Apabila mereka bertiga sampai di rumah kosong bersebelahan hutan,
Tengku Syahran menyuruh Inspektor Hani dan Inspektor Farid tunggu di dalam kereta.
Sementara menunggu isyarat Tengku Syahran menyuruh Inspektor Farid dan Inspektor Hani masuk ke dalam hutan yang berdekatan dengan rumah kosong.
Tiba-tiba Tengku Syahran mendengar jeritan Syuhada dari jauh, cepat-cepat Tengku Syahran pergi ke tempat yang Syuhada jerit.
Apabila Tengku Syahran sampai di rumah kosong, Tengku Syahran terkejut melihat Syuhada dipijak sebelah kaki oleh seorang lelaki.
Tengku Syahran pun menyerang lelaki itu tetapi malangnya lelaki itu sangat kuat. Maklumlah, Tengku Syahran seorang pelajar lelaki Tingkatan 5. Manakala, lelaki itu sudah berusia. Tengku Syahran cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri daripada lelaki itu tetapi gagal pada akhirnya. Tengku Syahran pun akhirnya pengsan.
Beberapa minit kemudian,
Tengku Syahran sedar daripada pengsan. Tengku Syahran berasa tidak selesa kerana tangannya dan kakinya diikat di kerusi. Akhirnya, Intan Camelia pun berada di hadapan mata Tengku Syahran.
Intan Camelia pun berkata,
Sayang, kenapa sayang kena ikat dekat kerusi? Sayang ada buat salah ke? Tanya Intan Camelia.
Hoi, perempuan tak guna. Aku datang ke sini nak menyelamatkan nyawa Syuhada. Aku datang ke sini bukan nak tengok muka hodoh kau tu. Aku suka Syuhada. Aku sayang Syuhada. Kau sanggup buat Syuhada macam ni. Apa salah dia sebenarnya dekat kau? Kata Tengku Syahran.
Kau nak tahu sangat ke kenapa aku buat dekat Syuhada macam ni! Kata Intan Camelia.
Aku nak tahu lah perempuan tak guna, kenapa kau buat Syuhada macam ni! Kata Tengku Syahran.
Sebab Syuhada tu dah rampas orang yang aku suka! Kata Intan Camelia.
Jadi selama ini orang yang kau suka tu adalah aku sendiri! Kata Tengku Syahran.
Ya. Kata Intan Camelia.
Sementara itu,
Nurul Syuhada diheret oleh Badrul. Intan menyuruh Badrul mengheret Syuhada untuk berada di hadapan mata Tengku Syahran. Tengku Syahran dan Nurul Syuhada menangis teresak-esak kerana adakah ajal Tengku Syahran dan Nurul Syuhada akan sampai tepat pada masanya!
Secara tiba-tiba,
Tengku Syahran menjerit sekuat hati, supaya Inspektor Hani dan Inspektor Farid mendengar jeritan Tengku Syahran.
Seketika itu,
Eh! Itu bukan suara Tengku Syahran ke? Kata Inspektor Hani.
Haah la. Suara Tengku Syahran. Kenapa dia menjerit? Kata Inspektor Farid.
Mungkin itu adalah syaratnya untuk kita masuk ke dalam rumah kosong bersebelahan hutan. Kata Inspektor Hani.
Jom lah kita masuk ke dalam rumah kosong bersebelahan hutan itu. Kata Inspektor Farid.
Mereka berdua pun pergi ke rumah kosong bersebelahan hutan.
Secara tiba-tiba,
Inspektor Hani dan Inspektor Farid pun tiba di rumah kosong bersebelahan hutan. Mereka terkejut melihat Tengku Syahran dan Nurul Syuhada diseksa oleh seorang lelaki dan seorang perempuan.
Jangan bergerak! Serah diri sekarang juga. Kami polis. Kata Inspektor Hani dan Inspektor Farid.
Hahahahahaha. Kau fikir aku takut ke dengan korang berdua ni. Aku tak takut lah dengan polis yang lembik macam korang berdua ni. Kata Intan Camelia.
Kau fikir kau siapa nak tahan kami berdua ni. Kau ada hak ke nak tangkap kami. Macam mana korang boleh tahu kami berdua ada di sini. Kata Muhd Badrul.
Kami terdengar jeritan Tengku Syahran. Sebab itu, kami ke sini. Kami ingin menyelamatkan nyawa diorang. Kata Inspektor Hani dan Inspektor Farid.
Patutlah kau jerit sekuat hati sebab kau nak bagi diorang berdua ni dengar suara kau yang kuat sangat tu. Dasar lelaki tak guna. Kata Muhd Badrul.
Secara tiba-tiba,
Intan Camelia mengeluarkan pistol miliknya dari seluarnya lalu menembak Syuhada. Dan mereka berdua terus berlari tanpa berkata apa-apa. Tiada apa.
Inspektor Farid dan Inspektor Hani tidak dapat mengejarnya kerana mereka berdua lari terlalu laju.
YOU ARE READING
SABAR SEINDAH SYURGA
No FicciónBuku ini berkisahkan tentang seorang budak perempuan yang berusaha dengan cara agar dirinya tidak lagi diejek oleh seorang budak lelaki tetapi disebaliknya terdapat beberapa perkara yang tersembunyi. Ayuh kita baca!