🌷BAB 1🌷

353 13 4
                                    

Selepas selesainya sesi persekolahan bagi sesi pagi pada hari ini.

Nurul Syuhada dan Intan Camelia duduk di tempat menunggu bas.

Sementara menunggu bas mereka ambil,

Tiba-tiba,

Nurul Syuhada mula berkata kepada Intan Camelia,

Intan! Kenapa aku kena sabar? Aku dah sabar tau. Tapi sabar aku ni tak dihargai oleh Tengku Syahran. Kenapa ye? Tanya Nurul Syuhada.

Sabar itu separuh daripada iman. Aku yakin kau boleh hadapi situasi ini dengan sendirinya. Kau pasti boleh. Percayalah. Jawab Intan Camelia.

Itu aku tahulah, kau tahu tak betapa peritnya sabar yang aku hadapi ni. Tengku Syahran selalu ejek aku. Kata Nurul Syuhada.

Memang sabar itu perit. Kau anggap sahaja ini adalah ujian daripada Allah SWT. Sabar itu indah. Sabar itu syurga. Sebab itu, aku menggabungkan nama sabar, indah, syurga. Jadilah namanya "SABAR SEINDAH SYURGA". Aku cuma tambah indah tu dengan perkataan se. Jadilah namanya seindah. Kata Intan Camelia.

Mana kau tahu sabar itu perit? Tanya Nurul Syuhada.

Sebab aku pernah lalui benda ni. Tapi bukan kena ejek. Jawab Intan Camelia.

Habis tu kau kena apa? Tanya Nurul Syuhada.

Ni aku nak bagitahu dekat kau satu rahsia yang tak pernah aku kongsikan dekat sesiapa pun sebelum kau datang sekolah ni. Aku harap kau tak marah aku ye. Janji! Kata Intan Camelia.

Okay. Janji! Aku tak marah kau pun sebab kau kan kawan baik aku. Takkan aku nak marah kau tanpa sebab yang munasabah. Kata Nurul Syuhada.

Sebenarnya aku kena fitnah sebab ada orang kata aku ni pembunuh. Padahal aku tak bunuh sesiapa pun, diorang je yang lebih. Kata aku itu ini. Sebab itu tiada siapa yang nak kawan dengan aku kecuali kau sahaja yang faham aku. Kau tahu kan macam mana cerita tu. Tak perlulah aku nak ungkapkan cerita aku tu satu per satu. Jawab Intan Camelia.

Kesian juga dekat kau ni ye. Kena fitnah itu ini. Aku tahu macam mana jalan ceritanya. Mungkin cerita itu bagi kau private untuk kau cerita dekat aku.Takpe, aku faham perasaan kau. Berat juga ye ujian yang kau hadapi ni. Kata Nurul Syuhada.

Tapi aku dah sabar tau kena fitnah itu ini. Kata aku ni pembunuh lah. Macam-macam lah. Penat lah aku macam ni. Asyik kena fitnah je. Entah sampai bila benda ni akan berterusan agaknya. Kata Intan Camelia.

Takpe, kau sabar je lah ok. Kau kuat. Kau boleh. Percayalah. Kata Nurul Syuhada.

Syuhada, Syuhada, kau sebenarnya dah tertipu dengan aku. Sebenarnya, aku ni pembunuh. Aku akan bunuh sesiapa sahaja yang cuba merampas Tengku Syahran daripada aku. Kau mangsa yang seterusnya untuk aku bunuh, Syuhada. Kau bukan kawan baik aku. Kau musuh aku. Aku akan rancang strategi agar aku dapat bunuh kau dengan mudah dan cepat. Aku benci kau, Syuhada. Aku takkan pernah kesian kan kau, Syuhada. Kalau kau nak tahu, aku cemburu bila Tengku Syahran selalu ejek kau. Tengku Syahran tu dah la hensem. Kau jangan rampas dia daripada aku. Dia aku punya. Aku suka kau Tengku Syahran. Janganlah Nurul Syuhada rampas kau daripada aku. Aku sayang kau Tengku Syahran. Benda boleh tipu, buat apa jujur. Hahaha. Kata Intan Camelia dalam hati.

Setelah mereka berdua berbual dengan rancaknya, tiba-tiba bas mereka sudah pun berada di hadapan mata mereka berdua.

Mereka berdua pun pulang ke rumah masing-masing untuk menanti hari esok.

SABAR SEINDAH SYURGAWhere stories live. Discover now