●●●●●
Teru merenung ke luar jendela melihat pemandangan dari tingkat 3 tempat tinggal mereka. Bibirnya mengukir senyuman ketika melihat sekumpulan kanak-kanak bermain di sebuah taman berhadapan bangunan itu. Dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya yang indah. Tidak sangka masa berlalu sungguh cepat.. Dia teringin berlari seperti mereka. Dia ingin bergelak ketawa seperti anak-anak itu. Tapi apakan daya? Tiada manusia yang sempurna.. Tiada manusia yang akan hidup selama-lamanya..
"Teru, dah seminggu kita tinggal di sini. Macam mana? Okey tak tempat ni?" Rita menegur Teru yang mengelamun panjang di tepi tingkap.
Teru memalingkan wajah melihat ibunya yang sedang duduk di atas sebuah kerusi malas.
"Di mana-mana tempat pun saya okey.." jawab Teru dengan nada perlahan.
Mereka sudah tinggal di sana selama seminggu. Dan selama itu jugalah Rita tanpa rehat, menghantar dan mengambil jualannya di kedai runcit Colin.
"Baguslah. Petang nanti mama nak pergi ke kedai pak cik Colin. Macam biasa, awak tunggu je di rumah, okey?" Ujar ibunya lagi.
Teru tersenyum saja tidak berkata-kata. Direnungnya wajah Rita yang penat dan lelah sambil menutup mata. Perasaan bersalah muncul di benaknya. Tetapi dia hanya diam.. Kalaulah dia sihat, pasti dia akan membantu kedua-dua ibubapanya.
•••••
Petang itu, Rita menuju ke kedai Colin untuk mengambil hasil jualannya. Tidak di sangka, setiap hari jualannya habis. Dia juga memberikan sedikit keuntungannya kepada Colin kerana membantunya menjaga kuih donatnya itu. Setelah itu, dia pun pulang.
Ketika dia berjalan menuju ke bangunan tempat tinggalnya, sekumpulan kanak-kanak yang bermain kejar mengejar di sepanjang jalan tepi bangunan itu bertembung dan melanggarnya secara tidak sengaja. Lalu kakinya terkehel di tepi longkang dan dia turut terjatuh.
"Aduh!"
Jeritnya kuat. Bakul kosongnya terlepas dari tangan dan terpelanting ke tanah. Kanak-kanak yang melanggarnya tadi kelihatan cemas bergegas melarikan diri kerana takut dimarahi oleh Rita.
Rita yang pada masa itu kesakitan, hanya melihat mereka bertempiaran lari. Dia pun cuba untuk berdiri, namun sakit kakinya sangat menusuk. Suzzane ketika itu yang baru balik dari bekerja, terkejut melihat Rita terduduk di tepi jalan dan dia segera berlari ke arahnya.
"Eh? Kenapa ni? Awak tak apa-apa ke?" Soal Suzzane yang risau melihat keadaan Rita.
"Ah.. saya okey. Terseliuh sikit je ni," balas Rita. Tapi sebenarnya dia sedang menahan sakit dan agak terkejut juga bila Suzzane menegurnya.
Tanpa berlengah, Suzzane memapah Rita untuk membawanya pulang.
"Mari, biar saya tolong hantar awak balik.." katanya.
"Baiklah.. terima kasih kak," ucap Rita dengan suara yang agak keras sebab menahan sakit.
"Sama-sama.." balas Suzzane lalu mereka pun beredar dari situ. Kasihan melihat keadaan Rita seperti itu, tiada sesiapa membantu.
~~~~
"Mama..? Apa dah berlaku?" Teru menyoal Rita yang sedang dipapah oleh Suzzane masuk ke dalam bilik.
"Eh, mama terseliuh tadi. Haha.." Rita tidak mahu memberitahukan hal yang sebenar pada Teru.
Sambil dia dan Suzzane masuk ke bilik, Teru mengerakkan tayar kerusi rodanya ikut masuk ke dalam bilik ibunya. Suzzane hanya memerhatikan gadis itu yang kelihatan risau sekali.
"Teru, jangan risau. Dua tiga hari, okey lah kaki mama ni," ujar Rita lagi sambil mengusap-usap kakinya di atas katil.
"Em.." Teru mengeluh pendek. Dilihatnya pergelangan kaki Rita yang lebam.
YOU ARE READING
1 4 3 TERU ✔
Storie d'amoreI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING!! DO NOT COPY THIS STORY WITHOUT THE AUTHOR'S PERMISSION!! 👊 Nama tempat di dalam cerita ini hanya rekaan semata-mata. This is a sentimental romantic love story. No humor, just serious. ●Sinopsis●...