1 4 3 TERU. part 6

156 13 0
                                    

●●●●●

    Tepat jam 7 malam, Pierre menuruti arahan ibunya untuk menghantar bakul berwarna biru milik Rita ke rumahnya.

Ting..

Bunyi penggera lif berbunyi menandakan dia sudah sampai di tingkat 3, tempat tinggal jiran yang dikatakan ibunya tadi.

Sambil memegang bakul, tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket jaket. Setelah beberapa langkah, akhirnya dia telah tiba di depan pintu rumah Rita. Tanpa berlengah, dia pun membunyikan lonceng.

Ting.. ting..

Rita yang ketika itu sedang mengurut kakinya, terkejut dengan bunyi lonceng itu.

"Teru? Tolong tengok siapa datang. Mungkin papa," Rita memanggil Teru yang ketika itu berada di dalam biliknya.

"Ya, ma.." jawab Teru, lalu menggerakkan kerusi rodanya menuju ke arah pintu.

Krakk..

Pintu dibukanya perlahan tetapi hanya menampakkan separuh badannya. Pierre masa itu tercegat di hadapan pintu sambil melihat ke dalam. Matanya terus beralih ke bawah dan hanya melihat separuh wajah Teru yang sedang duduk di atas kerusi roda.

Teru agak terkejut masa itu, kerana dia tidak mengenali lelaki tersebut. Dan dia terus menutup semula pintu itu dengan kasar.

Bam!

"Eh?"

Pierre terkilan dengan tindakan Teru yang menutup pintu tanpa bertanya apa-apa. Lalu ditekannya semula lonceng.

Ting.. ting.. ting..

Teru berasa gelisah. Dia tidak mahu orang melihatnya. Tetapi Pierre tidak mahu berhenti menekan lonceng pintu itu!

Ting.. ting.. ting..

"Teru? Siapa tu? Kenapa tak buka pintu?" Suara ibunya berkata dari dalam bilik kerana lonceng itu ditekan berulang kali.

Teru tidak menjawab soalan ibunya. Dia menguatkan hati dan membuka semula pintu itu dengan perlahan.

Krakk..

Kali ini Pierre memegang daun pintu agar Teru tidak menutupnya lagi.

"Hei," ucapnya perlahan sambil memandang Teru.

Teru hanya menundukkan kepalanya. Lalu bertanya kepada Pierre.

"Awak.. nak apa?" Soalnya. Tetapi matanya tidak melihat wajah Pierre.

Leher Pierre membengkok ingin melihat wajah Teru yang dilitupi rambutnya.

"Em, bakul.. ni.." katanya sambil menunjukkan bakul kosong milik Rita.

Teru tidak berkata apa-apa dan terus menadahkan tangan untuk meminta bakul tersebut.

Pierre pun menghulurkannya kepada Teru ke pembukaan pintu yang hanya dibuka separuh itu.

Teru lantas mencapai bakul itu dan segera menutup pintu tanpa mengucapkan terima kasih.

Bam!

Pierre terkilan sekali lagi. Nasib baik dia sempat menarik tangannya dari tersepit pada pintu.

"Eh, kasarnya? Terima kasih pun tak ucap." Bisiknya sendirian.

Dia pun bergerak perlahan meninggalkan ruang depan rumah Rita. Tetapi matanya kerap berpaling ke arah pintu itu.

"Dialah gadis yang Chuck dan David katakan tempoh hari," katanya lagi lalu masuk ke dalam lif.

Fikirannya berbalik semula pada gadis berkerusi roda itu. Dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah itu tadi kerana pintu menghalang penglihatannya. Namun, kerusi roda itu jelas kelihatan.

 1 4 3 TERU ✔Where stories live. Discover now