No one POV
Akhirnya Yoongi mengambil keputusan untuk meng-join Taehyung berbual dengan rakan lama mereka.
Hyeyeon dengan aktiviti mencabut rumput sambil mencangkung. Yoonji dan Chaerin yang sedang melayan weverse sambil ketawa dan tersengih sorang-sorang. Manakala Jimin pula dengan melayan Instagram. Kata nak datang taman nak luangkan waktu lapang bersama-sama.
"Wey Hyeyeon.. Meh la join kitorang layan weverse.. Kau kan minat layan kpop dengan kitorang" Hyeyeon memandang tidak berminat kearah Chaerin dan Yoonji.
"Daripada layan dua ekor tu baik teman aku pergi beli aiskrim kat kedai pakcik Sehun kat sana tu. Aku belanja jom" Jimin memcelah dan mengajak Hyeyeon membeli aiskrim..
Si Hyeyeon pulak dah telan air liur. Crush nak belanja es kerim woiii... Kau hado??
"Aku tak suka aiskrim la" Hyeyeon menipu. Padahal dah telan air liur bila dengar perkataan ais krim..
"Alaa.. Aku tau kau suka aiskrim. Kalau kau tak suka takdelah pulak kau selalu makan aiskrim time balik sekolah" Hyeyeon hilang kata-kata.
Mahu tidak mahu dia hanya mengikuti Jimin.
"Kajja" Jimin menghulurkan tangannya kearah Hyeyeon.
"Whooo.. Kerash nak lanje eskerim.. Pegang tangan lak tu.. Uwuwuw" Chaerin mengenakan Hyeyeon.
Hyeyeon menghiraukan Jimin yang menghulurkan tangannya minta disambut.
"Aipp.. Tak disambut.. Ekekeh" Yoonji pula ketawa.
Jimin menarik tangannya kembali. "Kajja Yeon.. Nanti ramai orang.. Kalau kena beratur aku tak belanja kau tau" cepat-cepat Hyeyeon bangun dan mengikuti langkah Jimin dari belakang.
Yoonji dan Chaerin pula kembali menyambung aktiviti membangang. Gelak sekali, menangis sekali, senyum sekali. Belum layan drama lagi.
"Pejadah korang ni. Duk gelak la. Nangis la. Ke kena rasuk dengan hantu drama?" Taehyung yang baru selesai berbual dengan rakannya menegur Yoonji dan Chaerin. Mesti dia ingat diorang layan drama. Kalau nak tau Yoonji bukan kaki drama tau. Chaerin je lelebih.
"Bila masa pulak aku layan drama?" Yoonji mengerutkan dahinya. Taehyung menghiraukan dan duduk di atas bangku.
"Ermm.. Tae.. Sape tadi?" Chaerin berpura-pura menanya Taehyung. Padahal Yoongi sudah memberitahu mereka.
"Kawan lama aku," dia menjawab sambil meng'scroll' sesuatu di handphonennya.
"Oooo.. Tu kau tengah stalk orang ea?" Chaerin bangun dan mengambil tempat di sebelah Taehyung. Gedik*blekmun*
"Eiii.. Kau ni sebok la, " Yoonji yang sebenarnya sedikit jealous tidak menghiraukan mereka berdua. Dia pura-pura melayan weverse kembali.
Chaerin menyendol(?) tangan Taehyung. "Kau ni. Buatlah Yoon jeles. Kau taukan dia ada hati kat kau, " Taehyung seperti teringat sesuatu.
"Chae. Tengok ni. Cantik kan? Macam kau. Hahaha, " Taehyung scroll lalu terjumpa gambar instafamous lalu memuji kecantikannya.
"Haah.. Cantik," Chaerin mendekatkan jaraknya dengan Taehyung manakala Yoonji terasa matanya sudah penuh dengan air mata. Tanpa disedari, air matanya perlahan-lahan jatuh. Dengan segera dia menyapu pipinya dengan tangan.
"Yoonji! Asal kau menangis ni?" Chaerin menanya dan membuat muka pelik.
"Taklah. Ni ha. Aku baca ff ni sedih giler," Yoonji mencuba untuk senyum walaupun jelas terlihat hambar. Aku broken la woiii..
"Alaa.. Kau ni. Yang tupun nak sedih bagai. Cuba kau tengok ni. Cantik kan?" Yoonji menganggukkan kepalanya.
Dia menundukkan kepalanya kembali.
"Tengok. Nampak sangat dia jeles. Still tak percaya?" Chaerin berbisik di telinga Taehyung.
"Kalau dia bebetul suka kat aku. Apa kata suruh dia ambil hati aku? Sampai aku mengalah akhirnya. Walaupun aku rapat dengan appa dia,tak semestinya aku jodoh dengan dia," ujar Taehyung panjang lebar.
"Arasseo. Nanti aku suruh, " Chaerin bangun dan menuju ke arah buaian kosong di sebelah Yoonji.
"Benda lawak asal kau gelak wey?? Haha, " Chaerin ketawa. Dia tahu yang sebenarnya Yoonji broken. Yoonji langsung tidak menumpukan perhatian kepada telefonnya. Benda lawak keluar, air mata juga keluar.
"Taklah. Sedih tadi tak hilang lagi, " Yoonji cuba berdalih.
"Oklah. Aku nak ke tandas dulu. Nanti aku datang balik tau, " Chaerin mengangguk. Yoonji... Mianhae. Aku buat ni nak uji kau je. Aku takde niat pun nak tikam belakang kau. Aku just nak dekatkan korang. Ni je jalan yang terbaik untuk kau.
YOU ARE READING
Encik Singa vs Cik Kasar | KTH
FanfictionKim Taehyung Seorang sunbae yang digilakan ramai di ARMY Highschool Dikenali dengan wajah tampannya dan juga sangat garang.. Siapa sangka, disebalik kegarangannya itu ada kemanisannya.. Min Yoonji Seorang gadis yang perwatakan kasar mengalahkan lel...