1 4 3 TERU. part 12

145 12 2
                                    

●●●●●

      "Ada apa awak datang tiba-tiba ke sini?" Teru menyoal Pierre yang sedang duduk di atas bangku.

Pierre tersenyum-senyum bila melihat gadis ayu itu. Lalu berkata..

"Em.. saya saja nak melawat awak. Awak okey?"

"Haha.. ya, saya okey." Jawab Teru. Senyuman yang terukir di wajah gadis itu adalah yang pertama kalinya dilihat Pierre. Layu jantungnya apabila memandangnya.

Dia tidak menyangka Teru mempunyai senyuman yang manis. Selama ini dia hanya menunjukkan wajah muram dan tidak ceria. Rita pada waktu itu sedang berada di dapur, sering menjenguk ke ruang tamu. Bila dia melihat anaknya ketawa, dia pun tersenyum. Terusik hatinya saat itu, kerana Teru sudah lama tidak bermuka ceria seperti hari ini. Nampaknya, dia terpaksa membiarkan Pierre berkawan dengan Teru. Pemuda itu berjaya membuatkan anaknya gembira walaupun sedang melawan penyakitnya.

"Sebenarnya, saya nak bawa awak bersiar-siar di taman.. itu pun kalau mama awak benarkan," ujar Pierre lalu mengetap bibirnya kerana malu.

"Oh.. saya teringin nak ke sana. Kejap, saya minta kebenaran dulu." Jawab Teru lalu masuk ke dapur dan bersemuka dengan ibunya.

Pierre agak gementar bila Teru meminta kebenaran untuk keluar bersamanya. Ini adalah yang pertama kalinya dia ingin keluar bersama seorang gadis. Selama ini dia hanya tahu mengusik gadis-gadis yang lalu lalang, tetapi gadis kurang upaya ini bagaikan telah menarik hatinya.

"Mama.." panggil Teru di belakang ibunya yang sedang memasak.

Rita segera pandang ke arah Teru setelah mendengar panggilan suara halus itu.

"Eh? Ya sayang? Kenapa?" Soalnya.

Jari jemari Teru mengenggam gaun panjangnya, bibirnya diketap. Dia seperti takut untuk berbicara dengan ibunya.

"Ada apa ni? Cakaplah.." Rita bertanya lagi.

"Em.. boleh tak.. saya pergi ke taman dengan Pierre sekejap?" Teru mengemukakan niatnya kepada Rita dengan nada lembut.

Raut wajah Rita berubah ketika mendengar permintaan itu.

"Tadi mama dah cakap dengan Pierre, jumpa di sini saja. Kenapa pula nak bawa ke taman?" Balas si ibu dengan tegas. Rita seperti tidak mahu Teru dibawa ke mana-mana. Kemudian, dia tidak pandang lagi muka anaknya itu dan berpaling semula melihat masakannya.

"Sekejap saja ma.." Teru merayu. Hatinya sakit bila Rita tidak mahu dia keluar bersama Pierre.

Suara lembut itu mencairkan hati si ibu. Dia tidak mahu anaknya berkecil hati jika dia tidak membenarkannya keluar dengan penganggur itu.

"Hmm.. baik. Tapi, satu jam saja. Faham? Mama tidak mahu kamu lama-lama di situ," ujar Rita.

"Baik. Terima kasih ma.." ucap gadis itu sambil tersenyum. Wajahnya berubah setelah diberikan kebenaran. Lalu dia keluar dari dapur dan menuju ke arah Pierre di ruang tamu.

Rita agak gelisah ketika itu. Dia segera meninggalkan masakannya dan meluru ke ruang tamu kerana risau terhadap Teru.

"Pierre. Awak jangan bawa dia keluar lama-lama.  Ingat, satu jam saja." Rita memberi Pierre amaran sebelum mereka keluar rumah.

"Ya mak cik.. saya akan hantar dia balik lepas satu jam," balas Pierre yang gusar saat memandang Rita.

Mereka pun keluar rumah sambil ditemani Rita hingga ke luar pintu. Perasaan risau si ibu membuak-buak di dada. Inilah pertama kali Teru keluar dengan seorang lelaki. Walaupun hanya untuk ke taman sahaja, tetapi dia tenangkan hati dan cuba memikirkan hal positif.

•••••

   Pierre mengenggam pemegang kerusi roda di belakang dan menolaknya dengan perlahan menuju ke taman. Teru gembira bila akhirnya dia dapat datang ke situ. Selama mereka tinggal di Taman Olga, dia hanya memandang taman permainan itu dari atas bangunan. Bibirnya mengukir senyuman riang. Angin yang berhembus perlahan mencengkam kulit mukanya. Lalu, Pierre membawanya ke sebuah bangku yang memang tersedia di taman itu.

"Ha.. kita dah sampai," kata Pierre sambil melabuhkan punggungnya di atas bangku kayu. Teru berada di tepinya ketika itu.

"Terima kasih Pierre," ucap gadis itu sambil matanya memandang Pierre.

"Ah.. saya tak buat apa-apa pun, haha.." jawab Pierre. Malu pula bila Teru berkata seperti itu.

"Saya.. tak pernah keluar dengan sesiapa selain dari mama dan papa. Awak orang pertama ajak saya keluar.." ujar Teru lagi.

Pierre bertambah malu dengan kata-kata itu. Dia ketawa kecil sambil berkata..

"Saya pun tak pernah bawa sesiapa ke sini, ataupun di mana-mana, haha.."

"Saya tak sangka pula, awak ni baik. Dulu, saya benci bila awak mengusik saya, hehe.." kata Teru lagi. Gelak tawanya yang tidak kuat terdengar di sudut telinga Pierre.

"Eh.. saya taklah baik sangat, haha.." sahut Pierre tapi sebenarnya dia suka bila Teru memuji dirinya.

"Saya rasa.. Tuhan telah mendengar doa saya.." Tiba-tiba Teru berkata seperti itu.

Pierre yang berasa hairan, lalu bertanya.

"Apa maksud awak? Dan.. awak sakit apa yang sebenarnya ni..?"

Teru terdiam sesaat apabila mendengar soalan itu. Wajahnya yang riang tadi bertukar sedih. Lalu dia menjawab soalan itu dengan tenang.

"Saya.. saya menghidap leukemia, Pierre. Dan saya tak akan hidup lama.."

Jantung Pierre bagai terhenti! Dia berasa seperti lemas di lautan yang dalam. Nafasnya mulai berhembus dengan laju. Dia bagaikan tidak percaya dengan jawapan Teru tadi.

"Haha.. awak bergurau ye?" Sampuknya sambil bergelak palsu.

"Tak.. saya memang sakit.." kata si gadis lagi. Dia menundukkan kepala sambil jari jemari mengenggam gaunnya.

Pierre terkaku.. matanya memandang sisi wajah ayu itu yang sedang bersedih di sebelahnya.

"Saya dah tak sanggup.. hidup. Saya hanya menyusahkan mama dan papa.. mereka bekerja keras untuk membayar perubatan saya.. kalau saya dah 'pergi', mereka tidak akan terbeban lagi dengan bil hospital.. mereka tak perlu lagi bawa saya ke sana.. dan saya.. akan bebas.." ulas Teru. Suara tangisannya muncul saat berbicara. Air matanya mengalir dan menitis di tangannya.

Pierre tidak sampai hati melihat kawan barunya itu bersedih. Dia lantas bangun dari bangku dan berlutut di hadapan Teru dengan wajah pilu.

"Hei.. kenapa awak cakap macam tu? Mereka sangat sayangkan awak, Teru. Mereka tidak mahu awak 'pergi'.. saya pun, tak mahu.." kata Pierre lalu memegang erat jari jemari Teru yang sejuk.

Teru menangis dan tidak berkata apa-apa. Tangisan gadis itu lantas membuatkan hati Pierre terasa sangat sakit. Dia tidak menyangka Teru cuma akan hidup beberapa ketika lagi. Dengan sentuhan lembut pada bahu Teru, dia menarik bahu gadis itu dan memeluk badannya dengan erat.

"Saya akan bantu awak, Teru.. saya janji!" Bisiknya di tepi telinga si gadis. Pierre berasa sangat sedih sehingga air matanya turut jatuh saat memeluk badan kecil itu.

Teru berasa sungguh selesa bila dipeluk oleh pemuda tersebut. Dia seperti telah jatuh cinta terhadap Pierre. Namun, hidupnya singkat.. Mereka tidak mungkin akan bersama. Mungkin Pierre hanya bersimpati terhadap dirinya yang sakit. Itu semua bermain di mindanya ketika ini. Perasaan sayang mulai muncul di dalam hati Pierre. Dia tidak ingin melihat Teru menderita dan pergi meninggalkan semua orang..

 1 4 3 TERU ✔Where stories live. Discover now