2

1.6K 186 18
                                    


“Nah... Coklat panas...” Owen serahkan secawan coklat panas pada Kyla. Gadis itu ambil dan terus tersenyum.

“Wow! Sedap ni kan!” Kyla meneguk laju.

“Argg!” Lidahnya kepanasan. Owen segera ambil cawan itu lalu di letakkan atas meja.

“Perlahan-lahan bah.. Kau ni...” Owen membesarkan matanya. Kyla mencebik.

“Mana saya tahu begitu panas...” Kata Kyla sambil memuncungkan bibirnya.

“Jangan buat muka macam tu. Tiada orang mau pujuk kau di sini..” Kata Owen. Kyla menjeling. Dia ambil semula cawan atas meja dan teguk perlahan.

“Lepas ni saya hantar kau balik..” Kata Owen. Kyla menggelengkan kepalanya.

“Nda mau..”

“Aik! Napa?!”

“Saya nda mau tengok muka perempuan jahanam tu..!” Bentak Kyla. Owen mendiamkan dirinya.
Dia tahu dia yang Kyla maksudkan tetapi dia tidak mahu ambil tahu lagi tentang Nadia. Dia memilih untuk mendiamkan dirinya dan hidup dalam dunianya sendiri. Lagi pula bapanya tidak perna menganggap dia wujud selama ini.

“Saya tidur sini.. Boleh?” Kyla tersengih.

“Suka hati kau..” Balas Owen. Kyla senang hati bila mendengar kata Owen. Dia merebahkan tubuhnya di atas sofa.

Owen berdiri dan terus melangkah menuju ke rak kayu. Dia mengambil selimut usang yang berbau harum itu lalu dia lebarkan kemudian dia menutupi tubuh Kyla dengan selimut tebal itu.

“Atas poko ni memang sejuk. Pakai ni.. Nanti kau nda dapat tidur kalau kau nda pakai ni..” Kata Owen. Kyla tersentak terus terkunci mulutnya.

Layanan Owen membuatkan dia sangat rindukan Arius ketika itu. Tetapi kerana terlalu marah dan sakit hati dengan sikap Owen dia pertahankan egonya. Jika Arius tidak membawa Nadia balik dari Tokyo, mesti hubungan mereka tidak seperti itu.

“Bodoh punya Arius!” Kyla menjerit marah tidak sedar. Owen menoleh tetapi dia memilih untuk tidak bertaya. Dia tidak mahu kusut memikirkan masalah orang lain. Dia sudah berjaya menenangkan hidupnya.

“Owen, kau perna ada girlfriend kah?” Tanya Kyla. Owen diam agak lama. Dia tidak menjawab dan tidak menunjukkan sebarang reaksi. Pertanyaan itu membuatkan jantungnya berdegup kencang.

“Owen?” Kyla menguis bahu jejaka itu. Owen anggukkan kepalanya. Dia seakan sedang menahan kesakitan dari dalam hatinya.

“Kenapa ni?” Kyla bangun dari baringnya dan terus duduk di atas sofa. Owen yang duduk di lantai itu masih mendiamkan dirinya.

“Saya perna ada kekasih. Gadis yang sangat saya cintai sampaikan nyawa saya pun sanggup saya pertaruhkan untuk dia..” Kata Owen.

“Mana dia sekarang?” Tanya Kyla lagi. Owen gelengkan kepalanya.

“Dia kasih tinggal kau?” Kyla masih meneruskan pertanyaannya. Owen diam.

“Kenapa dia tinggalkan lelaki baik macam kau... Kau sabar okay..” Kyla menepuk bahu Owen.

“Kau tidurlah dulu. Lewat sudah ni.. Esok saya bawa kau pigi mandi sungai...” Kata Owen.

“Mandi sungai? Tapi saya biasa mandi air panas...” Rungut Kyla.

“Then go home..” Kata Owen pula. Kyla tersengih comel. Dia baring semula dan tarik selimut.

CHRISTIAN dan dua jejaka itu kembali ke kediaman Jorim. Mereka masih belum menemui Kyla.

“Dad, macam mana Kyla?” Tanya Ayden.

“Kita kumpul orang dulu...” Kata Christian. Bunyi telefon pintarnya mengganggu perbualan mereka.

The Gangster Daughter (Mykyla Jorim)Where stories live. Discover now