●●●●●
Setelah menghantar Teru pulang seperti yang dijanjikannya kepada Rita, Pierre balik dengan perasaan sebak di dada. Dia masih terfikir akan nasib Teru yang malang. Semasa dalam perjalanan, David dan Chuck menegurnya ketika dia lalu di kawasan lepak mereka setelah melihat kawan mereka itu menghantar Teru balik tadi.
"Hei Pierre! Awak buat apa dengan gadis cacat tu hah?" David mengejek Pierre yang bermuka sedih.
Pierre terhenti dari berjalan di hadapan mereka sambil memandang tajam ke arah David. Dia terguris dengan ejekan kawannya itu.
"Awak.. jangan lagi panggil dia macam tu," sahutnya dengan muka serius.
Chuck hanya merhatikan Pierre yang kelihatan marah. Dia tidak berani mengusiknya.
"Eleh.. apa gadis cacat tu dah buat dengan awak sampai jadi begini? Awak dah tidur dengan dia ke!? Hahaha!" David cuba bergurau lagi tetapi kata-kata itu sebenarnya menambahkan kemarahan Pierre.
Mendengar saja kata-kata kesat itu keluar dari mulut David, Pierre segera menolak bahu kawannya hingga terhentak di dinding.
Buk!
"Saya kata jangan panggil dia cacat! Awak jangan cakap yang bukan-bukan!" Jerit Pierre sambil tangannya menarik baju David dengan kasar.
"Hei! Kenapa dengan awak ni Pierre!? Sudahlah!" Chuck cuba menenangkan keadaan dan menarik lengan Pierre dari mengenggam baju David.
"Saya bergurau sajalah!" David membalas dengan kasar. Lalu ditepisnya tangan Pierre dari bajunya.
"Saya tak suka gurauan tu!" Jerkah Pierre lagi. Ingin saja dia menumbuk David, tetapi Chuck menarik badannya jauh sedikit dari David.
"Pierre sudah!" Chuck menghalang lagi. Pierre yang sedang berang, menolak Chuck ke tepi dengan kasar.
"Dia sakit, David! Lepas ni tolong jangan ganggu dia lagi!" ujar Pierre dengan wajah sedih. Dia seperti ingin menangis di hadapan mereka bila terkenangkan Teru.
"Saya minta maaf Pierre.." ucap David. Dia sebenarnya tidak tahu bahawa Pierre mengambil berat tentang gadis itu.
Chuck terdiam membisu. Pierre tidak menyahut ucapan David itu dan segera meninggalkan mereka. Kedua-dua kawannya hanya mampu melihat dia pergi.
•••••
Sepanjang hari itu, Pierre hanya berfikir tentang Teru. Kemudian, terdengar suara ibunya di muka pintu depan yang baru saja balik dari bekerja.
"Saya dah balik!" Jerit Suzzane seperti selalu pada waktu petang.
Pierre yang tadinya mengelamun memikirkan tentang Teru di atas bangku sofa, segera memandang ke arah ibunya. Suzzane seperti biasa akan terus masuk ke dapur untuk memasak tanpa mengendahkan Pierre di ruang tamu. Pierre lantas bangun dari bangku sofa dan mengekori ibunya dari belakang.
"Ma.." dipanggilnya Suzzane yang baru saja menjejakkan kaki di dapur.
Suzzane pandang ke belakang setelah mendengar panggilan anaknya. Wajah muda anaknya itu kelihatan sangat gelisah dan lantas membuatkannya risau.
"Ya? Kenapa dengan awak ni?" Soalnya.
Sambil melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan, Pierre memulakan perbicaraannya.
"Saya.. nak cari kerja.."
Suzzane tersentak. Kata-kata itu sangat menggembirakan hati si ibu. Lalu dia pun duduk bersebelahan dengan Pierre dengan senyuman gembira.
"Be.. betulkah apa yang mama dengar ni?" Suzzane menyoal lagi kerana tidak percaya.
"Ya, ma. Saya nak berubah.." jawab Pierre. Jari jemarinya mengopek-ngopek lapis meja.
YOU ARE READING
1 4 3 TERU ✔
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING!! DO NOT COPY THIS STORY WITHOUT THE AUTHOR'S PERMISSION!! 👊 Nama tempat di dalam cerita ini hanya rekaan semata-mata. This is a sentimental romantic love story. No humor, just serious. ●Sinopsis●...