BAB 5

3.3K 40 0
                                    


ITULAH pesanan terakhir Hanani kepada Hanania. Hanani pergi dalam tidur. Kata doctor, ada pendarahan di dalam otaknya yang menyebabkan kematiannya. Kata doktor lagi,dia terlalu memendam perasaan selepas kehilangan suaminya.

Dalam sekelip mata mereka bertiga hilang tempat bergantung. Hanania memandang Syaqer yang sedang merenung gambar ibu bapanya. Apabila sedar dirinya diperhati, Syaqer memandang mak usunya.

"Qer betul-betul tak sangka akan kehilangan mereka selang dua bulan, mak usu," ratap Syaqer.

Syaqer menyapu air matanya yangmengalir tanpa sedar.

"Kita sama-sama terkejut dengan apa yang berlaku. Tapi semua ini pastiada hikmahnya. Kita sebagai hamba-Nya patut menerimanya dengan tabah. Mak usu tahu Qer masih lagi memerlukan kasih sayang daripada mereka berdua dan mak usu tahu mak usu tak mampu memenuhinya. Tapi percayalah, Qer dan Mya takkan kekurangan kasih sayang daripada mak usu." Hanania berjanji di depan Syaqer dan dirinya sendiri.

"Mak usu jangan bimbang. Qer tahu semua tu. Mak usu dah macam mama Qer," kata Syaqer.

Dia menghampiri Hanania. Tangan Hanania diraih dan diciumnya.

"Jadi, lepas ni kita tak payah sedih-sedih lagi. Kita teruskan hidup. Tapi tak bererti kita lupakan mereka yang telah pergi. Qer periksa kan tahun ni?" kata Hanania.

"Hmm, lagi dua bulan. Qer janji dengan mak usu, Qer akan dapat keputusan yang bagus dalam peperiksaan nanti." Syaqer berjanji.

"Itu mak usu pasti sebab Qer memang bijak," ujar Hanania sambil mengusap kepala Syaqer.

Syaqer senyum memandang mak usunya.

Mya terkedek-kedek menghampiri mereka berdua. Barangkali dia sudah bosan bermain seorang diri. Kasihannya Mya kerana ibu bapanya pergi ketika dia masih kecil.

"Mamma," panggilnya dalam pelat kanak-kanaknya.

"Alah, Mya sayang, mari sini." Hanania menghulurkan tangannya kepada Mya.

Mya lantas menyambutnya dan duduk di atas riba Hanania.

"Mya sayang, ni mak usulah. Sebut mak usu. M.a.k u.s.u."

Syaqer mengajar adiknya menyebut satu demi satu perkataan itu. Dia memegang pipi Mya.

"Mamma," kata Mya lagi.

Hanania ketawa kecil.

"Mak usu, janganlah biar dia panggil mama, nanti apa pula kata orang? Apa kata Pak Usu Afii? Payahlah hidup mak usu nanti."

Syaqer tidak mahu mereka berdua menyusahkan mak usunya.

"Tak apa. Biarlah, mak usu tak kisah pun. Jika Pak Usu Afii tak boleh terima, mak usu rela tidak bersuamikan dia. Qer dan Mya keutamaan mak usu sekarang," kata Hanania lagi.

Dia senyum memandang Syaqer dan dalam masa yang sama, dia mencium Mya. Ada sesuatu yang Hanania sembunyikan sebenarnya. Daripada pengetahuan Afiidan juga Syaqer. Ibu Afii bertemu dengannya sebelum dia kehilangan Hananidan merayu kepadanya supaya meninggalkan Afii.

"Aku nak kau tinggalkan Afii. Afii tak perlukan perempuan macam kau untuk jadi isterinya. Hidup kau dikelilingi sial," kata Datin Seri Umiyah.

Tersentak Hanania dengan kata-kata yang keluar daribibir Datin Seri Umiyah. Tak pernah ada seorang manusia pun yang pernah berkata begitu kepadanya.

"Kami dah lama bercinta, Datin." Hanania pandang Datin Seri Umiyah.

"Bercinta tak semestinya kena kahwin. Aku tak suka kau jadi menantu aku. Muktamad. Lagipun, kau tak setaraf dengan Afii," ujarnya.

CINTA YANG TERTANGGUHWhere stories live. Discover now