1 4 3 TERU. part 9

152 13 0
                                    

●●●●●

    Rita menunggu di luar bilik kecemasan bersama-sama dengan Suzzane dan Colin. Dia telah melaporkan hal itu kepada suaminya setelah sampai di hospital. Ninki yang mendengar berita buruk itu segera datang ke sana kerana terlalu risau tentang keadaan anaknya.

"Minta maaf kalau saya bertanya.. Tapi, anak awak tu sakit apa yang sebenarnya?" Colin bertanya dengan hati yang ingin tahu. Dia turut berasa sedih dengan nasib Teru.

"Hm.." Rita mengeluh.

"Dia.. dia menghidap leukemia. Sebenarnya dia.. tak akan hidup lama.." balas Rita, diikuti dengan tangisan pilunya.

Colin dan Suzzane terkilan dengan jawapan Rita. Lelaki perut buncit itu tidak lagi menyoal apa-apa. Kasihan sungguh nasib gadis kurang upaya yang lemah lembut itu. Dia menjalani sisa-sisa hidupnya dengan berkerusi roda dan bergantung hidup pada ubat-ubatan sahaja. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kedatangan  Ninki yang kelihatan cemas.

"Sayang, mana Teru!?" Ninki menegur isterinya setelah sampai di bilik kecemasan tempat mereka menunggu. Rita segera memegang tangan suaminya dengan erat.

"Dia masih di dalam.." jawab Rita sayu. Ninki memeluk badan isterinya. Dia juga tidak dapat mengawal perasaan sedihnya saat itu.

"Encik Ninki?" Doktor yang baru keluar dari bilik kecemasan memanggil nama Ninki.

Dengan pantas Ninki menyahut panggilan itu.

"Ya, saya? Macam mana keadaan anak saya sekarang?" Soalnya dengan wajah yang sedih.

"Hm.. sebelum tu.. saya nak tuan dan puan bersedia dengan berita tentang anak kamu.." ulas doktor itu. Seperti telah terjadi yang buruk kepada Teru.

Nafas mereka berdengus-dengus. Sudah pasti keputusan kesihatan anak mereka itu tidak baik.

"Ya doktor.. kami sudah bersedia.." jawab Ninki sambil memegang erat bahu isterinya.

Colin dan Suzzane berpandangan sejenak. Mereka hanya mampu mendengar kata-kata doktor itu.

"Anak awak.. sekarang berada di tahap 3. Kami kena jalankan kemoterapi terhadap dia.. dan kami kena minta persetujuan dari kamu dahulu," kata doktor itu lagi.

Jantung mereka berdegup pantas mendengar hal itu disebut. Hampir pitam Rita ketika itu. Tetapi Ninki mengusap bahunya agar dia tenang.

"Baiklah doktor.. kalau itu saja caranya, saya setuju.." jawab Ninki walaupun sedih.

"Sabar ya dik.. semua ni dugaan dari-Nya.." sampuk Suzzane kepada Rita.

Dia bersimpati dengan nasib mereka sekeluarga. Walaupun dia dan Pierre tidak bersefahaman, tapi dia bersyukur kerana mereka sihat sahaja.

Setelah persetujuan itu dibuat, kemoterapi segera dilakukan terhadap gadis penghidap leukemia itu. Hampir seminggu dia berada di hospital bersama Rita yang menjaganya siang dan malam. Walaupun berat hati sang bapa untuk meninggalkan anaknya di situ, tetapi dia harus bekerja. Colin dan Suzzane turut memberi mereka sedikit bantuan kerana mereka faham akan kesusahan yang dialami keluarga itu.

•••••

Seminggu kemudian..

  Pierre datang ke kedai Colin untuk membeli rokok kegemarannya pada awal pagi. Dilihatnya orang tua itu sedang membelek-belek surat khabar.

"Selamat pagi pak cik. Ada rokok tak?" Sapanya ketika memasuki ruang premis milik Colin.

Colin memandangnya dengan serius.

"Hm.. ada. Awak tu muda lagi, jangan rosakkan diri," Colin menegurnya dengan cara halus.

Pierre tersengih-sengih dengan teguran itu lalu meletakkan duit atas kaunter pembayaran.

"Pak cik ni.. masa muda lah nak enjoy." Jawab Pierre dengan selamba.

"Enjoy tu, enjoy juga. Tapi kena fikir tentang mama awak. Pak cik kasihan tengok dia bekerja, tapi awak senang-senang saja goyang kaki, melepak tak tentu arah," ujar Colin lagi.

"Hm.. eh, macam dah lama tak nampak mak cik tu datang jual donat. Mana dia sekarang?" Pierre mengubah cerita. Ingin juga dia tahu apa telah terjadi.

"Yang awak nak ambil tahu kenapa? Tak pernah pun awak ambil kisah tentang sesiapa selama ni?" Colin bertanya kerana hairan.

Memang Pierre tidak pernah mengambil tahu hal orang lain. Tetapi kali ini dia tiba-tiba bertanya pula.

"Err.. tak ada apa-apa. Saya tanya je," jawab Pierre. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berasa mahu bertanya tentang mak cik penjual donat itu.

"Anaknya sakit. Sebab tu dia tak menjual," kata Colin sambil mengambil sekotak rokok untuk diberikan kepada Pierre.

Pierre mengerutkan keningnya.
"Gadis berkerusi roda tu?" Soalnya lagi.

"Ya.." Jawab Colin pendek sahaja.

"Sakit apa?" Pierre menyoal lagi.

Colin memandangnya sejenak sambil berdengus perlahan.

"Hm.. tak payah lah awak nak ambil tahu, Pierre. Kalau boleh, awak jangan ganggu gadis tu lagi." Ujar Colin lalu membaca surat khabar semula.

"Ye lah. Okay saya pergi dulu," balas Pierre lalu keluar dari kedai itu setelah mengambil rokok yang dibelinya.

Colin hanya melihatnya pergi sambil menggelengkan kepala. Perasaan ingin tahu masih kuat di hati Pierre.

Petang itu, ketika dia dan kawan-kawannya melepak, sebuah teksi berhenti di hadapan bangunan tempat tinggal Rita. Padamulanya dia tidak mahu mempedulikannya, tetapi bila ternampak Rita keluar dari teksi itu, matanya tidak berganjak dari memandang tempat itu.

Lalu dilihatnya Rita mengeluarkan kerusi roda dari dalam bonet kereta. Kemudian, dia memapah Teru yang lumpuh itu keluar dari kereta. Pada masa itu, ingin saja dia datang membantu, tetapi dia tidak berani.

Saat dia memandang gadis berambut hitam yang sedang dipapah oleh ibunya, hati pemuda itu bagaikan ditembak peluru. Tiba-tiba ia berdenyut kencang. Setelah Teru duduk di atas kerusi roda, dia terpandang ke arah Pierre yang dari tadi memerhatikan mereka. Kali ini, barulah jelas di mata Pierre wajah sebenar gadis ayu itu.

"Dia.. macam.." bisiknya perlahan. Lalu dia berpaling ke arah lain kerana gelisah.

Dalam fikirannya, wajah gadis itu serupa dengan gadis yang dimimpikannya tempoh hari. Perasaanya mulai gusar. Digaru-garu rambutnya yang berwarna perang itu walaupun tidak gatal.

Ketika dia berpaling semula ke arah mereka, anak beranak itu tidak ada lagi di situ. Mereka telahpun naik ke atas bangunan tempat tinggal mereka. Pierre agak kecewa sedikit.

Puk!

"Aduh!"

Pierre tersentak apabila David menepuk bahunya dengan kuat.

"Tengok siapa tu? Dari tadi asyik mengelamun panjang," sampuk David. Dia perasan Pierre tiba-tiba sunyi hari ini.

"Ah, tiadalah." Jawab Pierre lalu menyalakan api pada sebatang rokok.

"Fikir tentang teman wanita ke? Hahah!" David mengusik Pierre lagi.

"Teman wanita pun tak ada, nak fikir apa?" Balas Pierre dengan suara serak basah.

"Cis! Hahaha!" David mentertawakannya.

Pierre tidak pedulikan usikan David itu. Selepas saja habis rokok yang disedutnya, dia pun pulang. David dan Chuck berasa hairan kerana Pierre tidak pernah pulang ke rumah seawal jam 5 petang.

Semasa berada di dalam rumah, Pierre mengelamun panjang di sofa ruang tamu. Dia asyik memikirkan gadis berkerusi roda itu.

 1 4 3 TERU ✔Where stories live. Discover now