1 4 3 TERU. part 10

151 12 0
                                    

●●●●●

   Keesokan harinya di rumah Rita..

"Teru, kaki mama dah okey.. mama nak buat kuih lagi untuk dijual esok," Rita memulakan perbualan antara mereka anak beranak.

Teru yang kelihatan sihat dari hari yang sebelumnya menjawab..

"Nak saya hantarkan?"

"Eh, biarlah mama saja turun. Awak rehatlah dirumah.." Rita pantas menjawab soalan anaknya itu.

"Saya nak tolong mama saja.." ujar gadis itu lagi. Rita tidak dapat menolak permintaan Teru.

"Hm.. baiklah." Rita terpaksa bersetuju. Dia berasa risau kalau Teru berkecil hati bila dia melarang.

Keesokkan harinya, Rita telah selesai membungkus donat yang untuk dijual. Teru tidak mengendahkan penyakitnya. Selepas saja dia bersarapan dan menyiapkan diri, dia pun keluar dari rumah untuk menghantar jualan ibunya.

Krak.. krak..

Bunyi tayar kerusi rodanya jelas kedengaran di lantai pejalan kaki. Pierre yang ketika itu baru turun dari atas bangunan tempat tinggalnya terserempak dengan Teru di tepi jalan.

"Eh?" Dia tersentak.

Gadis berselendang ungu itu juga terhenti di hadapannya. Mereka berpandangan sejenak..

"Awak nak hantar kuih ke?" Pierre menyoalnya dengan nada kasar.

"Em.. ya," jawab Teru tetapi dia seperti tidak mengendahkan pierre dan bergerak semula menuju ke kedai runcit Colin.

"Eh tunggu!" Jerit Pierre kepadanya. Dia segera mengejar Teru kerana gadis itu tidak mahu berhenti.

"Pinjam kerusi awak ni," Pierre mengusik Teru setelah berjaya menghalangnya.

Teru tidak mempedulikan Pierre, lalu memotong pemuda berbadan tinggi itu. Pierre berdengus pendek apabila dipintas oleh gadis berkerusi roda.

"Hm.." Dia pun menunggu Teru di tempat lepaknya sambil melihat gadis itu dari jauh.

~~~~

"Selamat pagi pak cik.." Teru menyapa Colin di depan pintu masuk.

Colin agak terkejut melihat Teru datang ke kedainya membawa donat untuk dijual dan dia nampak sihat dari hari yang sebelumnya. Colin tersenyum melihat si gadis berselendang ungu itu.

"Selamat pagi adik.. awak sihat? Mama mana? Kenapa awak yang hantarkan jualan ni?" Soal Colin.

"Saya sihat pak cik. Mama di rumah, saya sendiri yang nak hantar jualan ni.. lagipun, saya nak ucapkan terima kasih pada pak cik sebab tolong hantarkan kami ke hospital hari tu," balas Teru. Suaranya yang lembut menenangkan hati orang tua berperut buncit itu.

"Sama-sama.. pak cik ikhlas tolong kamu. Mari sini bakul tu pak cik tolong susunkan di atas meja," kata Colin lagi lalu mengambil bakul dari atas paha Teru yang bergaun labuh menutupi kakinya.

"Em.. saya tak boleh keluar lama pak cik, saya balik dulu.." Teru meminta kebenaran untuk pergi dengan sopan.

"Okey, hati-hati ya?" Ucap Colin. Dia seperti seorang bapa kepada Teru. Walaupun baru mengenali orang tua itu, tetapi Teru berasa senang dengannya.

Dengan hati yang ceria, Teru kembali ke bangunan sebelah. Namun, Pierre seperti sedang menunggu untuk mengusiknya di tepi bangunan. Pemuda tampan itu segera menghampirinya ketika Teru melalui kawasan tempat lepaknya.

"Hei, bila awak nak pinjamkan kerusi roda awak ni?" Usiknya kepada gadis itu.

Teru hanya mendiamkan diri. Wajahnya menjadi serius. Dia langsung tidak mahu melayan karenah Pierre yang suka menganggunya. Pierre mengekorinya dari belakang sambil kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket baju panas.

"Boleh tak.. awak jangan ganggu saya?" Teru merayu ketika dia memberhentikan tayar kerusi rodanya dari bergerak.

Pierre memandangnya dari belakang dan menghampiri gadis itu.

"Tak." Jawabnya.

"Hm.." Teru mengeluh pendek.

Teru tidak berkata apa-apa lagi, lalu bergerak semula meninggalkan Pierre di situ. Pierre tercegat sahaja melihat Teru balik ke sebelah bangunan.

"Em.. lupa pula nak tanya nama dia," bisik Pierre sendirian. Tiba-tiba dia ingin tahu nama si gadis.

Hari ini, Pierre tidak membuli atau menganggu orang yang lalu lalang di tempat mereka. Chuck dan David merasakan ada sesuatu yang pelik terjadi kepada kawan mereka itu.

"Hei Pierre, kenapa dengan awak ni? Tak sihat ke?" Tanya Chuck lalu bersandar di tepi dinding bersebelahan dengan Pierre.

"Tiada apa-apa lah.." jawabnya. Asap rokok dihembusnya keluar. Fikirannya melayang entah kemana.

Sejak dari hari itu, setiap kali Teru turun menghantar jualan ibunya, Pierre menanti di tepi bangunan untuk mengusiknya. Dia sudah tahu pada jam berapa Teru akan turun dan datang semula pada waktu petang untuk mengambil bakul jualan ibunya di kedai Colin.

Ia berlarutan sehinggalah sebulan berlalu..

Pierre yang sudah sedia menanti kedatangan Teru pada waktu pagi, bersandar di tepi dinding tempatnya berlepak. Dia semakin suka menggangu Teru walaupun gadis itu tidak pernah senyum padanya serta dia tidak pernah tahu siapa namanya.

Tetapi malang, Teru tidak muncul pada hari ini begitu juga dengan Rita. Hatinya mulai gusar..
Dia kerap memerhatikan bangunan sebelah dan melihat ke atas tingkap tingkat tiga.

'Kenapa hari ni dia tak turun?'

Bisik hati kecilnya. Dia seperti tidak tentu arah. Dengan perasaan kuat yang ingin tahu mengapa, dia segera naik ke bangunan sebelah tempat tinggal Teru dan keluarganya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia ingin berjumpa dengan gadis itu.

Ting.. ting.. ting..

Lonceng ditekannya beberapa kali sambil menunggu di hadapan pintu rumah Teru.

"Hhuuhh.." dia menarik nafas panjang.

Namun, tiada sesiapa membuka pintu. Lalu ditekannya lagi lonceng itu untuk yang kedua kalinya.

Ting.. ting.. ting..

Dia menunggu lagi, tetapi masih tidak dibuka. Dalam fikirannya mungkin mereka tidak ada di dalam. Dia pun berjalan perlahan menuju ke lif dan turun semula dengan hati yang agak kecewa.
Kerana tidak berasa senang hati, dia balik ke rumah dan mengelamun sepanjang hari.

 1 4 3 TERU ✔Where stories live. Discover now