Bab 11

2.6K 30 0
                                    


HANANIA menjerit kerana dia tak sanggup lagi diraba-raba. Hairan sungguh kenapa hanya dia saja yang kena gangguan seksual di tempat kerja. Orang lain tak pula. Apa yang ada dengan dirinya dia sendiri tak tahu. Bukannya dia tidak melawan, tapi setiap kali melawan ada saja yang menutup kesalahan lelaki miang itu. Bukan calang-calang orang lelaki miang itu, bekerja sebagai pengurus lagi.

"Betul ke kau dah ambil keputusan nak berhenti kerja?" tanya kawan setempat kerja, Rosmina.

"Aku nak berhenti selepas dapat gaji nanti. Esok dapat gaji, aku berhenti. Walaupun, gaji di sini mahal aku tak sanggup lagi. Manager gila tu asyik meraba punggung aku tahu tak." Hanania geli-geleman apabila teringatkan hal itu. Tak sanggup lagi apabila tangan jijik itu mengena di punggungnya lagi.

"Aku pun pernah kena. Tapi, sekejap aje. Lepas pekerja baru masuk dia dah tak kacau aku. Tapi, dengan kau, dia tak pernah berhentilah pula. Mari aku nak tengok kau sikit." Rosmina menolak Hanania. Memusingkan tubuh Hanania.

"Entah-entah punggung kau macam Jlo tak pun macam Kim Kardashian tu." Rosmina mengusik. Mata terarah ke punggung Hanania.

"Gila kau! Hodoh nak mampus kalau punggung macam Kim tu," Hanania menjerit. Tak ingin dia ada punggung macam Kim Kardashian. Entah apa-apa.

Rosmina ketawa galak. Mungkin ada yang membuatkan orang tertarik lama dengan Hanania. Bagi Rosmina, Hanania manis untuk dipandang. Lekuk tubuh dia memang nampak cantik. Mungkin sebab itulah ketua mereka masih mengganggunya lagi.

"Lepas ni, aku tak ada kawan lagilah selepas kau berhenti." Rosmina sayu kerana terpaksa berpisah dengan Hanania.

"Kawan kau banyak lagi kat sini," juih Hanania sambil sengih.

"Tak sama dengan kau." Rosmina sengih. Hanania hanya menggelengkan kepala. Sejak kerap bertukar kerja, dia memang tiada kawan baik. Setakat baik di pejabat sahaja. Jika di luar pejabat dunianya hanya Mya dan Syaqer saja.

HANANIA sedang sibuk di dapur. Hatinya lega kerana tak perlu lagi memikirkan gangguan seksual di tempat kerja. Tangannya lincah memasak nasi goreng. Setelah siap dia hidangkan ke dalam piring di atas meja. Syaqer dan Mya melangkah dan duduk di atas kerusi.

"Mak usu...Qer ada hadiah untuk mak usu." Syaqer senyum.

Hanania menoleh memandang Syaqer yang sedang tersenyum-senyum.

"Mama cepatlah Mya lapar lagi ni," jerit Mya. Dia sudah menganga mulutnya. Sejak tadi dia merengek mahukan mak usunya itu menyuapkan nasi untuknya.

"Haisy, Mya ni kacaulah. Mya kan hari-hari dengan mama. Ni giliran abanglah pula," kata Syaqer menolak Mya sedikit. Tergerak tubuh adiknya itu. Hanania berdeham sambil menjegil. Kalau bergaduh dengan Mya, memang Syaqer mahu menang.

"Lepas ni abang jangan balik lagi, mama akan lupakan Mya kalau abang balik." Mya merajuk apabila abangnya itu menolaknya supaya menjauh daripada mamanya. Sepanjang cuti ketika menanti keputusan peperiksaan , Syaqer tinggal di rumah kawannya. Senang dia mahu melakukan kerja modeling itu. Kebetulan pula, dia diambil menjadi anak angkat keluarga itu.

"Dah! Jangan gaduh nanti dua-dua mama tak layan. Nak tak?" ugut Hanania. Walaupun jarak umur Qer dengan Mya terlalu jauh namun mereka berdua sering saja bergaduh. Kadang-kadang Qer yang sudah 17 tahun itu merajuk dengan kedegilan Mya.

"Okey, " kata Mya sambil menjuihkan bibirnya ke arah abangnya.

"Mya...mama dah cakap kan." Hanania menjeling ke arah Mya.

"Maaf mama." Mya menunduk. Mamanya itu sudah berkali-kali melarangnya supaya tidak menarik muka begitu.

"Okey... apa yang Qer nak cakap." Hanania melaraskan pandangannya ke arah Syaqer.

CINTA YANG TERTANGGUHWhere stories live. Discover now