Keesokkan harinya,
Nurul Syuhada mula merancang strategi untuk menjauhkan diri daripada Intan Camelia dan merapatkan diri dengan Tengku Syahran.
Sebelum waktu rehat,
Tengku! Panggil Nurul Syuhada.
Ya, pendek. Jawab Tengku Syahran.
Kau ni tak payahlah nak ejek aku ni pendek. Aku ada nama. Tak payahlah nak panggil aku ni pendek. Kau ni, dah berapa kali dah kau panggil aku ni pendek. Aku dah sabar dengan kau. Aku dah penat dengan kau. Tolonglah jangan panggil aku ni pendek. Panggil aku Nurul Syuhada. Aku merayu dekat kau. Tolonglah! Rayu Nurul Syuhada.
Okey. Boleh. Tapi dengan beberapa syarat. Aku tahu kau dah penat kena ejek. Kau kena tunaikan syarat walau apa jua keadaan sekalipun. Sebenarnya, mulut aku pun dah penat bila aku selalu ejek kau. Aku harap kau faham. Janji dengan aku yang kau akan tunaikan syarat tersebut. Kata Tengku Syahran.
Ye. Aku janji. Aku akan tunaikan syarat tersebut. Kata Nurul Syuhada.
Baguslah kalau macam tu. Kata Tengku Syahran.
Apa dia syaratnya? Tanya Nurul Syuhada.
Nah! Kau ambil surat ini dan kau baca. Dalam surat tu, ada beberapa syarat yang perlu kau tunaikan. Kata Tengku Syahran.
Okey. Kata Nurul Syuhada.
Sewaktu rehat,
Apalah syarat yang perlu aku tunaikan ye. Sebenarnya, aku memang dah penat kena ejek dengan Tengku Syahran di sekolah. Dia kata, kalau kau tak nak kena ejek lagi, kau kena tunaikan syarat tersebut. Jadi, terpaksalah aku relakan hati aku untuk tunaikan syarat tersebut yang Tengku Syahran beri dekat aku. Kata Nurul Syuhada.
Semasa Nurul Syuhada membuka surat yang diberikan oleh Tengku Syahran.
Nurul Syuhada terkejut dengan apa yang terdapat di dalam surat tersebut.
Nurul Syuhada mula membaca isi kandungan yang terdapat di dalam surat tersebut.
Kepada: Nurul Syuhada yang penyabar
Daripada: Tengku Syahran yang hensemSyarat-syarat kalau kau tak nak aku ejek kau lepas ni.
1. Kau kena jauhkan diri kau daripada Intan Camelia dan rapatkan diri kau dengan aku sebab Intan Camelia tu pembunuh.
2. Kau kena sabar dengan perangai Intan Camelia a.k.a pembunuh.
3. Jangan terlalu ikut sangat kata-kata Intan Camelia a.k.a pembunuh sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku selepas ini.
4. Kau kena cabar diri kau untuk marah Intan Camelia a.k.a pembunuh sekiranya Intan Camelia paksa diri kau untuk buat benda yang salah.
5. Jika ada yang tak kena dengan Intan Camelia, segera laporkan kepada aku.
6. Aku nak kau kuatkanlah hati kau untuk terima apa yang berlaku.
7. Aku akan sentiasa memerhatikan gelagat kau dengan Intan Camelia.
8. Aku nak nombor telefon kau sebab aku nak berkomunikasi dengan kau melalui media sosial.
9. Aku takkan lepaskan diri kau sebab aku dah mula menyukai diri kau.
10. Aku harap kau terima cinta aku ni dah lama kosong. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh dapat Tengku Syahran ni.
11. Aku sayang kau sebab orang yang macam kau ni satu dalam dunia.
12. Walaupun ramai orang suka dekat aku. Tapi, aku tetap akan pilih kau sebagai teman hidup aku buat selamanya.
(Kalau kau tak tunaikan syarat tersebut walaupun satu, aku akan ejek kau, tidak kira di mana sahaja kau berada.)
Yang Benar,
Tengku Syahran Bin Tengku SyedSelepas Nurul Syuhada membaca isi kandungan yang terdapat di dalam surat tersebut.
Banyak betul syarat-syarat yang perlu aku tunaikan. Ni kalau aku tak tunaikan 1 daripada 12 syarat tersebut ni, Tengku Syahran akan terus ejek aku. Dengan hati yang ikhlas, aku akan terima semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Tengku Syahran. Mungkin ada juga kebaikannya. Kata Nurul Syuhada.
Selepas rehat,
Tengku! Panggil Nurul Syuhada.
Ya. Jawab Tengku Syahran.
Aku dah baca surat yang kau dah bagi dekat aku tadi. Kata Nurul Syuhada.
Kau setuju tak dengan semua syarat yang telah aku tetapkan. Kata Tengku Syahran.
Dengan hati yang ikhlas, aku akan terima semua syarat-syarat yang telah engkau tetapkan. Kata Nurul Syuhada.
Kau dah baca syarat yang ke 8 hingga ke 12? Tanya Tengku Syahran.
Dah. Jawab Nurul Syuhada.
Okey. Kata Tengku Syahran.
Dalam surat tu, kau ada minta nombor telefon aku kan? Tanya Nurul Syuhada.
Haah. Jawab Tengku Syahran.
Nah! Nombor telefon aku. Nanti, kau buka. Jangan lupa whatsapp aku. Okey. Kata Nurul Syuhada.
Tak lupa lah. Kata Tengku Syahran.
Oh ye, aku nak masuk kelas dulu ye. Nanti kita sambung esok pula ye. Kata Nurul Syuhada.
Hati-hati masuk kelas tu. Kata Tengku Syahran.
Okey. Kata Nurul Syuhada.
Sewaktu Tengku Syahran membuka sehelai kertas yang sudah dilipat kecil oleh Nurul Syuhada. Tengku Syahran terkejut kegembiraan kerana akhirnya dia berjaya mendapatkan nombor telefon Nurul Syuhada.
Nama: Nurul Syuhada Binti Mohd Saiful
Nombor Telefon: 012-345-6789Hari ini merupakan hari yang paling gembira dalam hidup aku. Aku akan sentiasa bersedia untuk menjadi yang terbaik di mata Nurul Syuhada. Kata Tengku Syahran dalam hati.
YOU ARE READING
SABAR SEINDAH SYURGA
No FicciónBuku ini berkisahkan tentang seorang budak perempuan yang berusaha dengan cara agar dirinya tidak lagi diejek oleh seorang budak lelaki tetapi disebaliknya terdapat beberapa perkara yang tersembunyi. Ayuh kita baca!