Bab 16

4K 38 2
                                    


HANANIA melangkah menghampiri Nivi dan Aqira. Mereka berdua ingin tahu apa yang berlaku selepas dia dibawa pergi oleh majikan mereka tadi.

"Basah teruk ke baju Cik Elise tu?" Nivi bertanya.

"Taklah. Tapi lelaki yang datang tu, melebih-lebih pula. Orang lain yang kena dia yang pulun." Hanania merungut. Sakit hati kerana dia dipaksa basuh skirt itu.

"Dia bawa kau ke mana?" tanya Nivi. Tak sabar ingin tahu. Terbeliak biji mata mereka berdua tadi apabila melihat Hanania dipaksa masuk ke dalam kereta Porshe Panamera maroon Adrish.

"Dia bawa aku ke kedai dobi layan diri," jawab Hanania.

"Hah! Buat apa kat sana?" tanya Nivi dan Aqira serentak.

"Basuh bajulah. Kau orang tahu tak, dia suruh Cik Elise tu tanggalkan skirt dia. Depan-depan aku tahu tak. Malunya aku." Hanania memang malu ketika mendengarkan perkataan bogel itu. Kalau keluar dari mulut seorang perempuan mungkin dia masih boleh terima. Tapi, ini daripada mulut lelaki yang baru pertama kali bertemu. Agaknya kalau perkataan bogel itu untuk dia, masa itu juga dia terus pengsan.

"Elise buka skirt di depan kaulah!?" Nivi hampir menjerit.

Hanania menggelengkan kepalanya. Dia capai botol mineral dan meneguknya rakus. Moga perut yang berkeroncong itu dapat dihentikan bunyinya. Semuanya kerana lelaki itu. Tak berkompromi dengannya.

"Aisy! Kau ni Nia, nak hairan apa kalau Elise tu bogel di depan Encik Rish. Tu kan bini dia. Sah-sahlah dia pernah tengok Elise tak pakai apa-apa di depan dia," balas Nivi. Nivi dan Aqira terus ketawa. Terbahak-bahak.

Brurr!! Habis air yang ada di dalam mulutnya tersembur keluar. Isteri! Elise tu isteri kepada lelaki itu. Rasa nak pengsan seketika. Patutlah dia marah sangat bila skirt itu kotor dek jus tomatonya.

"Kau ni, habis basah muka aku. Ira kena tak?" tanya Nivi beralih kepada Aqira. Kelihatan Aqira sedang menyapu tudungnya dengan tisu.

"Ya Allah! Maafkan aku. Aku betul-betul tak sempat nak tahan air daripada tersembur. Biar betul! Dia orang tu suami dan isteri. Tak nampak macam suami dan isteri pun," kata Hanania. Pandangannya dihalakan kepada mereka bersilih ganti.

"Hmm, kau ni buta ke apa? Nampaklah keserasian mereka tu." Nivi mencebik.

"Nia tak tahu lagi kan suami Elise tu bos syarikat kita. Nia tak pernah nampak dia kan?" Nivi memberitahu berita yang paling mengejutkannya. Sudahlah dia bawa keluar ayat tarbiah dan melawan cakap. Matilah dia kali ini.

Hanania menutup mulutnya. Matanya dihalakan lagi kepada mereka berdua. Tak sangka sungguh.

"Dia orang tu loving couplelah. Ke mana saja berdua. Tapi Elise tu tak kerja kat sini. Dia kerja kat pejabat sendiri. Restoran Itali." Nivi membuka cerita.

"Tapi, Elise tu bukan tipikal isteri orang kaya lain. Dia biasa saja. Dan tak banyak bercakap." Nivi pula menyambung. Nivi bercerita tentang drama pula.

Hanania hanya mendengar saja. Mindanya melayang ketika mereka di dalam kereta. Elise tak henti-henti berbual dengan suaminya di dalam kereta. Macam pelik pula, dia tak banyak bercakap.

"Kau dengar tak aku cerita pasal dia orang tu?" tanya Nivi ketika mereka berdua beriringan menuju ke lif.

"Dengar." Sepatah Hanania menjawabnya.

"Dia orang memang panjang umur betul. Tengok tu, dah ada depan mata." Nivi memuncungkan mulutnya ke arah pasangan itu yang sedang berdiri di depan lif. Di samping mereka berdiri seorang lelaki.

CINTA YANG TERTANGGUHWhere stories live. Discover now