🌷BAB 7🌷

228 8 0
                                    

Seketika itu,

Tak guna kau Syuhada. Kau ni saja nak buat aku ni jealous ke apa. Saja nak tunjuk sweet depan aku. Mentang-mentanglah budak pandai. Pastu, nak berbual mesra dengan Tengku Syahran. Cis! Takpe, kau selamat tahun ni. Sebab tahun ni kita ambil peperiksaan SPM. Lepas berakhirnya peperiksaan SPM, aku akan bunuh kau. Hahaha. Kata Intan Camelia dalam hati.

Intan Camelia berkata lagi,

Buat masa ini, aku akan diam. Diam dalam beberapa bulan. Aku akan perhatikan kau Syuhada. Aku tahu kau budak pandai. Mesti nak berjaya dalam akademik. Tapi, kau kena ingat, lepas berakhirnya peperiksaan SPM, aku akan culik kau, pergi dekat rumah kosong. Aku akan seksa kau, macam mana mata aku terseksa tengok kau berbual dengan Tengku Syahran. Kata Intan Camelia dalam hati.

Beberapa bulan kemudian,

Kini, sudah pun tiba hari peperiksaan SPM. Hari yang paling ditakuti oleh semua calon SPM. Selama 5 tahun, mereka belajar bersungguh-sungguh. Mereka hanya perlu menjawab soalan peperiksaan SPM dengan tenang. Semoga mereka semua mendapat keputusan yang terbaik. Mereka cuba sedaya upaya untuk menjawab soalan peperiksaan SPM. Mereka hanya berharap pada Tuhan agar urusan mereka menjawab soalan peperiksaan SPM berjalan dengan lancar.

Seramai 200 orang murid calon SPM telah mendaftarkan mata pelajaran yang telah mereka ambil. Subjek yang wajib lulus SPM adalah Bahasa Melayu dan Sejarah. Kalau gagal antara salah satu subjek tersebut, maka dengan ini tak dapatlah sijil SPM.

Nurul Syuhada, Intan Camelia dan Tengku Syahran berada dalam dewan peperiksaan yang sama. Mereka menjawab kertas peperiksaan SPM dengan tenang.

Hari demi hari, berakhirlah sudah peperiksaan SPM. Mereka gembira bagaikan mendapat cabutan bertuah iaitu mendapat tiket penerbangan pergi balik dari Malaysia ke Korea selama 2 minggu. Merdeka lah sangat. Banyak masa lapang lah sangat. Padahal dekat rumah, tidur sahaja kerjanya. Dasar pemalas!

SABAR SEINDAH SYURGAWhere stories live. Discover now