saya nak beritahu dia sesuatu," jawab Pierre lagi. Perasaan gelisah mula mencengkam dirinya. Dia dapat rasakan bapa Teru tidak suka dengan kedatangannya.

Ketika itu Teru terdengar suara bapanya sedang berbual di depan pintu. Dengan perasaan ingin tahu, dia pun menjenguk ke ruang tamu dan memandang pada mulut pintu. Dia terkejut dengan kedatangan Pierre pada waktu seperti ini.

"Pierre..?" Teru menyampuk mereka dari belakang. Pierre memandang terus ke dalam rumah melihat Teru.

"Hai Teru," Pierre menyapanya dari luar. Gembira hatinya bila dapat melihat gadis yang disukainya.

Ninki memandang mereka dengan perasaan musykil.

"Awak kata nak beritahu sesuatu kepada dia? Cakaplah," ujar Ninki.

"Ya.." Jawab Pierre.

"Pa.. jemputlah dia masuk dulu," kata Teru lagi. Dia tidak mahu bapanya melayan Pierre seperti orang yang tidak dikenali.

"Hm.. masuklah," Ninki mengeluh pendek. Dia terpaksa menuruti kata anaknya.

"Terima kasih pak cik," ucap Pierre lalu melangkah masuk ke dalam rumah mereka.

Ninki hanya memerhatikan mereka berdua yang sedang berbalas senyuman. Pierre pun duduk di atas bangku bersebelahan dengan kerusi roda Teru. Ninki juga turut serta bersama mereka disitu. Rita yang datang dari arah dapur, terkejut ketika melihat Pierre berada di sana.

"Bila awak datang ni Pierre? Mak cik tak perasan pula," soal Rita lalu ikut duduk bersebelahan suaminya.

Pada masa itu, jantung Pierre berdegup kencang apabila berdepan dengan kedua orang tua Teru. Dia berasa sangat gentar. Apalagi bila Ninki merenung tajam padanya.

"Baru je mak cik.. saya nak jumpa Teru sekejap saja," ulas Pierre.

"Apa yang awak nak cakap? Cakaplah sekarang di depan kami," Ninki mencelah perbualan mereka. Dia seperti tidak sabar mahu mendengar alasan Pierre.

"Er.. saya cuma nak beritahu Teru, yang saya dah dapat kerja.." jawab Pierre. Perasaan janggal menganggu fikirannya. Teru pula kelihatan gembira dengan berita itu.

 1 4 3 TERU ✔Where stories live. Discover now