15

794 84 5
                                    

Tajuk : The Gangster Daughter (MYKYLA JORIM)
Penulis : Nazira Raffie
Bab 15

Thompson melangkah masuk ke dalam bilik bawah tanah yang sejuk itu. Dia melihat Kyla sedang berdiri di sudut dinding sambil memandang dia.

“Hai uncle..” Sapa Kyla. Thompson merenung tajam.

“Kau ni memang liat macam mama kau juga. Sepatutnya kau sudah mati..” Thompson masih tidak melepaskan matanya yang tajam.

“I am sorry uncle. Kempunan uncle mau tengok mayat saya. Saya harap lepas ni uncle rancang bagus-bagus supaya uncle nda kecewa macam ni lagi..” Kata Kyla dengan nada sombong.

“Jangan berlagak Kyla Jorim. Kau cuma bernasib baik saja. Sebenarnya bagus juga mau masih hidup. Kau masih berguna untuk aku.. sangat-sangat berguna..” Thompson ketawa.

Kyla diam. Dia memandang wajah lelaki bengis tua yang sangat hodoh itu. Wajahnya kelihatan sangat menjijikkan tambah lagi sama perangai setan yang tamak.

“Saya tidak akan buat apa yang kau mau buat uncle.” Kyla yang masih naif itu menggeleng lembut.

“Oh no.. You don't have to do anything. You just stay here... Owen akan jadi anjing aku bila kau ada di sini.. Jadi kau cuma perlu duduk diam-diam saja dalam bilik ni..” Thompson ketawa.

“Saitan!”

“Jaga mulut kau budak kecil! Aku sudah cukup sabar sama perangai Jorim! Kau jangan sampai hilang nyawa sebab mulut kurang ajar kau!”

“Kau memang setan! Setan! Iblis! Owen tu anak kau! Orang tua gila!”

“Iblis? Ha! Ha! Ha! Kyla..Kyla...Kyla... Kau masih mentah. Yang kasih besar kau selama ni pun saitan juga. Yang lahirkan kau tu iblis juga! Kau masih belum sedar diri lagi..” Thompson ketawa kuat sambil melangkah keluar dari bilik tersebut.

Kyla terduduk lemah. Dia sudah sedaya berlagak kuat walaupun sebenarnya dia sangat takut. Takut dengan apa yang akan terjadi selepas ini. Dia mungkin tidak akan dapat bertemu dengan keluarganya lagi.

'Bodoh! Bodoh! Kenapa kau bodoh Kyla! Sekarang kau terperangkap di sini! Kau bukan saja kasih susah family! Tapi kau kasih susah Owen!  Arggg...Owen...'

*****

Arius melihat rakaman cctv yang baru mereka  temui. Dia tersenyum tajam. Bukti sudah  ada di depan mata.

“Aku serahkan dia sama kau..” Ayden menepuk bahu Arius. Jejaka itu angguk. Nampaknya Nadia masih tidak berhenti.

Mellisa melangkah masuk. Senyumannya hingga ke telinga. Ayden berkerut dahi. Dia angkat kening tajam melihat senyuman itu.

“Why you're smilling?” Tanya Ayden serius. Mellisa duduk di sofa sambil menarik nafas lega. Dia gembira kerana berjaya selesaikan satu tugas sulit.

“I got her!” Kata Mellisa.

“You got what?” serentak Ayden dan Arius memandang Mellisa.

“Penempak misteri tu..” Kata Mellisa.

“Siapa?” dua naga itu serentak lagi.

*****
Owen duduk di hadapan cermin memandang wajahnya. Dunianya menjadi gelap. Dia sudah tidak ada sesiapa lagi. Dr Frank sudah tiada. Dia sendirian menghadap apa yang dia benci selama in.

“Mom... I realy need you..” Owen menangis seperti anak kecil.

Flashback...

“Owen, kau ingat pesan mommy.. Sampai bila-bila pun kau jangan ikut jejak bapa kau. Dia bukan manusia..dia binatang.. dia gunakan kita semua untuk capai apa dia mau. Mommy mungkin akan mati di tangan dia suatu hari nanti... Masa tu, mommy mau kau bawa Nadia lari pigi cari Dr Frank...” Kata Olivia sambil mengusap lembut rambut Owen yang panjang paras bahu itu.

“Dr Frank?” Owen berkerut dahi. Olivia angguk.

“Ya, dia akan bantu kamu dua beradik. Dia tu satu-satunya keluarga yang mommy ada selepas datuk kau mati. Dia kawan baik datuk kau..” Bisik Olivia.

“Tapi di mana saya mau cari dia mommy?” Owen bertanya lagi. Olivia memandang keluar tingkap. Lama dia berfikir.

“Ah! Esok kita pigi church..  Harap-harap kita terjumpa Dr Frank di sana..” Kata Olivia.

Ternyata betul Tuhan membantu mereka. Mereka bertemu dengan Dr Frank yang pada ketika itu belum terlalu tua. Dia gembira bertemu dengan Owen.

“Sudah lama saya nda jumpa kamu Olivia. Macam mana kehidupan kamu sekarang?” Tanya Dr Frank. Olivia tunduk. Wajahnya menggambarkan bagaimana perasaan dia ketika itu.

Dr Frank yang semamangnya faham dan tahu keadaan Olivia hanya mampu mengusap lembut bahu wanita yang sudah dianggap seperti anak sendiri itu.

“Kalau saya boleh putar balik masa, saya mau balik ke hari pertama saya kenal dia.. Saya tidak mahu kenal dia... Saya tidak mahu jatuh hati sama lelaki kejam macam Thompson!” Bentak Olivia sambil menggenggam bahu Owen. Dia sudah tidak kisah lagi.

Dia sudah penat berlakon di hadapan anak-anaknya demi menutupi sikap zalim Thompson. Biarlah mereka tahu agar mereka boleh berjaga-jaga.

“Mommy...” Owen memeluk pinggang ibunya. Ketika itu Owen masih terlalu muda. Dia baru berumur belasan tahun.

“Nak.. kau mesti jaga mommy kau.. Kau mesti membesar jadi kuat. Jangan biarkan hidup kamu begini. Kau anak lelaki dan kau harus lindungi mommy dan adik kau. Jangan risau, uncle sama datuk kau sudah macam adik beradik. Bila-bila masa kau perlu uncle, kau cari uncle...” Dr Frank mengusap rambut Owen.

Semuanya terjadi begitu cepat. Suatu malam dia terdengar Olivia dan Thompson bertengkar di bilik kerja Thompson. Ketika itu Thompson sangat garang dan bengis. Dia berkali-kali memukul Olivia. Owen mahu masuk dan menolong Olivia malangnya dia di halang oleh pembantu.

“Jangan masuk Tuan Muda.. Nanti Tuan Muda ikut kena..” Pembantu itu terus memeluk Owen dan menangis. Seluruh kediaman itu tahu tentang perangai gila Thompson. Tidak ada yang berani masuk campur pertengkaran mereka. Sesiapa sahaja yang masuk campur akan jadi mangsa bunuh.

Owen menangis teresak-esak mendengar jeritan Olivia. Dia memberontak dan cuba untuk lari tetapi dia di tahan oleh beberapa pembantu. Nadia ketika itu sedang nyenyak tidur. Dia langsung tidak sedar.

Esoknya Owen histeria lagi bila melihat mayat ibunya yang diusung keluar dari dalam bilik kerja. Thompson ketika itu duduk di ruang tamu sambil menikmati minuman panasnya. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi.

Owen meluruh memeluk mayat ibunya sambil teresak-esak. Nadia yang pada ketika itu masih tidak mengerti hanya memandang kosong. Dia tidak tahu apa yang terjadi pada ibunya.

Sejak kematian Olivia, Owen mula memencilkan dirinya. Dia murung dan mula mengambil pil khayal. Dia tersiksa kerana sering teringat ibunya. Dia tidak mahu berada dalam keadan waras,hatinya remuk dan jiwanya kacau.

“Kau mungkin akan mati kalau kau begini terus Owen..” Dr Frank mengeluh berat. Owen diam. Kepalanya khayal berpusing ke langit.

“Owen..” Dr Frank memeluk Owen.

Dan sejak kejadian itu juga, hubungannya dengan Thompson tidak perna baik. Dia sangat bencikan Thompson kerana itu dia selalu lari ke hutan. Dia tidur di rumah atas pokok milik mendiang datuknya.

Nadia? Gadis itu membesar menjadi seorang pembunuh kejam seperti bapanya. Dia juga menjalankan semua perniagaan haram bapanya termasuk rumah judi,pelacuran,penjualan organ kanak-kanak dan terbaru penjualan senjata api. Semua yang Thompson arahkan dia ikut!

“Mommy..Saya minta maaf.. Saya nda dapat lindungi Nadia..” Owen menangis bila teringat semua itu...

Bersambung...

The Gangster Daughter (Mykyla Jorim)Where stories live. Discover now