1 4 3 TERU. part 4

171 15 0
                                    

●●●●●

Tak.. tak.. tak..

Bunyi tapak kasut Pierre berjalan menuju ke tempat lepak mereka sambil kedua-dua tangan berada di dalam poket baju panasnya. Hari ini dia lewat sedikit turun ke bawah kerana malas nak bangun awal.

"Hei Pierre, lambatnya awak datang hari ni?" Soal David sambil menghisap rokok.

Chuck hanya memerhatikan kedatangan Pierre ke sana.

"Kenapa? Rindu ke?" Pierre mengajukan soalan berbentuk gurauan.

"Uhukk!" Terbatuk David mendengar kata-kata itu. Geli geliman dibuatnya.

"Hahah!" Chuck mentertawakannya.

"Awak ingat saya ni homo ke nak rindu-rindukan awak? Cehh!" David terasa dengan gurauan Pierre itu.

"Haha.. saya main-main je lah. Marah pula," kata Pierre lalu bersandar di tepi dinding.

David memberikan jelingan tajam kepada Pierre yang tersengih-sengih.

"Eh, ada penghuni baru pindah dekat sini," Chuck memulakan kata.

"Ye ke? Dia tinggal sebelah mana?" Soal Pierre lagi ingin tahu.

"Sebelah bangunan ni kalau tak silap. Tadi saya nampak ibu dan anak tu masuk ke sana," jawab Chuck sambil melihat ke arah bangunan tempat tinggal dua beranak itu.

Mata Pierre memandang bangunan itu sejenak. Tetapi dia seperti tidak mahu mengambil peduli tentang orang yang baru tinggal di sana.

"Eh, malaslah nak ambil tahu." Katanya.

"Anak perempuan tu cacat. Dia guna kerusi roda je," sampuk David pula.

Pierre meninggikan keningnya sebelah kiri setelah mendengar perkataan 'cacat'.

"Cacat? Tak boleh berjalan?" Soal Pierre lagi. Seperti berminat pula nak ambil tahu tentang gadis cacat yang diceritakan David.

Chuck berpeluk tubuh dan hanya menganggukkan-anggukan saja kepalanya.

"Em.. menarik.." bisik Pierre perlahan. Mesti ada sesuatu lagi yang ingin dilakukannnya terhadap gadis cacat yang dikatakan mereka.

•••••

Hari ketiga mereka sekeluarga berada di sini, Rita telah pun menyiapkan kuih donatnya yang akan dijual nanti. Dia bangun awal pada waktu subuh untuk membuat kuih kegemaran orang ramai itu. Walaupun terasa penat, demi mencari wang yang lebih, dia sanggup bersusah payah untuk menolong suaminya yang hanya bekerja sebagai tukang angkat sampah di bandar. Suaminya telahpun bergerak ke tempat kerja seawal jam 6 pagi. Kadang-kadang, dia bekerja pada waktu malam mengikut syif kerja. Gaji yang dia peroleh itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan mereka dari segi makan dan minum, serta perbelanjaan lain. Termasuk pembayaran bil-bil hospital Teru. Terfikir juga Rita untuk bekerja, tetapi dengan keadaan anaknya yang tidak mengizinkan, dia terpaksa membatalkan niatnya.

Krak.. krak..

Teru yang baru sahaja bangun, menjenguk ibunya yang sedang membungkus donat di dalam dapur.

"Mama.. boleh tolong?" Sapanya. Dia kasihan melihat ibunya yang kelihatan lelah dan tidak cukup tidur.

Rita terkejut dengan sapaan Teru tadi lalu melemparkan senyuman manis padanya.

"Tak apa.. kejap lagi mama siap. Ha, awak pergilah ke meja makan. Nanti mama hantarkan sarapan untuk awak," ulas Rita dengan suara yang agak serak.

Teru memandangnya dengan perasaan serba salah.

"Maaf ma.." ucapnya seperti sebak.

Jari jemari Rita terhenti dari membungkus kuih donat yang di susun rapi di dalam talam. Dia memandang Teru yang sedang menundukkan kepala.

"Awak tak buat salah pun, kenapa nak minta maaf ni sayang?" Soal Rita. Dia tersentuh dengan ucapan itu, tetapi dia berpura-pura ceria.

"Sebab, saya hanya menyusahkan mama.." jawab Teru.

Kata-katanya itu sungguh menyengat hati dan perasaan keibuannya. Rita segera menuju ke arah Teru dan memeluk tubuh badan yang sakit itu dengan erat.

"Jangan berkata seperti itu sayang.. mama tidak pernah pun anggap awak sebagai beban. Teru.. awak tahu tak kenapa mama berikan nama 'Teru' kepada awak?" Ujar ibunya lalu dia memandang wajah anaknya yang sedang bersedih.

Teru tidak menjawab langsung soalan ibunya itu kerana dia tidak tahu maksud tersirat pada namanya. Air matanya berguguran saat melihat anak mata ibunya.

"Awak bagaikan sinaran mentari yang menerangi hidup mama dan papa.. itulah maksud di sebalik nama awak. Janganlah bersedih, sebab mama tidak pernah berhenti menyayangi awak," ulas ibunya lagi. Dia sedaya upaya cuba bertahan untuk tidak menangis di hadapan anaknya itu, lalu dia tersenyum manis.

"Eh? Kenapa nangis ni? Cuba senyum sikit, barulah nampak cantik," puji Rita lagi sambil mengesat pipi anaknya yang dibasahi air mata.

"Terima kasih, ma.." ucap Teru sambil tersenyum, lalu memeluk badan ibunya dengan penuh kasih sayang.

Rita membalas pelukan itu dengan erat. Kalau boleh, ingin saja dia menggantikan tempat anaknya itu. Dia tidak sanggup melihat Teru menderita sengsara terhadap penyakit yang di hidapinya.

'Tuhan.. janganlah ambil nyawa anakku.. tolonglah..'

Rita merayu di dalam hati kepada-Nya. Hanya itu saja yang mampu diberikan kepada Teru.. Doa seorang ibu..

•••••

"Selamat pagi, Colin.." ucap Rita semasa melangkah masuk ke dalam kedai runcit Colin.

Colin yang pada waktu itu sedang menyusun barang runcit, tersentak dengan teguran itu lalu membalasnya semula.

"Ya, selamat pagi Rita. Letak saja jualan awak tu di depan," kata Colin sambil jari telunjuk menunding ke arah sebuah meja kecil berhadapan pintu kedai.

Rita segera meletakkan jualannya di meja tersebut dan menyusunnya.

"Terima kasihlah sebab sudi tumpangkan jualan saya disini. Nah, ada sedikit untuk awak buat sarapan," kata Rita lalu meletakkan sebungkus kuih donat di atas kaunter.

"Eh? Terima kasih banyak-banyak. Oh ya, mana anak awak yang cantik tu?" Balas Colin lagi sambil memandang ke luar kedai untuk melihat jika gadis itu datang bersama ibunya.

"Saya tak bawa dia turun hari ni, sebab tak nak dia penat." Sahut Rita.

"Oh.." Colin sebenarnya mahu bertanya lagi, tetapi risau Rita akan tersinggung.

"Em.. saya balik dululah. Petang nanti saya datang semula," ujar Rita lagi.

Colin hanya tersenyum dan mengucapkan selamat tinggal padanya.

"Jumpa lagi puan."

"Ya, jumpa lagi.." balas si ibu yang sopan itu.

Rita pun keluar dari kedai tersebut dan balik semula ke bangunan sebelah. Senang hatinya bila ada orang sudi membantunya di tempat baru itu.

 1 4 3 TERU ✔Where stories live. Discover now