BAB 6

2.7K 30 0
                                    


SELEPAS menjemput Mya dari taska, Hanania terus pulang. Keletihan dalam bekerja dan menjaga Mya membuatkan dia berada dalam dunia itu sahaja. Tiada lagi Afii. Bukannya Afii tidak cuba menghubunginya, dia yang tidak mahu menjawabnya. Walaupun dia tahu bila-bila masa saja Afii boleh pulang dan mencarinya. Tapi, jika Afii pulang, itu hal lain. Dia akan bersemuka dengan Afii. Sekali dia mengambil keputusan itu, dia tidak akan berpatahbalik. Biarlah Afii menyalahkannya nanti.

Afii menguruskansyarikat keluarganya yang membuka cawangan di negara jiran. Kalau direstui oleh Datin Seri Umiyah, Hanania sanggup. Kalautidak, dia lebih rela melupakan cinta itu. Lagipun, Mya dan Syaqer lebih penting sekarang. Pertemuannya dengan ibu Afii pun tidak diberitahu kepada Afii. Dia tidak mahu Afii bergaduh dengan ibunya disebabkan hal itu.

Macam mana mahu meneruskan apabila dia sudah berjanji mahu meninggalkan Afii? Biarlah Afii berfikir dia akan menunggu. Ibunya fikir dengan memisahkan mereka, Afii dapat hidup bahagia. Biarlah jika begitu. Hanania tidak mahu menjadi punca Afii dan ibunya bertelagah. Syurga di bawah telapak kaki ibu.Dia tidak mahu Afii mengalami nasib yang sama dengannya.

Hanania sedar kerana dia sudah kehilangan orang tuanya sejak kecil. Menumpang kasih pada kakak, tapi kakaknya juga telah dijemput Ilahi.

Pagar yang digoncang mengejutkan lamunannya yang panjang. Mya yang sudah tertidur terkejut sedikit. Hanania menepuknya perlahan.Mya kembali lena.

Hanania melangkah ke depan. Dia menjenguk. Siapa pula yang datang petang-petang macam ni? Ada dua orang lelaki yang berpakaian kemas di depan rumah, tapi dengan muka bengis. Silap rumahkah?

"Ya, ada apa yang boleh saya bantu?" tanya Hanania lembut.

"Ini rumah Arash bin Reza?" tanya salah seorang lelaki itu.

"Ya, kenapa?" tanya Hanania hairan.

Abang iparnya itu ada teman yang macam samsengkah? Muka bengis macam gengster. Hanania kerutkan keningnya.

"Baguslah ada orang yang masih hidup lagi. Aku ingatkan semua dah mati," katanya sambil ketawa.

Besar pula ketawanya. Yang lain ikut ketawa. Lelaki yang pertama itu berhenti ketawa dan yang lain masih lagi ketawa. Dia menjegilkan mata. Serta-merta lelaki-lelaki yang lain berhenti ketawa. Masing-masing menikus.

"Ada apa ya?" Dia bertanyalembut.

Dia tidak tahu kenapa lelaki itu ketawa besar. Hanania pandang kiri kanan. Bimbang ada yang keluar jika mendengar ketawa besar mereka berempat.

"Ada apa ya? Aku dengan orang-orang aku datang ni nak beritahu, rumah ni dah dicagarkan kepada aku oleh abang kau tu!" Suara ejekan itu bertukar menjadi kasar.

"Hah! Macam mana pula boleh jadi macam tu?" tanya Hanania lagi.

Dia sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Patutlah lelaki-lelaki ini datang dengan penuh angkuh sekali.

"Macam mana? Abang kau tu ada hutang dengan kami. Bukan abang kau, tapi kawan abang kau yang hutang dengan kami, kawan dia cakap kalau dia tak dapat bayar hutang, abang kau yang akan bayar," katanya lagi. Menerangkan maksud yang sebenar.

Maksudnya, Abang Arash jadi penjamin kawannya? Hanania pegang kepalanyayang tiba-tiba terasa berat.

"Hah! Ada ke macam tu?" tanya Hanania terkejut.

"Abang kau jadi penjaminlah, bodoh!" katanya, terus ketawa.

"Aku nak kau pindah sekarang juga!"

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, kedengaran suara seorang perempuan menjerit. Keempat-empat lelaki itu menoleh.

"Oh! Ada penyelamat!" Lelaki itu senyum sinis kepada Amani yang sedang melangkah ke arah mereka. Amani ni buta ke apa? Mereka ini samseng. Takkanlah dia tak kenal samseng.

CINTA YANG TERTANGGUHWhere stories live. Discover now