1 4 3 TERU. part 7

154 13 0
                                    

●●●●●

Sesampai saja Teru di rumah, dia segera meluru masuk ke dalam bilik tanpa menjenguk ibunya dahulu. Rita berasa pelik dengan sikap anaknya itu. Dengan kaki yang masih terhenjut-henjut berjalan, dia bergerak menuju ke bilik Teru.

Tok.. tok.. tok..

Pintu bilik Teru diketuknya perlahan.

"Teru, macam mana tadi? Okey?" Soal Rita sambil membuka pintu bilik Teru.

Teru segera mengesat air matanya kerana tidak mahu ibunya melihat dia bersedih. Lalu dia menjawab..
"Ya, semua okey.."

"Apa pak cik Colin kata?" Rita menyoal lagi sambil memandang belakang anaknya itu.

"Dia harap mama cepat sembuh.." jawab gadis itu sambil membuka selendangnya.

"Oh.. Petang nanti awak boleh pergi ke sana semula?" Seru Rita lagi.

Padamulanya Teru hanya mendiamkan diri, tetapi demi menjaga hati ibunya, dia pun menyahut..

"Boleh ma.." balasnya.

Rita tersenyum dan tidak berkata apa-apa lagi. Dia pun keluar dari bilik meninggalkan Teru.

'Saya tak mahu terserempak dengan orang tu lagi..'

Bisik hati kecilnya. Kejadian tadi membuatkan dia takut untuk keluar. Tetapi dia tidak berani memberitahukan hal tersebut pada ibunya. Kali ini, biarlah dia hadapi semuanya sendiri.

••••••

Petang itu, dia kuatkan semangat untuk turun lagi ke bawah. Walaupun perasaan takut itu sentiasa bermain di hati, dia harus pergi juga.

Krakk.. krakk..

Rodanya bergerak perlahan di tepi bangunan. Orang ramai yang lalu lalang memerhatikannya tetapi tidak menegur dia. Dari jauh, sosok tubuh Pierre kelihatan sedang bergelak ketawa dengan kawan-kawannya. Teru terhenti sejenak di pertengahan jalan.

"Kenapa orang tu masih ada di situ?" Bisiknya.

Selendang ungu yang dipakainya dia tarik sedikit ke depan untuk menutup wajahnya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa melalui juga jalan itu.

"Tengok tu! Si gadis cacat lah," kata Chuck apabila terpandang ke arah Teru.

Pierre dan David lantas memandang Teru yang sedang menuju ke arah mereka. Bibir Pierre mengukir senyuman sinis. Teru pada masa itu tidak mahu melihat mereka dan dia hanya menundukkan kepalanya. Dia menggerakkan tayar kerusi rodanya dengan laju apabila dia semakin menghampiri jalan di mana samseng-samseng itu melepak.

Pierre yang tadinya sedang berdiri di tepi dinding, segera menangkap pemegang kerusi itu dari belakang dan membuatkan Teru terhenti. Hatinya berdegup kencang! Nafasnya menjadi laju apabila Pierre menganggunya lagi.

"Hai.. nak ke mana ni?" Pierre menyapa gadis itu sambil kepalanya menunduk ke bahu Teru dari arah belakang.

"A.. awak nak apa?" Balas Teru dengan suara ketakutan. Kepalanya makin ditundukkan.

"Haha! Tiada.. tapi boleh pinjam tak kerusi awak ni?" Usik Pierre lagi lalu bergerak ke hadapan Teru dan membongkokkan badannya melihat gadis itu. Pierre merenung dahi si gadis. Hidungnya mancung, berkulit putih tetapi pucat.. bibir Teru dipandangnya juga bila gadis itu mengetap bibir. Teru menarik selendang dan menutup mulutnya saat Pierre memerhatikan dirinya yang lemah.

David dan Chuck tercegat di tepi dinding melihat ketua mereka membuli gadis kurang upaya itu sambil ketawa keanak-anakan.

"Ja.. jangan ganggu saya.." rayu Teru lagi. Dia cuba memintas Pierre yang berada di depannya, tetapi Pierre menghalang lagi.

"Eh, kalau tak ganggu macam mana nak kenal? Kan?" Ulas Pierre. Dia langsung tidak berasa kasihan dengan Teru.

Bencinya Teru dengan lelaki itu! Kalaulah dia boleh berdiri, pasti akan ditendangnya Pierre!

"Saya.. tak nak kenal dengan awak.." jawab Teru. Lalu dia menggerakkan tayar kerusi roda itu dan cuba melanggar Pierre.

"Eh? Nak lari ye?" Bentak Pierre lalu menarik semula kerusi roda itu dengan kasar.

Praakk!

Teru semakin takut sehingga dia menangis ketika dibuli oleh lelaki tidak guna itu! Pierre yang terdengar suara tangisan kecil dari si gadis terus melepaskan tangannya dari pemegang kerusi tersebut.

"Nangis pula! Pergilah!" Pierre menghalau gadis itu pergi. Tetapi dia sebenarnya rasa bersalah.

Teru segera meninggalkan mereka dan menuju ke kedai runcit Colin yang berhampiran dengan tempat Pierre dan kawan-kawannya melepak. Pierre hanya melihat dia berlalu pergi.

"Cepatnya awak lepaskan dia?" Tanya David.

"Dia menangislah. Kalau dia mengadu dengan bapa dia macam mana?" Ujar Pierre lagi sambil bercekak pinggang.

"Takut juga awak dengan bapa dia ye? Hahaha!" David mentertawakan kawannya itu. Chuck turut serta ketawakan dia.

Pierre bersandar di dinding dan tidak mempedulikan mereka. Kemudian menyaluk poket seluarnya dan mengeluarkan sekotak rokok. Lalu, diambilnya sebatang rokok dari kotak itu dan membakarnya dengan pemetik api. Matanya sering memandang ke arah kedai runcit Colin. Dilihatnya Colin sedang memberikan bakul berwarna biru kepada Teru sambil berbual dengannya.

"Hari ni jualan mama awak habis lagi," kata Colin kepada Teru setelah menyerahkan bakul kosong kepadanya serta duit hasil jualan donat ibunya.

Tetapi Colin perasan waktu itu Teru mengesat kelopak matanya dengan raut muka yang masam. Dengan perasaan simpati, dia bertanya..

"Kenapa ni adik? Ada apa-apa telah berlaku ke?" Soal Colin dengan penuh kerisauan.

Teru menggelengkan kepalanya bermaksud 'tidak'. Colin masih tidak berpuas hati dengan jawapan Teru itu dan dia bertanya lagi.

"Betul ke ni? Budak-budak samseng tu ganggu awak ke? Bagitahu pak cik, nanti pak cik ajar mereka cukup-cukup." Ulas Colin sambil matanya melihat ke arah kumpulan samseng itu.

Pierre yang dari tadi melihat segera melarikan pandangannya ke arah lain bila Colin memerhatikan mereka.

"Teru, kalau mereka ganggu awak lagi, segera bagitahu pak cik. Mereka tu memang tak guna. Terutama sekali Pierre, budak yang sedang merokok tu." Ujar Colin. Teru memandang ke arah Pierre sejenak.

'Lelaki jahat tu namanya Pierre rupanya?'

Hatinya berbicara sendiri. Tetapi dia tidak mahu memikirkan tentang Pierre si penjahat.

"Baik pak cik.. err, saya balik dulu. Terima kasih.." jawab Teru dengan lembut.

"Hm.. sama-sama." Balas Colin sambil melihat Teru meninggalkan kedainya.

Oleh kerana Colin mengawasi Teru dari jauh, Pierre dan rakan-rakannya tidak berani mengusik gadis itu bila dia melalui kawasan mereka. Nasib Teru agak baik kali ni. Pierre hanya memerhatikan wajah Teru dari sisi apabila dia lalu di hadapannya.

"Fhuuhh.." dihembusnya asap rokok dari pembukaan mulutnya ketika itu.

Teru tidak memandang mereka langsung. Genggaman jari pada tayar kerusi rodanya sangat kuat. Risau jikalau Pierre mengusiknya lagi. Tetapi ia tidak terjadi. Hatinya berasa lega sekali. Nasib baik ada Colin yang tegas melihatnya dari jauh. Dengan selamat, dia pun sampai ke rumah.

 1 4 3 TERU ✔Where stories live. Discover now