●●●●●
Perasaan kecewa tidak mematahkan semangat Pierre untuk bekerja pada hari ini. Setelah menyiapkan diri, dia menunggu Teru di bawah bangunan seperti biasa. Dia sangat berharap gadis itu akan datang, tetapi ia tidak terjadi. Kerana hari ini Rita sendiri yang menghantar jualannya ke kedai Colin. Dari jauh lagi Rita memandang Pierre yang sedang bersandar di tepi dinding bersama dengan beg kerjanya. Raut muka Pierre tampak kecewa sekali.
"Selamat pagi mak cik. Kenapa Teru tidak turun hari ni?" Pierre menyoal mak cik penjual donat itu dengan suara kecewa bila Rita berlalu di hadapannya.
Rita terhenti sambil memegang bakul birunya.
"Selamat pagi.. Maafkan mak cik, Pierre. Teru tidak akan turun lagi. Awak janganlah terlalu berharap. Pergilah.. carilah seseorang yang lebih baik untuk awak," ujarnya."Tapi mak cik.." Pierre cuba berkata lagi.
"Pierre, anak saya tidak layak untuk awak. Janganlah bebankan diri awak untuk dia.." Rita mencelah.
Pierre terdiam. Dia tidak tahu bagaimana lagi untuk memujuk hati orang tua itu. Hancur hatinya bila dia tidak dibenarkan bersama dengan gadis itu. Dia pun berlalu pergi dari situ. Hatinya yang gundah dibawa bersama pergi bekerja pada hari pertamanya.
▪▪▪▪▪
Rindu terhadap gadis itu semakin hari semakin mencengkam dirinya. Dia teringin berjumpa dengannya! Tetapi setiap kali dia datang ke rumah mereka, dia diarah pulang. Dia hanya mampu menunggu Teru di bawah bangunan tiap pagi, berharap gadis itu akan menghantar jualan ibunya. Tetapi ia tidak berlaku. Dia menjadi semakin pendiam bila pulang ke rumah. Suzzane tidak sanggup melihat anaknya seperti itu. Dia pernah berjumpa dengan Rita dan berbincang tentang hal anak-anak mereka, tetapi Rita masih tetap dengan pendirian mereka yang tidak mahu Teru berjumpa dengan Pierre lagi.
Sehinggalah pada suatu hari, Pierre mendapat gaji pertamanya. Dia berasa sungguh gembira sekali kerana, dengan duit itu dia dapat mengurangkan beban kedua ibu bapa Teru. Petang itu Pierre datang ke rumah mereka dengan membawa sejambak bunga ros untuk diberi kepada gadis yang dicintainya itu. Sesampai saja dia di situ, dia menekan-nekan lonceng pintu. Tetapi tiada sesiapa yang membukanya. Hatinya berasa gusar sekali.
'Kenapa mereka tidak mahu membuka pintu ini?'
Bisik hatinya. Dia tidak kisah jika dia tidak dapat bertemu dengan Teru, tetapi dia mahu mengirimkan saja bunga itu kepada ibunya untuk diberikan kepada Teru. Namun, tiada sesiapa menyahut panggilannya bila dia memanggil dari luar.
"Awak cari siapa?" Seorang jiran menegurnya yang dari tadi menekan lonceng dan memanggil Teru.
"Mak cik, saya nak berjumpa dengan seseorang di sini," jawab Pierre.
"Hm.." mak cik itu mengeluh pendek.
"Awak nak jumpa gadis tu ke?" Soal mak cik itu seperti tahu sebab Pierre datang ke sana.
"Em.. ya mak cik." Pierre mengaku dengan apa yang ditanya mak cik itu.
"Pagi tadi.. gadis tu dimasukkan ke hospital.." jawab mak cik itu dengan suara sedih.
Pak..
Bunga yang dipegang Pierre jatuh dari genggamannya. Dia berasa sangat lemah bila mendengar berita itu. Tanpa menjawab kata-kata mak cik itu, dia meluru ke arah lif seperti dikejar hantu.
"Teru.. tunggu saya!" Jeritnya ketika berada di dalam lif. Air mata membasahi pipinya.
Setelah tiba di hospital, dia berlari memasuki ruang bilik kecemasan dengan nafas laju. Perasaannya sungguh tidak senang sekali. Dia bertanya kepada semua jururawat dan doktor yang sedang bekerja. Dia hanya mahu berjumpa dengan Teru!
YOU ARE READING
1 4 3 TERU ✔
Lãng mạnI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 WARNING!! DO NOT COPY THIS STORY WITHOUT THE AUTHOR'S PERMISSION!! 👊 Nama tempat di dalam cerita ini hanya rekaan semata-mata. This is a sentimental romantic love story. No humor, just serious. ●Sinopsis●...