8

1.3K 123 7
                                    

Tajuk : The Gangster Daughter (MYKYLA JORIM)
Penulis : Nazira Raffie
Bab 8

Arius berdiri memandang Owen yang juga berdiri tegak dihadapannya. Raut wajah Owen sama seperti ketika dia menemui jejaka itu dulu. Wajahnya langsung tidak menunjukkan dia sedih apabila mengetahui tentang adiknya.

“Get out..” Kata Owen. Dia berpaling dan memandang kearah yang bertentangan. Arius anggukkan kepalanya. Dia tidak mengagak reaksi itu dari Owen. Nampaknya dia sudah tahu sejauh mana hubungan adik beradik Thompson itu.

*****

“Hey..” Ayden menepuk bahu Arius. Dia menoleh dan menyerahkan ipadnya pada Ayden. Anak naga itu ambil dan terus lihat ke skrin.

“This is not good...” Ayden memandang Arius. Dua jejaka itu saling berpandangan. Nampaknya masalah mereka sudah semakin bertambah lagi.

*****

Arius berdiri di tiang dalam ruang tamu mega. Dua tangannya di dalam poket seluar. Dia merenung Kyla yang sedang menonton tv. Jarang sekali dia melihat orang-orang di dalam kediaman itu menonton tv. Selalunya mereka sibuk dengan aktivi harian masing-masing. Entah apa angin Kyla pada hari itu.

“Hrmmm...Boring!” Kyla bersuara. Dia tidak sedar kehadiran Arius di belakangnya. Tiba-tiba tangannya di tarik. Dia menoleh dan melihat Arius. Jantugnya berdegup kencang. Panahan mata jejaka itu sering kali membuatkan nafasnya tersekat-sekat.

“Arius?” Kyla tercengang. Dia fikirkan Arius di luar ketika itu.

“Jom...” Ajak Arius.

“Pigi mana?”

“Kau cakap boringkan...” Arius terus memeluk bahu Kyla. Dia membawa kekasihnya itu keluar dari kediaman Jorim menggunakan superbike hitam miliknya. Dia meluncur laju keluar dari pagar mega itu. Entah kemana sahaja dia mahu membawa Kyla.

Dari kejauhan Christian hanya memandang. Nampaknya sudah tiba masa dia berikan kebebasan pada anak gadisnya itu. Kyla sudah meningkat dewasa dan sudah ada keinginan yang membara sama seperti dia dahulu. Dia tidak boleh menghalang Kyla dari melakukan apa yang diinginkan oleh anak remaja. Tambahan pula Kyla mewarisi sikap keras kepala ibunya.

*****

Arius memimpin tangan Kyla masuk ke dalam pejabatnya. Kyla hanya menurut saja walaupun dia nda tau kenapa dia kena bawa pigi sana. Biasanya dia hanya datang jika ada apa-apa urusan penting. Belum masanya lagi untuk dia bekerja di legasi kedua orang tuanya.

“Duduk sini dulu...” Kata Arius. Kyla duduk di sofa. Dia memandang sekeliling ruangan pejabat Arius. Pandangannya terhenti pada frame gambar yang tergantug. Dia memandang Arius. Gambar wajahnya itu entah sejak bila menjadi hiasan di ruangan pejabat Arius.

“Kenapa bawa saya pigi sini?” Tanya Kyla selamba. Kononnya dia masih merajuk. Saja mahu minta di pujuk rayu lagi.

“Saya mau bawa kau pigi dating tadi. Tapi dapat whatsapp dari Ayden. Ada yang perlu saya buat sekejap.. tunggu okay...” Kata Arius dengan wajah tenang.

“Ohh... Okay...” Kyla menyandarkan tubuhnya. Dia tengok saja Arius buat kerja. Tidak perna dia nampak sebelum ni macam mana Arius serius buat kerja. Bila dia nampak depan mata, langsung dia tidak boring.

Arius tidak banyak berubah dari awal mereka kenal. Jejaka yang sentiasa tenang dan tidak terlalu banyak bercakap itu masih mengekalkan keperibadian dirinya. Wajahnya sahaja yang bertambah kacak dari masa ke semasa. Begitu juga dengan cintanya terhadap puteri naga itu. Tidak perna berubah malah semakin bertambah-tambah. Dia bersedia menerima apa sahaja kemungkinan yang bakal dia hadapi untuk tetap mahu Kyla berada di sisinya.

The Gangster Daughter (Mykyla Jorim)Where stories live. Discover now