Maksud "sabar" ialah kuat menahan penderitaan walaupun sering disakiti.
Nurul Syuhada adalah seorang wanita yang sangat penyabar walaupun dirinya kerap diejek oleh Tengku Syahran di sekolah. Namun, hatinya kental dan jiwanya juga kental dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan yang bakal Nurul Syuhada akan tempuhi. Hidupnya sudah sebati dengan perkataan "ejek" dalam hidupnya itu.
Sabar itu separuh daripada iman. Sabar itu indah. Sabar itu seindah syurga. Sabar itu syurga. Syurga itu jauh lebih cantik daripada apa yang kita selalu bayangkan.
Segala masalah yang dihadapi oleh Nurul Syuhada, pasti Nurul Syuhada akan bertemu dengan seorang rakan karibnya yang bernama Intan Camelia. Intan Camelia juga merupakan seorang kawan karib yang faham dengan segala ujian yang dihadapi oleh Nurul Syuhada.
Jika kita mampu untuk menyelesaikan masalah, pasti ada jalannya. Bak kata pepatah melayu mengatakan bahawa "Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan" yang bermaksud sekiranya seseorang itu bersungguh-sungguh dalam mengusahakan sesuatu atau berusaha sehabis baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah, pasti akan mampu melaksanakannya.
Nurul Syuhada berusaha untuk mencari jalan agar dirinya tidak lagi diejek oleh Tengku Syahran di sekolah. Teruskan berusaha. Semoga berjaya. Jangan putus asa.
YOU ARE READING
SABAR SEINDAH SYURGA
No FicciónBuku ini berkisahkan tentang seorang budak perempuan yang berusaha dengan cara agar dirinya tidak lagi diejek oleh seorang budak lelaki tetapi disebaliknya terdapat beberapa perkara yang tersembunyi. Ayuh kita baca!