ESCK 5

64 7 7
                                    

Aku turun dari rooftop dengan tergesa-gesa.. Gila kau tak tergesa, aku sedar dengan rambut serabainya, dengan air liur basi bertepek.. Tu takpe lagi. Yang aku buatkan aku tergesa, aku bangun tengok kiri kanan dah petang.. Aku tengok jam pukul 5.. Gila kau..

Balik nanti mesti kena marah ngan appa.. Ommaaaaaa tolong Yoonji.. Tapi bolehke omma tolong aku? Aku rasa omma aku marah aku jugak.. Mesti diorang risau ngan aku skrang nu(ke tak).

Time aku turun tangga tu aku ada nampak something bergerak dalam kelas pengawas singa.. Aku kecilkan mata. Yep. Memang ada benda bergerak ii.. Kalau kau jumpa mesti kau da lari en? Aku memang tak la.. Dengan rasa nak taunya membuak-buak dalam diri aku.. Aku terus berjalan dan berjalan mendekati kelas itu.

Aku mengintai lagi ke dalam kelas tu bila sudah sampai di depan kelas itu. Benda itu seperti sedang mencari sesuatu.. And lastly dia macam tak jumpa barang yang dia nak dan terus berjalan keluar dari kelas itu. Aku dengan fail di tangannya terus mengikuti benda tersebut. Tak bukan benda tetapi lebih kepada manusia. Maybe penceroboh. Sebab tu aku ikut. Boleh tengok ii kalau dia nak curi apa ii dalam kelas tu.

Aku follow punya follow sampailah aku terdengar pintu tertutup dengan kuatnya.. Aku terus berpaling ke belakang.

'Think positive Yoonji. Think positive. Maybe angin kot'

Aku cuba tenangkan diri aku. Tapi aku masih rasa tak tenang. Aku takut sebenarnya tapi aku buat ii berani. Yerlah. Aku ni Yoonji tau. Min Yoonji. Siapa je tak kenal aku yang berperwatakan kasar mengalahkan lelaki. Mana boleh senang ii jatuhkan maruah aku. Aku berani. Ya aku berani. Bunyi pintu tertutup je pun..

Aku palingkan kepala ke depan semula. Yang lagi mengejutkan orang yang aku jumpa tadi sudah hilang.. Ommaaaaaa... Tolong Yoonji.. Yoonji takut..

Aku teruskan berjalan dan berjalan walaupun aku rasa something. Rasa macam diperhatikan je.

Tapi tulah aku. Aku memang buat tak kesah selagi benda tu tak kacau aku. Tapi aku rasa something ni lebih daripada kacau aku. Dia siap follow aku.

"Yoonji~~~"

Fuh! Berderau darah aku dengar sayup ii suara memanggil aku. Aku teruskan perjalanan.. Ya tuhan kenapa aku rasa jalan nak pergi ke pintu pagar sekolah ni jauh sangat hah?

"Yoonjiiiii~~~~~"

Aku hiraukan panggilan tersebut lagi lagi dan lagi.

"Yoonji~~~hihihi"

Terus terhenti langkah aku. Seram siot.. Aku macam terkaku kat situ. Tercegat cam tiang letrik kat situ.

"Aku tak kacau kau. So jangan kacau aku. ا ب ت"selepas aku berkata demikian terus aku baca alif ba ta sampai habis. Dah ayat kursi aku tak hafal. Alif ba ta je mampu😌. Better dari tak baca langsung.

"Kih kih kih"

Oh. Makin galak kau ye. Makin aku cakap makin kuat kau. Aku tak mahu mengalah. Aku baca alif ba ta sampailah akhirnya suara gelakan halus tadi bertukar jadi ketawa besar.
Oh. Makin kuat kau ya. Aku baca surah alfatihah pula di dalam hati. Ye lah.. Alif bata tak jadi. Al fatihah pun aku baca tu pun tunggang langgang..

"Kahkahkahkahkah.. Yoonji ah... Hahahhahahhaha.. Lawak siot kau ni. Hahhaha.... Kot ye pun nak halau setan. Bacalah ayat kursi.. Hahahhahha"

Tersentak aku dengan suara garau.. Jap.. Macam aku kenal suara ni.

Aku berpaling ke belakang dengan pantas melihat si 'setan' tu gelak..

Naik turun dada aku bila tengok si singa sedang mentertawakan aku dengan galaknya. Pabo betullah.. Aku ingat setan manalah yang kacau aku tadi..

"Yang kau gelak ni kenapa?? Ingat lawak ke budu?? "

"Ha?? Taklah yang kau buat lawak petang ii ni asal wey?? Hahahhahhahahhaha"

Dia terus sambung gelak usai berkata demikian. Aku dengan merah pipinya menahan malu terus menyambung perjalanan aku yang tergendala sebentar tadi.

"Eh ii.. Kau nak pergi mana?? Kot ye pun bagilah aku punya"

Aku mengembungkan pipi menahan marah dan terus berpaling ke belakang.

"Apa pabo? Bila masa pulak aku ambik barang kau?? "

"Eleh. Dah ambik buat ii tak tau pulak dia ni. "kata Taehyung dengan sinis.

"Manada aku ambik barang kau. Tak hamak aku nak ambik barang kau. Apa yang kau cari sangatlah aku pun tak tau"aku menjelingnya..

"Aku tak hamak blabla.."dia ulang balik apa yang aku cakap dengan nada me'mimik'(betul ke?). "Kau bebetul tak tau ke buat ii tak tau?? Yang kat tangan kau tu apa?? "sambung Tae..

Aku baru teringat yang aku ada ambik fail Tae tadi. Aku dengan selambanya melempar ail tadi ke arahnya.
Nasib baik sempat tangkap.

"Woi. Kot ye pun bagilah leklok.. Aku ni sunbae kau tau" terus dia memandang aku dengan tajam..

Aku terus melarikan pandangan mataku ke arah bangunan sekolah yang terletak di belakang Tae apabila pandangan matanya semakin tajam..

"Dahlah sunbae. Aku nak balik."usai berkata demikian aku terus berjalan ke arah pintu pagar sekolah.

Apa reaksi Tae si pengawas singa tu? Aku tak kesah. Dia nak mengamuk ke, dia nak buang tebiat sensorang ke. Yang aku tau sekarang ni adalah appa. Biasanya aku sampai rumah paling lewat pun pukul 3. Alasan apa yang aku nak cipta pulak ni?























•••••••••••
Ha.. Ur fav author aver da buat kambek setelah berdiam diri selama hampir 2 hari.. Hekhek.. Sorrylah kalau buat korang tunggu hapdet aku... N aku ada cakap haritu aku nak update hari khamis en tak silap?? Aku tak janji okeyh.. Sebab tenet aku habis hritu. N harini tenet aku dah ada. So aku ambik peluang ni untuk hapdet khas untuk readers-readers yang aku sayang ni.. Haha..

Tunggu aku hapdet chap seterusnya pulak eah.. Keep reading guys. And one more thing. Bagitau nama bias BTS korang kat...

Sini:

Arasso?? Ok yeorobeun.. Annyeong.. See yaa..

Keep streaming BWL tau..

Encik Singa vs Cik Kasar | KTHWhere stories live. Discover now